Piala Thomas 2014 Bukan Milik Malaysia - adarain

Sunday, 25 May 2014

Piala Thomas 2014 Bukan Milik Malaysia

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Pertemuan yang tidak disangka sebenarnya antara Jepun dan Malaysia, kerana saya menjangkakan bahawa Malaysia akan bertemu Cina. Namun, rezeki tidak memihak kepada Cina dan tewas kepada Jepun yang tidak pernah mara ke final apatah lagi mengenggam piala Thomas.


Tahniah di ucapkan kepada negara Jepun kerana berjaya mengenggam piala Thomas 2014 buat pertama kali dalam sejarah. Satu pasukan yang cukup mantap dan bertenaga sehingga mampu mengalahkan negara Cina dan Malaysia.



Sudah Agak Jepun Menang Piala Thomas 2014


Bermula permainan badminton antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 PM dan berakhir lebih kurang pada pukul 11.40 PM. Satu permainan yang cukup mendebarkan dan menyakitkan.




[caption id="attachment_2209" align="aligncenter" width="700"]Piala Thomas 2014 Bukan Milik Malaysia sumber gambar dari twitter Lee Chong Wei[/caption]

Saya tertarik dengan perlawanan antara pemain beregu iaitu Tan Boon Heong/Hoon Thien How (tiada rangking) dari Malaysia bertemu dengan Keigo Sonoda/Takeshi Kamura (Rangking keempat) dari Jepun. Permainan yang cukup pantas dan bertenaga sehingga tidak dapat menjangka siapakah yang akan menang.


Walaupun beregu kedua menang dalam permainan tersebut namun untuk single ketiga saya tidak yakin bahawa Liew Daren akan menang. Melihat permainannya sebelum ini yang tidak konsisten.


Sebenarnya Liew Daren (rangking 66) boleh menang dan tewaskan Ueda (rangkin 26) dari Jepun tapi disebabkan dia banyak melakukan kesilapan sendiri. Kalau tak out, mesti net, kalau tak net, mesti out. Kesilapan dari dulu yang tidak patut berulang dan dia pun saya rasa di 'anak emas'kan oleh pihak tertentu. Saya rasa ada pemain Malaysia yang lebih bagus dari Liew Daren.


Ramai yang berpuas hati dengan persembahan Liew Daren walaupun kalah namun bagi saya tidak kerana ianya sangat menghampakan. Setelah berjuta-juta dikeluarkan dan latihan dilakukan, adakah ini persembahan terbaik yang patut dibanggakan? Siapalah saya untuk mengkritik, mungkin mereka ada aturan tersendiri dan ada sebab tertentu mengapa Liew Daren dipilih.




 Tak apa nanti 2 tahun akan datang buat yang terbaik.  Sampai bila kita nak pujuk hati?



Berikut adalah Keputusan Final Piala Thomas 2014
Malaysia vs Jepun (2 – 3).


Single Pertama
Datuk Lee Cheng Wei vs K. Tago
21 – 12, 21 – 16


Bergu Pertama
Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Kenchi Hayakawa/Hiroyuki Endo
21 – 12, 12 – 21, 19 – 21


Single Kedua
Chong Wei Feng vs Kento Momota
15 – 21, 17 – 21


Bergu Kedua
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/Takeshi Kamura
19-21, 21-17, 21-12


Single Ketiga
Liew Daren vs Ueda
12 – 21, 21 – 18, 17 – 21




[caption id="attachment_2205" align="aligncenter" width="700"]Piala Thomas 2014 Bukan Milik Malaysia Sumber gambar dari twitter @missazie_[/caption]

Imbasan kembali Malaysia pernah menang Piala Thomas sebanyak 5 kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992. Negara paling banyak memenangi Piala Thomas adalah Indonesia diikuti Cina dan kemudian barulah Malaysia.


Untuk akhirnya, Terima kasih buat pemain badminton Malaysia kerana bersungguh-sungguh sehingga berjaya mara ke peringkat akhir dan memberi saingan yang sengit kepada Jepun. Terima kasih sekali lagi.

Comments

30 komentar

Tahniah Jepun. They deserved that. Dia orang memang all out. Malaysia ada fighting spirit, tapi banyak buat kesalahan yang tak sepatutkan..tak ada rezeki kan..

setuju.. walaupun liew daren bermain bersungguh2 tapi terlalu byk error..
mungkin dia perlu keluar dari BAM atau BAM perlu keluarkan..

Nampaknya masih belum ada rezeki utk mendakap Piala Thomas. Yg pastinya Datuk Lee Chong Wei paling kecewa... Namun skuad kali ini walaupun tidak dijangka sampai ke Final tapi berjaya juga memberi tentangan dan menunjukkan kesungguhan. Sebenarnya peluang kali ini adalah yang paling baik namun kita gagal juga. Akan datang...ntah bilalah lagi...

Memang dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan. Jepun memang layak untuk dapat piala Thomas 2014.

Liew Daren sebenarnya bagus cuma dah banyak kesilapan sendiri. Takkan masih lagi masih diberi peluang, ada banyak lagi pemain lain yang patut diberi peluang sama untuk beraksi.

Memang Datuk Lee Chong Wei orang yang paling kecewa dan ini mungkin merupakan terakhir baginya untuk menyertai Thomas Cup. Peluang baik tapi terlepas begitu sahaja. Bukan rezeki Malaysia untuk menang Piala Thomas 2014.

Kalau liew darren xterlalu banyak kesilapan mudah, piala itu rasanya milik kita

Apa2pun nampaknya pemain2 Malaysia bermati-matian bermain..

Tahniah buat Jepun yang dengan sejarah baru, Juga pemain kita yang bertungkus lumus. mencuba yang terbaik.

kita kalah itu hakikat yang perlu ditelan. sebelum berangkat ke India, ramai yang dah mempertikaikan pemilihan Daren. tapi BAM tak ambil peduli.

apapun pemain-pemain semua dah cuba yang terbaik..tahniah kerana berjaya masuk final..

tahniah jepun..
sbenarnya smalam aq tgok smua game.. sayang'
yang team beregu no 2 dgn lastly darren liew main.. ok tapi
banyak buat kesilapan sendiri mcm bg out.. byak bagi mata free kat lawan'
tapi smnagt berjuang tu ada..mungkin bkan rezeki gamaknya malaysia nak
merasa piala tu

walau ape pun... tahniah buat Malaysia...

Dah masuk final pun dah kira cukup bertuah :)

Sampai pening kepala aku dibuatnya. Siap kena letak minyak kapak tengok permainan diorang semalam.

Tahniah Jepun. We will bring back Thomas Cup back to Malaysia one day. Tapi bila aje tak tahu. Belum ada rezeki lagi.

liew darren boleh main tapi emosi dia mudah down sampai menjejaskan permainan sampai banyak sangat error...susah nak menang kalau pemain terlalu ikutkan emosi

Sangat menarik perlawanan tempoh hari, kategori beregu Malaysia dilihat lebih agresif kategori perseorangan masih belum cukup kuat. Mungkin harus pertingkatkan lagi

keciwaaaaa......kalau kalah ngn cina boleh terima lagi....

yap, betul tu, kena banyak latihan lagi.

Memang kecewa habis sampai tension kepalan. haha

Jepun memang hebat, tak kenal lelah dan gak gampang nyerah. Perjuangan memang syarat sebuah keberhasilan. Salam kenal

Emm tahun 2016 nanti, usahakan dengan bersungguh-sungguh..hehe

malaysia tetap hebat meskipun belum jadi juara

Terima kasih ya saudari, Indonesia pun hebat juga. :)

bersabar saja mas,... masih ada tahun2 berikutnya,hehehe

barangkali bukan rezki di kali kesempatan ini,insha Allah masih ada waktu lain dan kuatkan tekad untuk bisa lebih baik,... Amin

ya, betul bukan reseki. INSYA ALLAH, ada rezeki untuk Malaysia tak kemana .

ya, masih bersabar dan penantian itu satu penyeksaan. INSYA ALLAH ada kemenangan di kemudian hari.

tak ada rezekii buat malaysia.. boleh cuba akan datang :)

INYSA ALLAH, ada hikmah disebalik kekalahan ni.


EmoticonEmoticon