Santapan Rohani Dengan Zikir Terapi Diri 3
Selepas kejayaan Album Zikir Terapi Diri 1 & 2, Hafiz Hamidun kini tampil dengan album terbaru Zikir Terapi Diri 3 yang sudah pun berada di pasaran sejak beberapa bulan yang lepas.
Zikir Terapi Diri 3 Diberi Nafas Baru
Kejayaan yang luar biasa dengan keluaran album Zikir Terapi Diri 1 & 2 telah menyebabkan Hafiz Hamidun bersemangat untuk mengeluarkan lagi album Terapi Zikir Diri yang ketiga demi permintaan peminat setia.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Di samping itu, memperbanyakkan koleksi Zikir Terapi Diri agar orang ramai terutamanya remaja tidak lalai dengan lagu yang penuh dengan keduniaan semata-mata.
Berikut adalah senarai Zikir Terapi Diri 3:
- Ya Allah
- Bismillah
- Subhanallah
- Alhamdulillah
- Lailahaillallah
- Allahuakbar
- Hasbirabbi
- Tubnailallah
- Hasbunallah
- Zaljalal
Di bulan puasa memang sesuailah dengar Zikir Terapi Diri 3 yang dialunkan oleh Hafiz Hamidun. Sedapnya jangan cakaplah memang sungguh mengasyikkan serta penuh mendayu. Membuatkan kita rasa tenang mendengar album tersebut.
Kesemua zikir memang sedap tetapi di antara zikir-zikir yang menjadi kesukaan ialah Ya ALLAH, Subhanallah Hasbirabbi dan Zaljalal.
Memang tak rugi kalau beli album Zikir Terapi Diri 3 kerana bukan sahaja membantu dunia industri seni dalam kerohanian malah membantu kita meningkatkan kesedaran serta mendekatkan diri terhadap ALLAH S.W.T.
Tambahan lagi, jika kita sering memuji ALLAH S.W.T bukan sahaja dapat ganjaran pahala malah rezeki pun senang masuk dalam kehidupan seharian kita.
Boleh dengar preview album Zikir Terapi Diri 3 di Soundcloud Hafiz Hamidun
Get notifications from this blog
Barakallah...
ReplyDeleteSaya pon suka sangat album2 dr Hafiz Hamidun ni..sangat menenangkan jiwa..sangat bagus utk masayarakat kita yg mudah hilang pertimbgn sejak akhir2 ni..peace..:)
ReplyDeletejiwa memang tenang mendengarnya
ReplyDeleteHiasi halwa telinga dengan zikrullah...sambil kita turut melagukannya bersama...
ReplyDeleteItu lebih baik dari asyik dgn hiburan dunia.
tenang saja mendengar alunan zikir, tambah pulak pulang berhari raya.
ReplyDeletealunan zikir yang dibawa oleh Hafiz Hamidun memang menyenangkan jiwa.
ReplyDeleteSedap jer halwa telinga apabila mendengar alunan zikir terapi ini.
ReplyDeletesangat indah apabila di lantunkan dengan benar
ReplyDeleteSejuk telinga bila dengar.
ReplyDelete