√ Review Filem Edge Of Tomorrow - Adarain

Review Filem Edge Of Tomorrow

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Pertama kali menonton wayang di Aeon Klang, Bukit Tinggi yang dikatakan antara yang terbesar di Asia. Keadaan pada masa itu terlalu ramai yang mahu menonton wayang. Biasalah hari ahad mestilah ramai. Aku bersama rakan-rakan yang lain bercadang untuk menonton filem Edge Of Tomorrow yang dilakonkan oleh pelakon popular Hollywood iaitu Tom Cruise.



Sinopsis Edge Of Tomorrow


Bumi telah diserang oleh alien yang dipanggil mimik selama 5 tahun dan hampir ke seluruh negara besar telah ditawan oleh mimik. Tiada siapa yang dapat menandingi mimik kerana kepantasannya membunuh manusia.


Pada suatu hari, Major William Cage ( Tom Cruise) yang tidak mempunyai pengalaman dalam dalam peperangan telah dipaksa menyertai pasukan askar untuk menentang Mimik.  Sewaktu peperangan meletus, Cage mati dalam peperangan tersebut dan tiba-tiba tersedar kembali di tempat yang sama. Cage kini mendapati dirinya dibuang ke dalam gelung masa yang memaksanya untuk hidup pertempuran kejam yang sama berulang kali, berjuang mati dan hidup sekali lagi.




[caption id="attachment_2276" align="aligncenter" width="700"]Review Filem Edge Of Tomorrow sumber gambar dari rotikaya.com[/caption]

Namun pun begitu, Kemahiran Cage semakin meningkat apabila dapat bertempur dengan mimik secara berulang kali bersama pahlawan Angkatan Khas iaitu Rita Vrataski (Blunt). Dalam pada masa yang sama, Cage semakin mudah untuk mencari kelemahan yang ada pada mimik iaitu dengan membunuh 'ibu' segala mimik.



Best Ke tidak Edge Of Tomorrow?


Sebenarnya tak expect yang jalan cerita ini akan berulang-ulang kali. Apa yang aku jangka ialah filem ini berkenaan dengan pertempuan biasa dengan alien yang pernah dilihat pada filem-filem hollywood yang lain dan cuma kelebihan pada filem ini ialah pelakon utamanya iaitu Tom Cruise.


Ternyata, jangkaan aku tidak tepat tentang filem ni. Pengarah filem yang pernah mengarah filem Mr and Mrs. Smith (2005) ini pandai mengolah filem ini menjadi suatu yang lain dari kebiasaan. Banyak babak yang buat aku terkejut bukan sebab pada muka mimik tetapi kepantasan mimik mengejar askar.




[caption id="attachment_2277" align="aligncenter" width="700"]Review Filem Edge Of Tomorrow sumber gambar dari rotikaya.com[/caption]

Cage daripada seorang yang naif tentang peperangan telah berubah menjadi super soldier dan filem ini pun ada banyak komedi yang dilakukan oleh Cage sendiri.


Sangat berpuas hati untuk menonton filem ini dan bintang yang diberikan ialah 4.2/5 bintang. Untuk review yang lebih terperinci boleh layari laman Rotikaya

Get notifications from this blog

35 comments

  1. sekali sekala layan movie ni best gak, dgn aweks lagi best ooo

    ReplyDelete
  2. lama tak tonton wayang. cerita2 suspen mcmni mmg bikin hati berdebar2 je kan en. Bahrain?

    ReplyDelete
  3. latest filem, aku tengok Malificent..memang ohsem..:D

    ReplyDelete
  4. tom cruise berlakon mesti menarik filem ni. 4.2 bintang macam nak kena tengok nanti.

    ReplyDelete
  5. macam best je filem aksi ni... 4.2 bintang , kira tinggi gak tu...

    ReplyDelete
  6. AKu pun teringin nak tengok malificent, bukan senang nak tengok angelina Jolie berlakon.

    ReplyDelete
  7. Lakonan Tom cruise memang mantap. :)

    ReplyDelete
  8. Best filem ini. Ada masa boleh la pergi tonton. :)

    ReplyDelete
  9. yap. bunyi main peranan. haha

    ReplyDelete
  10. Tengah duk selongkar cari tv series labyrinth s1, ada tertengok review Edge Of Tomorrow ni. Macam menarik..

    ReplyDelete
  11. ENTAH BILA NAK RASA LAYAN MOVIE KAT PANGGUNG WAYANG.. DAH LAMA SANGAT TAK TENGOK WAYANG..

    ReplyDelete
  12. Aku tak kesempatan lagi tgk cite ni best ker... tgk mcm syok jer hehehe

    ReplyDelete
  13. Mula2 tengok pening jugak sebab asyik berulang je. Haha.

    ReplyDelete
  14. memang pening plus kelakar pun ada. :)

    ReplyDelete
  15. http://www.pening-pala.blogspot.comteringin nk pi tengok, tapi tgh exam.. sabor je la.

    ReplyDelete
  16. Lama jugak tak layan movie ni... huhu. nampak macam best. :)

    ReplyDelete
  17. Saya dah tengok cerita ni, memang menarik

    ReplyDelete
  18. macam best
    boleh layan juga ni nanti

    ReplyDelete
  19. memang best. ramai yang memberikan pandangan positif

    ReplyDelete
  20. Ada tengok trailer filem ni, ada satu part tu heroin tu nak bunuh aje dia sebab nak reset training tu.

    ReplyDelete
  21. sudah nonton film edge tomorrow ini,memang bagus dan the bestlah

    ReplyDelete
  22. macam best... ;-) nak kena tengok hero lama ni

    ReplyDelete
  23. pelakon otai masih kuat dan berbisa. :)

    ReplyDelete
  24. Belum sempat kawe tengok. Ramai ckp mcm Oblivion, so tu yg buat lambat sikit mahu gerak pegi tengok. Bukan Oblivion dulu tak best. Cuma byk filem yg menarik skrg. So dahulukan anak2 sempena cuti sekolah: Tengok Godzilla, Spiderman, Maleficent, X-Men, How To Train Your Dragon dulu... Tak lama lagi Transfomers lak.. adehh kopak!

    ReplyDelete
  25. wah, film kesukaan saya ini...
    reviewnya bagus...

    ReplyDelete
  26. Zumal tak sempat tengok filem nie... Zumal pun pernah menonton wayang di Aeon Bukit Tinggi tu, pengalaman yang terbaik jika dibandingkan panggung kat Kedah ;)

    ReplyDelete
  27. Rasa macam tak ada persamaan dengan oblivion. Memang kopaklah duit lagi-lagi untuk anak-anak. :)

    ReplyDelete
  28. Tak sempat boleh tengok kat online. :) Rasa puas bila tengok dalam keadaan pawagam yang besar.

    ReplyDelete
  29. Macam sedap aje sinosis ni..leh cari DVD ni kalau ada..hehe

    ReplyDelete
  30. macam best je...tak sempat nak terjah pula pawagam layan movie ni...

    ReplyDelete
  31. Dah tak sempat dah sekarang, kena tunggu online gamaknya. ;)

    ReplyDelete