Status Coklat Cadbury Didapati Mengandungi DNA Babi
Pada sabtu lepas (24 Mei 2014), kita telah dikejutkan dengan berita berkenaan dengan jenama coklat yang popular di Malaysia iaitu Cadbury yang didapati mengandungi DNA babi hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Coklat Cadbury Susu dengan Kacang hazel dikesan mengandungi DNA Babi
Siapa yang tidak terkejut dengan berita seumpama ini kerana coklat Cadbury sememangnya adalah pilihan coklat utama rakyat Malaysia kerana rasa yang sedap dan nampak eksklusif. Tidak di sangka disebalik kesedapan coklat tersebut mengandungi DNA babi.
Bagaimana Boleh Wujud DNA Babi Dalam Coklat Cadbury
Tertanya-tanya bagaimana boleh timbul DNA babi dalam coklat cadbury. Apakah sebelum ini KKM dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) tidak menjalankan tanggungjawab dengan telus dalam pemeriksaan kandungan coklat.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Walaupun timbul isu ini sudah beberapa hari namun syarikat Cadbury masih tidak membuat permohonan maaf atas kejadian yang berlaku.
Saya kira apa yang dilakukan oleh syarikat Cadbury adalah kurang ajar dan banyak membangkitkan kemarahan mereka yang beragama Islam. Syarikat Cadbury seolah-olah tidak menjaga sensiviti dan mempermain-mainkan dalam isu halal dan haram.
Saya tidak hairan jika syarikat ini akan mengalami kerugian teruk yang teruk hasil boikot orang ramai dan mendapat saman yang tinggi dari NGO yang lain kerana menipu.
Kesimpulan
Begitu banyak usahawan tempatan yang susah hendak mendapatkan status halal kerana pelbagai syarat yang dikenakan, bila sudah dipenuhi ada pula alasan lain yang keluar yang menyebabkan untuk mendapatkan sijil halal terbantut.
Namun, lain halnya bagi usahawan yang mempunyai produk yang cukup besar seakan-akan senang bagi mereka untuk mendapatkan status halal.
Itu baru coklat Cadbury, belum lagi coklat lain. Entah berapa banyak agaknya yang mungkin terlepas pandang. Dan itu baru coklat, belum lagi produk makanan-makanan yang lain.
Di harap kejadian ini dapat diselesaikan dengan baik dan kita sebagai umat Islam perlu berhati-hati memilih produk makanan terutamanya dari luar negara.
Get notifications from this blog
Terima kasih di atas perkongsian info.. Lepas ni memang dah tak beli dah coklat ni…
ReplyDeleteish, dah lah cadbury ni coklat favourite. hahahaha! take time jugaklah nak kena terima berita macam ni.
ReplyDeleteSeriau nak makan cadbury lepas ni. huhu
ReplyDeleteBanyak pilihan coklat lain yang mungkin lagi sedap ini.
ReplyDeleteMemang seriau bila fikir coklat ni. entah dah berapa banyak yang dah makan coklat ni.
ReplyDeleteLepas ni mmg kena hati2 nak membeli. Tak kita coklat atau apa2 pun.
ReplyDeletecitarasa asli katanya sabarlah hati...sakit jiwa bila ingatkan
ReplyDeletesaya naik muak dengar bab tak halal ini.rasa tak semua benda dalam malaysia halalkan. bijak memilih
ReplyDeleteSedih, marah dan kecewa...tertanya-tanya kenapa dia orang buat macm tu ya? Sedangkan dia tau produk cadbury ni mendapat sokongan yang begitu kuat dari penduduk Malaysia..yang sudah semestinya ramai muslim..Hmmm..
ReplyDeleteApabila ianya berlogo hahal sudah pasti tiada keraguan status halalnya tapi bila tertipu begini... Sudah pasti timbul keraguan. Namun keyakinan masih ada...pihak Jakim tidak sewenang2nya nak melabelkan logo halal ini kerana mereka akan tanggung segalanya diakhirat kelak. Mungkin ini adalah penipuan dari pihak Cadbury.
ReplyDeleteBanyak dah makanan yang susah nak percaya. Semua tulis halal tapi banyak tidak. Badan yang berkenaan pun tak buat kerja, bila dah byk complain baru sibuk.
ReplyDeleteSeeloknya beli barangan tempatan melayu.
ReplyDeleteSakit jiwa plus nak muntah dengar tagline macam tu. hahaha
ReplyDeleteNak buat macam mana, tunggu sahaja penjelasan dari mereka tentang insiden macam ini.
ReplyDeletekalau ada logo Halal, sudah pasti halal. Tapi bila ditemui ada dna yang tidak sepatutnya seolah-olah mengambil mudah tentang halal dan haram. Apa pun, kita kena lihat perkembangan terkini dari beberapa pihak terutamanya dari pihak cadbury.
ReplyDeleteKita lihat sahaja badan-badan mengatasi masalah macam ni.
ReplyDeleteMungkin juga ada pihak ketiga yang sabotaj mereka..kemungkinan tu ada kan?..tapi itula, sebagai umat Islam, bila dah keluar berita macam ni..kita kena beringat je. yang mana tak menepati hukum agama, kita tinggalkan. :)
ReplyDeleteKemungkinan itu memang ada yang penting kita lihat sahaja penjelasan dari pihak sana tentang Isu. Semoga perkara ini tidak berulang kembali.
ReplyDeleteCADBURY TELAH MEMBUAT SATU KESALAHAN BESAR BUAT RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM.. HARUS MEMOHON MAAF!! DAN KITA SELAKU PENGGUNA, GUNAKANLAH KUASA KITA SEBAGAI PEMBELI UNTUK TERUS TIDAK MEMBELI PRODUK CADBURY SEBAGAI PENGAJARAN BAGI MEREKA.. SILAP-SILAP,BOLEH BUNGKUS CADBURY KAT MALAYSIA..
ReplyDeleteSekarang semua benda yang tak dijangka dah mula timbul keraguan. Sejak kes Cadbury ni macam-macam makanan lain yang mula disyaki..
ReplyDeleteseharusnya pemerintah memantau makanan yang ada di pasaran
ReplyDeleteSebahagian makanan dah kena tempias. Kena berhati-hati selalu.
ReplyDeletesekarang ni kalau produk non muslim memang was2 je nak makan..entah apa la yang dimasuk kan nya..
ReplyDeletememang tak minat coklat ..
ReplyDeleteEmm mujurlah tak berapa gemar coklat cadbury ni..hehe
ReplyDeleteTak boleh melatah sangat dalam hal ni. Yg ada dalam kandungan cadbury tu cuma DNA sahaja. Plus, dalam Islam pun kalau kita tidak sedar, tak mengapa. Cadbury tu ada logo HALAL.. dan sentiasa di pantau pembuatannya oleh JAKIM. Kes ini cuma isolated sahaja.
ReplyDeleteKalau mahu strict sangat, air yang kta minum pun silap2 ada DNA babi juga sebab kebanyakkan kawasan tadahan air adalah sungai-sungai yang ada pontential di cemari dengan daging babi.
Yg penting, janganlah kita makan kat tempat2 yg ketahui tidak halal atau beli coklat import kat kedai 'duty free'. Tu kira sengaja.. haram ler.. :D
bagus lembaga pengawasan makanan,bisa mendeteksi kandungan babi di cokelat itu
ReplyDeleteNak kata tak pernah makan ,taku pernah makan pulak - seingatnya jarang kot makan coklat jenama ne. Memang kes naya
ReplyDeleteIsu coklat cadbury nie memang dah menular.
ReplyDeleteSebab cadbury memang pilihan utama penguna malaysia.
Harga pun berpatutan...dik bukan isu nie dah dijawab oleh pihak jakim ke?
Cik akak ada tengok dalam berita.
Tapi tak tahu status kebenaran lagi.
Saya daripada kecil tak makan cadbury sebab dari kecil dah diberitahu...
ReplyDeleteSaya jadi tidak faham kenapa JAKIM kata cadbury boleh makan pula
ReplyDeleteApapun, kalau rasa was-was, tak payah makan. Ada banyak lagi pilihan coklat lain.
ReplyDeleteBagus dah tu. :)
ReplyDeleteIsu ni dah dijawab oleh pihak JAKIM, post ni ditulis sebelum ulasan dari pihak JAKIM.
ReplyDeleteAku pernah makan tapi dah lupa bila last makan, selalu banyak makan coklat kitkat je.
ReplyDelete