√ Genap Setahun Bersama Wordpress - Adarain

Genap Setahun Bersama Wordpress

Pada hari Isnin yang lepas iaitu 16 Jun 2014 merupakan ulangtahun adarain.com bersama wordpress. Ini semua gara-gara apabila aku masuk pertandingan teka-teki harga sticker yang dianjurkan oleh pakarniaga.com.

Dalam pertandingan tersebut, ada selingan cabutan bertuah untuk memenangi domain secara percuma. Dalam tak disangka aku menang dalam cabutan tersebut. Maka, dapatlah aku merasa berdomain bersama Wordpress berhostingkan Pakarniaga.com

Pengalaman Pertama Bersama Wordpress


Bila diberi pilihan sama ada mahu menggunakan blogger ataupun Wordpress oleh pihak penganjur terus tanpa fikir panjang pilih wordpress.

sekadar gambar hiasan
Sebab aku memilih wordpress ini untuk melihat sejauh mana perbezaan antara blogger dan Wordpress serta melihat rakan blogger yang sudah mula beralih ke Wordpress. Diakui memang banyak perbezaan antara wordpress dan Blogger.

Mengambil masa yang agak lama untuk memahamkan dengan betul-betul tentang wordpress terutamanya dalam memilih theme. Tutorial pula sukar dicari dalam web search berbanding dengan lambakan tutorial tentang blogger.  Nak tak nak memang kena survive sendiri dan bertanya sendiri kepada mereka yang menggunakan wordpress.

Apa yang menarik tentang wordpress antaranya Mesra Search Engine Optimization ( SEO ) dan Kelebihan dan ruangan komen Menarik.


Masalah Dengan Wordpress


Masalah utama berlaku apabila menghadapi Overload CPU. Aku sampai sekarang masih tak faham apa yang dimaksud dengan overload CPU walaupun sudah berapa kali kena dalam setahun.

Walaupun sudah dipasang plugin W3 Total Cache masih tetap lagi berlaku. Plugin yang dipasang tidak terlalu banyak hanya dalam 10 sahaja yang dipasang. Mungkin korang ada pendapat dan cadangan lain yang mungkin aku sendiri tak tahu.

Di harap perkongsian yang diberikan nanti dapat dielakkan dari menghadapi overload CPU lagi dan sebagainya. Setakat masalah itu sahaja yang dihadapi buat masa ini.

Tambah Pendapatan


Tak sampai setahun, dapatlah juga pendapat melalui Ashadee pada tahun lepas. Untuk tahun ini belum ada rezeki lagi bersama Ashadee. Berbaloi buat duit dengan Affiliate kalau kena pada caranya

Selain itu, memenangi beberapa contest review terbaik daripada penganjur. Sekurang-kurangnya dapat bayar hosting pun sudah cukup sambil itu mengasah skill penulisan dengan lebih baik.

Juga tidak dilupakan kepada Nuffnang yang sentiasa memberikan CPUV setiap bulan. :)

Get notifications from this blog

19 comments

  1. OVERLOAD CPU sama seperti blog telah menggunakan kuasa melebihi had,ia boleh diakibatkan daripada penggunaan plugin yang tak disyorkan ataupun penggunaan theme yang yang memiliki banyak script yang harus dijalankan.

    ReplyDelete
  2. tahniah..aku dah tahun ke4 dah...x rugi guna wordpress kan..

    ReplyDelete
  3. mmg syok dan mudah guna wordpress nie....
    nasib baik ianya percuma... jimat duit kita semua... :D

    ReplyDelete
  4. Thanks di atas penjelasan. Plugin yang tak pernah pakai memang kena buang ni.

    ReplyDelete
  5. Dah 4 tahun kira lama juga tu. Dah banyak pengalaman handle wordpress. Memang tak rugi dengan wordpress sampai platform blogger yang lama terbiar terus. :)

    ReplyDelete
  6. Memang syok wordpress ni. Ada yang percuma dan yang berbayar.

    ReplyDelete
  7. Tanniahlah sudah setahun blog ini. Selama berblogging. :-)

    ReplyDelete
  8. baru tahu.... tambah skit ilmu wordpress ni....

    ReplyDelete
  9. Tahniah bro... teruskan berblog bersama wordpress :)

    ReplyDelete
  10. teringin rasa nak guna..tp blm faham lagi ttg hosting dll.. hihi..

    ReplyDelete
  11. Mula-mula pun dulu aku tak faham juga, kena banyak explore. :)

    ReplyDelete
  12. Pernah cuba wordpress, tapi susah nak hadam..he..he..so end up dengan blogpot jugak...

    ReplyDelete
  13. tahniah.. dulu pernah try pakai wordpress... tapi lepas tu blurr kejap.. akhirnya terbengkalai macam tu je.. selesa dengan blogspot.

    ReplyDelete
  14. hehehe, makan masa nak hadam tu. :)

    ReplyDelete
  15. ada orang lebih selesa dengan blogspot maka pilihlah yang terbaik dan sesuai dengan citarasa sendiri. :)

    ReplyDelete
  16. sejujurnya saya masih rindu dengan blog yang pasang Wordpress..lebih semangat untuk berblogging dan kaya dengan plugin..

    ReplyDelete
  17. Saya pun merindui dengan blog kakiblog kalau tak silap. Salah satu blog yang saya kerap kunjung. ;)

    ReplyDelete
  18. Tak salah banding2kan antara platform blogger dan wordpress. Cuma jangan sampai memperlekehkan antara satu sama lain sudah, sbb wujud dikalangan blogger yg terlebih 'over' mengatakan platform blogger lagi baiklah dr wordpress, dan sebaliknya. Sebenarnya kedua-dua ada kelebihan masing-masing di 'mata' Google dan mata pelawat.

    Bagi aku, buat apa bermazhab-mazhab dalam pilih platform, aku sendiri pakai dua-dua platform blogger dan wordpress dan saling bantu-membantu dalam kedua-dua platform terutamanya dlm perihal backlink. Kan dapat 2 in 1 daripada pilih satu saja.

    Kalau bijak boleh buat perkhidmatan setup utk kedua-dua platform. ;)

    ReplyDelete
  19. Memang tak salahkan dan bandingkan kedua-dua platform. Setiap platform ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

    ReplyDelete