√ Speaker : Altec Lansing VS2621 Jadi Pilihan - Adarain

Speaker : Altec Lansing VS2621 Jadi Pilihan

Setelah sekian lama mencari speaker jenama Altec Lansing untuk laptop, akhirnya saya jumpa salah satu kedai yang menjual Speaker jenama Altec Lansing di Tingkat 3 Aeon Big Shopping, Bandaraya Melaka.

Saya berminat dengan Speaker Altec Lansing Vs2621 kerana tidak terlalu mahal untuk dibeli serta reka bentuk yang menarik. Di kedai tersebut mempunyai 3 jenis jenama Altec Lansing iaitu VS2621, VS2721 dan BXR1221

Altec Lansing Vs2621 merupakan produk terakhir di kedai yang saya beli dan saya cukup bernasib baik dapat membeli speaker tersebut sebelum kehabisan stok. Untuk pengetahuan semua, jenama Altec Lansing sekarang susah hendak dicari tidak seperti sebelumnya. Kalau ada pun mungkin sekitar Kuala Lumpur seperti  Low Yat.


Kenapa Pilih Speaker Altec Lansing


Antara sebab saya pilih jenama tersebut kerana mengikut kebanyakkan dan pendapat rakan-rakan termasuk alam maya yang mengatakan bahawa jenama tersebut adalah yang terbaik berbanding speaker lain yang ada di pasaran.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Selain itu, Jenama tersebut sudah lama bertapak dalam dunia speaker sejak tahun 1927 dan sudah tentunya banyak pengalaman dalam mengikut kehendak citarasa pendengar.

Altec Lansing VS2621


Speaker Altec Lansing VS2621 mempunyai reka bentuk menarik lagi bergaya mengikut pandangan saya sendiri. Setelah mendengar sendiri lagu menggunakan speaker tersebut ternyata audio sangat clean serta sedap di dengar. Speaker ini sesuai untuk muzik namun untuk movie dan gaming sekadar average sahaja.

Cuma kekurangan pada Altec Lansing VS2621 ialah tiada butang control treble dan Bass. Terhad pada butang volume dan Tone sahaja untuk Vs2621. Tidak pasti apa fungsi sebenar butang tone, mungkin menjelaskan lagi volume speaker atau mungkin sama fungsi seperti treble

Bagi mereka yang ingin sound mantap untuk movie dan gaming boleh beli Altec Lansing Vs2721 ataupun Bxr1321 dan harga kesemuanya adalah bawah Rm300.

Berikut adalah ulasan serta video dari luar negara berkenaan dengan speaker Altec Lansing Vs2621:

Saya amat menitik berat barang-barang yang berkualiti serta tahan lama sebab itu saya perlu pastikan serta periksa dahulu mana-mana jenama yang terbaik untuk speaker. Kalau beli speaker biar yang tahan lama dan sedap di dengar.

Paling penting, mampu dibeli dengan harga yang berpatutan. Setiap speaker ada kelebihan masing-masing terpulang kepada anda untuk memilih. Saya syorkan jenama Altec Lansing untuk Speaker di laptop/komputer anda.

Updated 22 Mac 2017

Selepas 3 tahun beli sejak tahun 2014 dan sekarang Alhamdulillah speaker masih lagi berfungsi dengan baik dan wayar tak ada terkopek dan rosak sebab jarang gerakkan speaker.

Get notifications from this blog

23 comments

  1. SAYA YANG JENIS TAK KISAH PUN PASAL GADGETS NI.. ADA BOLEH,TAKDE PUN TAKPE.. :)

    ReplyDelete
  2. menarik tertarik jugak speaker ni..lagi cantik kalu ada kaler pink..hehehe

    ReplyDelete
  3. jenama yang dah ada dan sangat dipercayai mutunya. bunyi yang sedap dan puas hati.

    ReplyDelete
  4. g00d sharing bro..
    aq pun jarang ambil tahu hai speker ni.
    malah jenama pun x tahu..
    skrg ok la...nice sharing

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, nak speaker yang bagus kena ambil tahu kalau tidak habis je duit beli speaker mahal tapi rosak tidak sampai setahun.

    ReplyDelete
  6. Altenc Lansing ni memang tak ada warna pink. Almost warna hitam. Perempuan memang tidak dapat dipisahkan dengan warna pink. hehe

    ReplyDelete
  7. mmg tgh nk cari speaker.. tapi x kisah sangat jenama apa pun..
    lazada sini..

    ReplyDelete
  8. Semoga dapat cari speaker yang terbaik. Lazada ada jual speaker pelbagai jenama termasuk Altec Lansing.

    ReplyDelete
  9. saya mencari-cari harga speaker altec lansing ini...

    ReplyDelete
  10. laptop aku dh siap speaker altec lansing. tak berapa puas, kena cari subwoofer barangkali. haha!

    ReplyDelete
  11. Ada laptop yang sudah tersedia dengan altec lansing. Kalau ada subwoofer tu memang mantap.

    ReplyDelete
  12. bagusnya boleh tahu jenama speaker yang bersesuaian, kalau akak memang main beli jer lah janji ada bunyi maklum lah tak tahu detail pasal speaker2 ini huhu

    ReplyDelete
  13. Setuju sangat-sangat dengan admin..speaker ini tiada tandingannya..

    ReplyDelete
  14. speaker dah cun..lepas ni confirm la tak mengantuk bila menghadap pc...

    ReplyDelete
  15. betul tu bro, aku pernah pakai speaker altec lansing nie....bagi mereka yang mementingkan "kualiti" bunyi, speaker altec lansing memang berbaloi kalau pakai..harganya mungkin mahal skit daripada speaker cap ayam kat luar sana tapi mcm sy cakap tadi, kalau nak kualiti memang berbaloi..kalau setakat nak bunyi bising, baik beli speaker cap ayam..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. Altec lancing...jenama yang boleh dipercayai..masa belajar dulu pun, ada kat rumah sewa speaker altec ni..perghhh..memang best tak terkata..hehe

    ReplyDelete
  17. Salah satu jenama yang tip top untuk speaker, kalau kena sound card yang best memang layan habis dengar lagu rancak

    ReplyDelete
  18. Yang suka sound yang best memang berbaloi beli altec lansing..sound mantap..kalau macam aku jenis dengar radio dalam kereta je, rugi plak beli mahal2..nanti berhabuk kat rumah. haha

    ReplyDelete
  19. kalau main game memang best guna speaker altec lansing ni...macam betul2 ada dalam dunia game tu...hee

    ReplyDelete
  20. It's very effortless to find out any matter on web as compared to textbooks, as I found this
    article at this site.

    ReplyDelete
  21. […] sebelum ini pernah cerita pasal speaker untuk komputer iaitu speaker VS2621. Kali ini nak cerita pasal Speaker Logitech X300 Wireless […]

    ReplyDelete
  22. […] tak boleh nak lawan speaker altec lansing aku.. speaker cun sampai sekarang dari 2014 masih bertahan kat kg aku. tapi malangnya altec lansing […]

    ReplyDelete
  23. […] ini aku pernah beli speaker iaitu brand altec lansing dan kali kedua nak beli untuk komputer lain pula.. mula-mula beli speaker brand Vinnfier tapi tak […]

    ReplyDelete