Perjalanan Antara KLIA2 Dan Jengka, Pahang - adarain

Tuesday, 3 June 2014

Perjalanan Antara KLIA2 Dan Jengka, Pahang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Beberapa hari yang lepas, saya bersama keluarga menghantar adik saya yang ketiga ke UiTM Jengka, Pahang. Tahniah diucapkan kepada dia kerana berjaya meneruskan pengajian.

Pertama Kali Ke KLIA 2


Ini adalah kami pertama kami sekeluarga menuju ke Jengka, Pahang. Kami bergerak dari Muar pada pukul 10 pagi tetapi sebelum menuju ke Jengka, Pahang kami singgah sebentar di KLIA 2 untuk menghantar adik saya kedua yang sekarang sedang sambung belajar di UiTM, Pulau Penang. Sekarang sudah masuk 2 tahun dia belajar di UiTM Penang.


kebiasaannya kami hantar adik saya di Melaka Sentral tetapi disebabkan kami sekeluarga ingin melihat suasana baru KLIA 2 yang baru sahaja beroperasi jadi kami terus hantarnya ke sana. Menuju ke sana tidak susah mana dan sangat senang berpandukan signboard yang dipamerkan. Parking yang disediakan pula sangat selesa dengan keadaan parking berbumbung.




[caption id="attachment_2246" align="aligncenter" width="700"]Perjalanan Antara KLIA2 Dan Jengka, Pahang ada kemudahan stesen bas dalam KLIA2[/caption]

Bila Masuk sahaja KLIA 2 agak terpegun sedikit kerana kawasan yang besar dengan lambakan kedai di dalamnya. KLIA 2 tak ubah seperti tempat membeli belah sehingga 'menutup' fungsi utama KLIA 2 yang beroperasi untuk menerbangkan penumpang ke destinasi yang dituju.




[caption id="attachment_2247" align="aligncenter" width="700"]Perjalanan Antara KLIA2 Dan Jengka, Pahang Boleh lihat dengan lebih jelas kapal terbang airasia[/caption]

Apa pun, untuk ke balai perlepasan pun senang dengan berpandukan arah signboard yang dipamerkan cuma agak jauh sedikit kalau hendak dibandingkan dengan LCCT.



Bermalam Di Kolej Kediaman UiTM Jengka, Pahang.


Kami sekeluarga tidak sangka seluruh homestay di kawasan Jengka, Pahang sudah penuh. Menyesal kami tak booking dari dulu lagi. Booking last-last minit memang takkan dapat.


Hatta, kalau jelajah kawasan Jengka, Pahang pun memang takkan jumpa homestay yang belum di tempah. Semuanya sudah ditempah awal-awal oleh keluarga lain sempena pendaftaran pelajar baru di kampus UiTM nanti. Kawasan Jengka terlalu kecil itu sebab homestay sudah penuh.


Jadi kami sekeluarga mengambil keputusan bermalam di Kolej Kediaman UiTM dengan harga RM15 untuk 1 bilik/1 Malam. Jadi, kami tempah dua bilik untuk lelaki dan perempuan. Cumanya kami kurang berkenan dengan suasana Kolej Kediaman tersebut.




[caption id="attachment_2248" align="aligncenter" width="700"]Perjalanan Antara KLIA2 Dan Jengka, Pahang Dalam bilik Kolej kediaman UiTM Siswi[/caption]

Biasalah, suasana kebanyakkan kolej tandasnya di hujung sekali dan bukan berada di dalam bilik masing-masing. Nak tak nak, terpaksa berhadapan dengan keluarga yang lain untuk berkongsi bilik air.


Itu sebab kami sekeluarga lebih prefer bermalam di homestay daripada Kolej UiTM. Satu keluarga duduk bersama dan ada privacy sedikit seperti mandi dan sebagainya. Tapi nasib tak menyebelahi nak buat macam mana.


TEKNIK KURUS DIET ATKINS - Membakar Lemak Pantas



Masakan warong Mak Ngah Memang terbaik


Saya tak sempat nak ambil gambar warong Mak Ngah di Bandar Pusat Jengka berhampiran dengan Jengka sentral. Kawasan berhampiran Jengka sentral ada sebaris kedai makanan dan yang terbaik ialah di Warong Mak Ngah Popala Weh!.


Kelebihan pada warung tersebut sebab ada pelbagai sup seperti sup tulang, sup daging dan sebagainya. Makanan memang sedap dan harga pun murah sangat. 8 orang makan malam dalam RM65.80. Serapan pagi juga disediakan di kawasan Jengka Sentral.

Comments

30 komentar

belum sempat lagi nak jejakkan kaki di KLIA2 sejak mula beroperasi awal bulan lepas...katanya macam shopping mall da dalam tu...hee

tak sampai lagi KLIA2...
kebanyakkan orang kata macam pusat beli belah...

cuti sekolah mesti tempah awal, homestay, hotel, resort, biasanya banyak yang dah penuh awal sebulan. namapak harga makanan kat warong mak ngah tu murah, berbaloi.

part membeli-belah & jauh tu memang setuju sangat-sangat..

Cantiknya gambar KLIA 2... Bilalah agaknya saya berkesempatan bawa keluarga naik kapal terbang melalui KLIA 2? Teringin sangat nak pergi ke sana...

Biasalah tu Bahrain.. sambil menyelam minum air.. tepat seperti iklan kat radio tu, flight pukul 5pm, awal subuh dah kejut family, nak shopping dulu...

kalau dulu satu jam sebelum perlu ada di airport sekarang kena tiga jam sebelum pula... tak pernah sampai lagi ke sana..tunggu nak terbang lah baru jejak kaki ke sana.

klia1 pun tak pernah pegi , lagikan klia2.. hihii. mungkin rezeki di lain masa. teringin sangat nak naik fligt..

tentu seksa berkongsi bilik air dengan keluarga yg lain...
lagi2 waktu pagi bila semua nak guna bilik mandi..
tentu sesak.. lepas nie kenalah tempah seawal yg mungkin :D

ok lah tu bro harga tak mahal sangat pun hehehe

Memang sangat ok dan berbaloi.

memang 'seksa' sikit. kami sekeluarga tak mandi kat situ, cuma gosok gigi dan buang hajat sahaja. ;)

INSYA ALLAH, kalau diizinkan oleh ALLAH S.W.T akan ke sana jua.

Memang patut kena datang lebih awal dalam 3 jam, kawasan luas, ada tempat lepak nak tidur pun boleh :)

orang luar negara banyak shopping ni. Makan kat situ bolehla.

Cantikkkan..hehehe. INSYA ALLAH, ada rezeki dapat juga ke sana.

Memang kena tempah awal, menyesal tak beli awal-awal plus lupa sekarang ni time budak sekolah cuti.

Yap, memang seperti pusat membeli belah.

memang macam shopping mall, pastu ada carpet lagi boleh lepak-lepak dan tidur.

masih x berkesempatan nak ke lia2 lg..
x sanggka shopping complex dlm tu besar ya

dah pergi..

memang gila penat berjalan. haha..

punya luas tempat parkingnyaaa ituuu

KLIA2 - bila nak pegi nih, tak de kerja berkaitan utk ke sana buat masa nih.

Memang dah jadi konsep bangunan kat Malaysia kot. Mana-mana bangunan, mesti diutamakan fungsi kedai-kedai jualan terlebih dahulu hingga lari matlamat asal pembinaan bangunan tersebut. KLIA2 ni mungkin dah ikut jejak langkah TBS kat Bandar Tasik Selatan. Dah macam shopping complex dari terminal bas. Haha

Mungkin meningkatkan lagi kewangan dan memeriahkan lagi suasana KLIA2

Memang penat nasib ada kedai makan dan tempat lepak.

ya, memang besar KLIA2 tu. Ambil masa juga nak ingat jalan dalam KLIA2

wahhh aku belum jejak lagi kaki ke KLIA 2 ni....org kata luas..

Memang sangat luas dan puas hati.

Dah lama tak ke.Jengka... KLIA 2 blm pernah pergi lagi

Duduk sekangkang kera dengan KLIA 2 pun belum berkesempatan nak p melawat kat sana


EmoticonEmoticon