√ Mengapa Negara Islam Lain Membisu Tentang Palestin? - Adarain

Mengapa Negara Islam Lain Membisu Tentang Palestin?

Beberapa hari yang lepas berlaku peperangan yang tidak disangka telah meletus kembali di antara Palestin dan Israel. Umumnya, Israel adalah sebuah negara yang telah banyak melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestine sejak berpuluh-puluh tahun yang dahulu namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian di antara Palestin dan Israel.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Sejak berlaku peperangan meletus, ada saja kata-kata sumbang dan tulisan di media sosial yang menyokong Israel, ada yang rasa annoying dengan isu Palestin dan ada juga yang membangkitkan persoalan mengapa Malaysia dan juga negara Islam lain mengambil pendekatan diam seribu bahasa tanpa ada tindakan ke atas Israel.


Israel Itu Benar di Mata PBB


Yang cakap suruh hantar askar Malaysia, suruh kasi senjata canggih semua tu menunjukkan anda tu hanya tahu cakap kosong tapi pengetahuan kosong. Sekarang ni walaupun kita tahu yang Israel itu memang haram dan Palestine ditindas dengan kejam, tetapi di mata-mata besar kuasa dunia dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetap mengatakan Israel itu adalah benar.

Sebenarnya dunia Islam tidak pernah membisu tentang serangan di Palestin dan pelbagai langkah seperti mengecam, mengutuk dan menghantar referendum oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara Islam lain yang diketuai Malaysia pada zaman Tun Mahathir namun sehingga sekarang masih tidak dihiraukan mana-mana pertubuhan dunia seperti PBB.


Palestin: Mana Tindakan Negara Islam Yang Lain?


Mesti akan ada yang tanya, kenapa hanya kecam, kutuk-kutuk saja. Tindakan mana? Kenapa negara-negara Islam tak hantar askar tolong?

Buat pengetahuan anda, Malaysia dan kebanyakkan negara membangun Islam di dunia ini diletakkan di bawah negara dunia ketiga yang tidak akan terlibat secara langsung dalam peperangan dan negara dunia ketiga ini terikat dengan akta pendamaian di mana kita tidak dibenarkan menghantar askar-askar untuk tujuan ketenteraan dalam mana-mana negara yang terlibat dengan peperangan dan ekonomi negara Islam ini dipegang oleh kuasa-kuasa Veto dalam PBB iaitu US, China, Russia, Britain dan France .

Sebab tu hanya boleh hantar skuad pengaman. Negara Islam yang kecil ni, tidak boleh bertindak sembarangan atas dasar ekonomi negara ni dipegang kuasa-kuasa besar diatas. Jika bertindak sembarangan, takut ekonomi negara disekat, serangan dan kecaman (boikot) terhadap negara-negara Islam kecil seperti Malaysia dan sebagainya akan diserang dan dituduh bersekongkol sebagai terorist (Pengganas).

Negara Islam terutamanya walaupun mempunyai OIC yang kini dipengaruhi oleh kesatuan Arab seperti Egypt, Saudi Arabia kini hanya menjadi wayang yang berpaling tadah dan tidak mahu menolong negara Palestin ketika susah kerana sebenarnya ekonomi mereka telah terikat dengan pegangan negara-negara luar seperti US. Sebab tu OIC kini hanya boleh menghantar referendum untuk mengecam tindakan Israel kepada Palestin.

Lepas ni mesti orang akan kata, oh maknanya Malaysia dan negara Islam lebih pentingkan soal ekonomi dari tolong Muslim di Palestin la?

Tu adalah statement orang tak berpelajaran. Buat pengetahuan semua, Malaysia, Turkey, Iran yang dikatakan negara Syiah adalah antara negara yang paling konsisten menghantar bantuan kewangan, ubat ubatan, dan senjata oleh Iran.

Hanya ini saja langkah selamat yang boleh diambil oleh negara-negara Islam untuk membantu negara Palestin. Bila sesebuah negara bertindak menghantar bantuan ketenteraan atau senjata, risiko akan diboikot dan menjadi target negara terrorist akan terjadi seperti Iran.

Adakah anda mahu lebih banyak negara Islam yang bertindak secara membabi buta menghantar askar ataupun senjata akan dicop sebagai negara teroris? Malaysia contohnya, ramai hero-hero media sosial di Facebook & Twitter kata hantarlah askarlah apa lah, jika kita diserang dan dicop teroris ia akan membahayakan rakyat-rakyatnya dan akan menyebabkan nama Islam sebagai terrorist seperti yang dicanang CNN semua.

Negara kita defense pun lemah lagi nak berperang, jika diserang bagaimana agaknya? Rakyat Malaysia ni sembang boleh la,sanggup berperang segala. Padahal perang dalam game boleh la. Tu pun mati berapa kali dah.

Masalah penyatuan bangsa dan kaum pun masih kelam kabut. Boikot pun setakat bermusim dan tak konsisten inikan lagi suruh askar berperang.


Jika negara kita mempunyai ekonomi yang kuat begitu juga pertahanannya seperti China dan Russia maka bolehlah kita menghantar ketenteraan kita ke sana dan sanggup melanggar akta yang terbina demi palestin. Sudah pasti kuasa besar PBB akan tunduk dengan kekuatan yang ada pada Islam jika ekonomi dan Pertahanan Islam kuat dan kukuh.

Untuk menjatuhkan Israel kita perlukan strategi bijak yang menyeluruh merangkumi semua aspek. Berfikir dengan penuh berhikmah bukan cakap kosong. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Sama-samalah kita menghulurkan bantuan semampu yang mungkin kerana itulah salah satu jihad yang boleh kita berikan pada Palestin. Berdoa semoga Palestin akan terus bertahan memperjuangkan agama dan negara serta diberi kemenangan buat selama-lamanya. Doa kami sentiasa bersamamu.

Get notifications from this blog

65 comments

  1. Banyak cara mempertahankan negara dan agama Islam, tidak semestinya dengan berperang kan... apa2 sekalipun, lets pray 4 Palestine

    ReplyDelete
  2. sama-sama kita teruskan berdoa dan hulurkan bantuan semampu kita buat saudara kita disana.

    ReplyDelete
  3. Betul apa yang diperkatakan oleh saudara bahrain, kita hanya negara lemah, cuma boleh mengutuk saja, PBB, China dan Rusia saja yang boleh kita harapkan. Semoga mereka dapat melakukan sesuatu demi keamanan dunia Islam seperti Palestin.

    ReplyDelete
  4. Setuju ngan hujah bro mengenai kita as 3rd world country yg belum punya tentera yg kuat. Kebanyakkan di luae sana pandai cakap tanpa pengetahuan.
    Selain dari bantuan kewangan, kita iringi mereka dengan doa.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana umat Islam mahu menjadi kuat, jika soal asas, soal tiang, iaitu soal solat pun diringan-ringankan? Melawan nafsu sendiri nak bangun subuh pun liat, inikan pula melawan Israel yang batil, tapi sistematik. Kita di pihak yang benar, tapi tak sistematik, tak berdisiplin.

    ReplyDelete
  6. Islam pun dah berpecah belah. Solatpun tak jaga. Kalau bersatu, pasti Islam tak dipijak macam ni. Tapi tu la. Susah dah nak capai benda tu.

    ReplyDelete
  7. Masing2 menjaga periuk nasi sendiri..Kalaula negara Islam bersatu....

    Kawan saya pernah cakap, nickname OIC adalah Owhh I C

    ReplyDelete
  8. bantu semampu kita dan semoga Allah melindungi saudara kita di sana ...

    ReplyDelete
  9. PENULISAN ENTRY BAGI YANG BERILMU.. SAYA BAGI 3 1/2 BINTANG.. TERBAIK..
    LAIN BUNYI MENULIS DENGAN ILMU DENGAN MENULIS DENGAN PERASAAN.. SYABAS..

    ReplyDelete
  10. Bantuan ubat-ubatan sangat diperlukan ketika ini..bantu apa yang patut dulu...

    ReplyDelete
  11. Banyak cara dan strategi yang boleh dilakukan. Apa yang penting kita berusaha dan berdoa semoga keadaan Palestin dalam keadaan selamat.

    ReplyDelete
  12. Itulah usaha yang kita boleh lakukan selain menderma iaitu berdoa semoga keadaan palestin menjadi reda dan kemenangan berpihak pada palestin.

    ReplyDelete
  13. Sebagai negara yang lemah kita boleh lakukan insiatif membantu dengan memberi sokongan moral agar mereka terus kuat menentang Zionist.

    ReplyDelete
  14. Kita kena cari sebab kenapa negara Islam hanya tidak menolong atau membisu bukan dengan bercakap kosong sahaja. Kena selidik dahulu baru tahu sebabnya.

    ReplyDelete
  15. Itupun perlu diambil berat. Soal kewajipan kita terhadap ALLAH S.W.T. Kalah menang semua ditentukan oleh ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  16. INSYA ALLAH, suatu hari nanti. We will Win. :)

    ReplyDelete
  17. Perkataan OIC dulu jadi bahan lawak. hehe owwh i see jadi owhh Ic..

    ReplyDelete
  18. terima kasih bro fairus, ni pun dari berdasarkan maklumat lain yang kukuh tentang negara Islam yang membisu.

    ReplyDelete
  19. kalau tidak mampu hulurkan pertolongan secara zahir...angkat tangan k langit dan meminta pertolongan Allah yang Maha Berkuasa...

    ReplyDelete
  20. jujur saja,.. terkadang amarah naik sampai ke ubun-ubun,liat perlakuan israel yang biadab dan negara-negara arab yang seperti mendiamkannya saja

    ReplyDelete
  21. Itulah sebaik-baik yang dapat kita mampu hulurkan bantuan.

    ReplyDelete
  22. Siapa yang tidak marah dengan kebiadaban Israel hendak buat macam mana. Kena ukur badan sendiri. kita doakan sahaja dan bantu apa yang kita boleh lakukan.

    ReplyDelete
  23. Nice sharing bro.

    Orang sekarang kalau bab nak kritik dia main lepas je, tapi isi kosong. Sebab kebanyakkan dibesarkan dalam persekitaran dendam dan kebencian kpd kerajaan.

    ReplyDelete
  24. adakalanya berasa sedih bila kita terikat dengan perjanjian yang melemahkan kita sebgai negara Islam.

    ReplyDelete
  25. Semoga Allah senantiasa memberi ketabahan serta dipermudahkan jln kejayaan buat Palestin... aamiin ya Rabbal alaamiin...

    ReplyDelete
  26. nak Islam bersatu,ustaz sy penah bgtaw, "Musuh Islam xkn dpt menyerang,memusnahkan, memecah belahkan umat Islam jika Solat Subuh dikerjakan berjemaah seperti Solat Jumaat.." inikan jemaah subuh pun 3 kerat je org..cmne nk bersatu.. *peringatan utk diri sendiri

    ReplyDelete
  27. Terima kasih kongsikan..kalau tak baca ni, memang tak tahu ceritanya..barulah saya faham...

    ReplyDelete
  28. lalu muhammad zaini15 July 2014 at 18:33

    kalau saja indonesia,malaysia dan seluruh umat islam bersatu,pasti akan sulit untuk terkalahkan...

    ReplyDelete
  29. Bercakap tanpa berfikir dahulu macam ni jawapan yang diberikan.

    ReplyDelete
  30. Perjanjian itu adalah buatan manusia dan saya pasti kita mampu mengubah perjanjian yang telah lama dilakukan jika kita mempunyai ekonomi serta ketenteraan yang kukuh agar dapat digeruni oleh pihak musuh.

    ReplyDelete
  31. AMIN~, Palestin Will Win one day.

    ReplyDelete
  32. Itulah salah satu kunci utama yang perlu kita cuba lakukan.

    ReplyDelete
  33. Sama-sama, sekadar perkongsian bersama. semua patut tahu :)

    ReplyDelete
  34. Ya, sudah pasti Israel sebegitu dengan mudah bisa dikalahkan.

    ReplyDelete
  35. good entry bro.. bagaimanapun teruslah kita bsama2 berdoa smoga rakyat palestin trus diberi kekuatan dan smangat utk mnghadpai dugaan ini.. allah akhbar!

    ReplyDelete
  36. Tulisan dalam ni tulisan org yg lemah pemikiran hasil dari kelemahan iman. Apabila isu ekonomi dijadikan tujuan utama dan tuhan no 2, akan terkeluarlah pendapat seperti ini, sama mcm negara2 islam yg membisu krn kepentingan peribadi pemimpin2 nya.

    Negara islam dan penduduk islam ramai, jauh lebih ramai kita. Kalau bersatu semuanya menghadapi sekatan ekonomi dan berdagang sesama kita, nescaya lama kelamaan musuh islam akan lemah. Asalkan negara islam ada daya ketahanan dari awal. Kunci ekonomi ada pada rakyat yg ramai dan negara yg pelbagai.

    ReplyDelete
  37. Terima kasih di atas pendapat saudara Muhammad Faiz berkenaan dengan Isu ini.

    Sudah semestinya kewajipan terhadap ALLAH S.W.T itu adalah perkara no 1 dan teratas sekali dan sesiapa yang tidak melakukan kewajipan yang telah diberikan dianggap berdosa. Salah satu ciri tentera yang kuat ialah mereka yang kuat beribadah seperti Tahajjud dan sebagainya sebagaimana yang dilakukan oleh Tentera Sultan Muhammad AL-Fateh.

    Dari sudut mempelajari ekonomi adalah merupakan fardhu Kifayah di mana mesti ada salah seoarang untuk mempelajari Ilmu ekonomi dan sebagainya. Jika kita mengabaikan fardhu kifayah maka kita akan ketinggalan kesemua bidang yang telah diciptakan dan hidup dalam keadaan tertindas.

    Jika kita terus menyerang dan mengharapkan pada ALLAH S.W.T tanpa sebarang usaha untuk mencipta sesuatu atau memikirkan strategi melemahkan musuh dibimbangi kita akan mudah dikalahkan dengan sekelip mata sebelum sempat menyelamatkan negara Islam yang lain.

    Ukhuwah yang bersatu dan kuat bermaksud bukan sahaja bermaksud mengeratkan sillaturrahim malah saling bertukar idea mencipta sesuatu demi kempentingan bersama iaitu demi ISLAM. Seperti contoh strategi bersama semua negera Islam untuk memboikoit barangan Israel. Kalau satu negara memang tak jalan.

    Tapi sayang kebanyakan Pemimpin mudah terpedaya dengan kewangan yang banyak dan tidak memikirkan masalah umat Islam sendiri mahupun Umat Islam yang lain.

    ReplyDelete
  38. Terima kasih saudara Sobri. AMIN~.

    ReplyDelete
  39. Sama-samalah doakan mereka dan celik ilmu tentang palestin.

    ReplyDelete
  40. Setuju dengan statement bro. Kita takat mampu bantu makanan dan ubat-ubatan je la pun untuk rakyat Palestin. Nak lebih-lebih, negara kita pun bukan kuat mana pun dari segi ekonomi mahupun ketenteraan. Masalah ekonomi dalam negara pun masih berantakan dengan jurang kaya miskin makin melebar, macam mana la kita nak harapkan lebih lagi untuk membantu saudara kita yang jauh jaraknya dari kita.

    ReplyDelete
  41. Islam memerlukan kesatuan yang kuat yang mana tak ada sekarang. Negara islam perlu Pemimpin islam yang berwibawa. Yang boleh memimpin negara menjadi kuat dari segi ekonomi dan spirtitual...Apabila berdepan dengan musuh Islam, kita perlu ada kedua-duanya...#Pray4Gaza

    ReplyDelete
  42. terima kasih kerana berkongsi ilmu tuan tetapi pd pndpat sy,kesatuan ummah ataupun kesatuan sesebuah negara,organisasi dsb harus didorongi krisis dan krisis penindasan islam oleh Amerika dan zionis terlaknat sepatutnya cukup. tentang isu perjanjian damai dan status 3rd world country tidak relevan sbnrnya kerana setiap negara harus mempunyai mekanisme pertahanan yg sejajar dgn portfolio kepentingan masing2..contohnya negara kecil spt malaysia menubuhkan pakatan keselamatan dgn indonesia untuk memerangi US dan mengusir Israel atas dasar menjaga kepentingan Islam dan penganutnya..antara langkah2 jangka masa panjang yg boleh diambil ialah implementasi hudud dan qisas,boikot barangan dan teknologi dr US dan EU,boikot eksport hasil bumi kpd negara2 yg mengiktiraf Israel dan jika perlu,adakan pakatan ketenteraan dgn pihak yg mempunyai kepentingan atas kemusnahan US,Israel,Britain dan EU spt China dan Russia..harus diingat artikel tuan berkisar tentang undang2 korup ciptaan Zionis untuk memecahkan kelas kuasa diantara bangsa dunia dan sekiranya kita patuh dan akur ianya hanya membuktikan yg kita selesa dgn label negara dunia ketiga dan mengambil jalan mudah dgn mengatakan kita hanya mampu berdoa dsb..menyentuh ttg pembelajaran ekonomi dan sosio politik semasa untuk memperkasakan ummah juga tidak relevan kerana sistem ekonomi kapitalis yg berdasarkan riba dan gharar ini tidak menepati maqasid shariah langsung..sy harap kita tidak merasa lemah dan tidak bermaya dlm menegakkan syiar agama Allah dgn memberi alasan remeh seperti perjanjian damai dan status negara dunia ketiga..ingatlah "extreme measures are for extreme people in extreme circumstances.Money is the new form of slavery,the difference with the old one is there's no physical connection between master and slave..."-Leo Tolstoy..sy mohon maaf sekiranya menyinggung sesiapa..Wallahualam

    ReplyDelete
  43. Terima kasih di atas perkongsian dan pendapat saudara meeran shah yang menarik perhatian saya. Tertarik dengan kata-kata Leo Tolstoy. Tiada apa yang perlu dimaafkan kerana setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza yang mungkin lagi bernasm dan mungkin dapat membantu meningkat lagi semangat untuk membantu negara Islam yang lain. :)

    ReplyDelete
  44. Boikot. contohnya: hari isnin jangan semua orang jgn makan mcD. Tengok berkesan ke tidak.

    ReplyDelete
  45. bayangkan kalo semua negara islam bersatu, bukan setakat israil, us pun takut..masalahnye sesama islam pun gaduh..sebab apa? kadang2 sebab politik,benda yg remeh..

    ReplyDelete
  46. payah nak cakap. amerika plak memang suka cari pasal. huh

    ReplyDelete
  47. Comform mesti ada yang pergi juga.

    ReplyDelete
  48. Itulah, benda remeh dibesar-besarkan masalah pun jadi besar dan tak selesai.

    ReplyDelete
  49. It's in fact very complex in this full of activity life to listen news
    on TV, so I only use internet for that reason,
    and obtain the latest news.

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirahim "Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agam ALLAH akan orang2 yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh dengan memulakan peperangan, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang2 yang menceroboh." Surah Al Baqarah , Ayat 190. Sekian. Renungkanlah tuan-puan diatas

    ReplyDelete
  51. Assalamuaalikum w.b.t. Bismillahirrahmanirahim. "Dan bunuhlah mereka, musuh yg memerangi kamu di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yg mereka telah mengusir kamu. Dan ingatlah fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haram sehingga mereka memerangi kamu di situ, maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi org2 kafir. Surah Al-Baqarah, Ayat 191.

    Apabila manusia tidak mengikut panduan yg telah ditetapkan oleh Allah dlm Al-Quran, maka keluarlah jawapan/alasan/dolak-dalih seperti yg disebutkan oleh penulis. Segala yg buruk datang dr diri saya. Mohon ampun kerana sy sendiri belum punyai ilmu yg mantap, lagi mahu menegur org. Tapi kebenaran harus disebarkan. Sekian. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  52. betul tuh negara islam kok diam saja ,kalau saja aku seorang presiden akan ku kirim bala tentara islam sukarelawan ke palestine

    ReplyDelete
  53. Terbaik bro. Penjelasan yg sgt bagus dan rasanya semua kena tau pasal ni. Diorg di luar sana sibuk2 huru-harakan laman sosial sedangkan tak tau apa sbenarnya berlaku.

    ReplyDelete
  54. ini adalah soal kehilangan nyawa saudara kita yg tiada nilai gntinye .tdak guna hdup sbagai seorang muslim jika tiada kredhaan dri allah dn alangkah indah nye kematian dlam prjuangan mngakan agama islam dlam kredhaan allah syahid fisibinilah.ingatlah allah adalah pemilik apa yg ada di langit dn di bumi apapun yg kita fikirkan ltakan lah kuasa allah itu di hadapan pmikiran kita ia mampu mngubah apa2 yg di rancang manusia dalam skelip mata.berdoa lah selalu agar kita sentiasa di jalang yg lurus al fatihah''

    ReplyDelete
  55. kalau asik solat puasa haji je tapitak gi perang pun apaguna?kita sibuk je dgn akhirat,dalam dunia kita di tindas oleh kapiak.sampai bila umat islam harus ditindas?inilah masanya umat islam bangkit sahut seruan jihad dan ketibaan mahdi.butola saudi arabia pencacai najis usa celakala mereka

    ReplyDelete
  56. Assalammualaikum... bahrain.

    Negara islam membisu bila Palestin di serang oleh musuh islam... adakah negara islam itu lemah dan hanya bergantung kepada negara musyrikin... Persoalan nie kekadang kita lihat kembali kepada diplomatik hubungan antara sesama negara islam. Negara islam itu sendiri dimomokkan2 dengan agenda dan 'moto' .. negara islam lemah dan tidak bersatu. Semua ini agenda "Israel" untuk melemahkan negara islam dan menanam benih benci kan "saudara seislam" .. Israel adalah suatu bangsa yang bijak tak dinafikan ...
    Kaya dengan muslihat...
    Apa yang penting kita bersatu hati dan bantu saudara seislam kita... baik daripada segi bantuan makanan atau kerahan tenaga secara sukarela atau pun 'berdoa' untuk saudara seislam kita..

    mselim3

    ReplyDelete
  57. takut perang takut boikot,berani apa dong negara islam

    ReplyDelete
  58. Isu palestin memang dekat di hati rakyat islam di malaysia

    hanya negara yang kuat ekonominya dan bebas dari cengkaman dan pergantungan kuasa luar mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan

    Makanan di Malaysia ini juga banyak bergantung pada import.

    Cuba bayangkan jika sekatan dikenakan pada Malaysia..

    ReplyDelete
  59. Pray for gaza. Sama-sama kita berdoa buat saudara islam kita di seluruh dunia

    ReplyDelete
  60. Islam. Please let's unite

    ReplyDelete