√ Apabila Perangai Buruk Ditayangkan Jadi Popular - Adarain

Apabila Perangai Buruk Ditayangkan Jadi Popular

Hangat betul minggu ini dengan kekecohan seorang perempuan terhadap seorang tua yang merupakan seorang pesara kerajaan sampai masuk berita tempatan je, kalau berita antarabangsa memang tak lah.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Kekecohan berlaku disebabkan pelanggaran kereta yang mungkin tidak sengaja dilakukan oleh seorang uncle terhadap kereta Jenama Peugeot milik seorang perempuan.

Bab langar melanggar ini dah jadi kebiasaan dalam dalam hidup kita. Siapa yang tak pernah langgar dan dilanggar? Semua dah pernah merasai pengalaman sedemikian yang boleh kita anggap sebagai kenangan pahit dalam hidup atau tragedi yang menakutkan walaupun kemalangan kecil je.


Tidak Bijak Mengawal Emosi


Cumanya yang kurang enak dipandang ialah apabila perangai buruk yang ditonjolkan ketika mengalami situasi kemalangan. Cuba kawal perasaan dan berbincang elok-elok dengan mangsa kemalangan. Ini tidak, mengamuknya bukan main sakan mengalahkan Hulk la pula sampai kereta uncle tu diketuk berulang kali dengan steering lock .

Lagaknya tak ubah seperti samseng dan sudah tentu keadaan sekeliling jadi takut untuk mendekati perempuan tersebut gara-gara emosinya yang melampau. Kira bernasib baik uncle ni sempoi dan tak lawan balik dengan kemarahan perempuan tersebut. Kalau tidak memang huru-hara suasana masa tu.

Dalam pada masa yang sama, perangai buruk yang dilakukan masa kejadian telah dirakamkan dan ditayangkan dalam media sosial sehingga menjadi popular siap ada gambar-gambar perli beb. kau rasa? Memang kelakar habis.

Perangai Buruk Membawa Padah


Inilah yang dikatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Nak tak nak kena hadap dengan cemuhan masyarakat walaupun perkara ini tidak elok tapi hendak buat macam mana. Masyarakat memang peka dengan bab macam ni dan kalau bab mencemuh tu jangan cakap memang tak ingat dunia maki sana-sini.

Memang wajar perempuan tersebut dikenakan hukuman berdasarkan undang-undang agar tidak mengulangi kesilapan serta menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak melakukan kekerasan di jalan raya.

Kes ‪ini selesai, uncle pun dah maafkan. Tak payahlah nak sindir lebih-lebih lagi lepas ni. Siap over pergi snap gambar kereta kat rumah dia tu apehal?. Tak ada kerja lain nak buat? Yang lepas tu biarlah lepas. Cukuplah apa yang dah dia lalui beberapa hari yang lepas sebagai pengajaran.

Pada perempuan tersebut, lepas ni ko jangan nak emo sangat. Macam mana agaknya raya nanti nak hadap dengan semua orang. 

Popular atas Kesalahan

Malas nak tulis nama perempuan tersebut dengan no plat kereta dia. Bukan apa, dunia sekarang ni dah terbalik sikit, asal viral je kat media sosial mulalah ramai konti-konti radio panggil. Maka popularlah perempuan tu nanti atas perangai buruk yang dilakukan.

Get notifications from this blog

19 comments

  1. normallah tu..

    orang kita bila dah jadi macam ni..ramai la yang ambil kesempatan.

    ReplyDelete
  2. Popular dgn perangai buruk...tak guna

    ReplyDelete
  3. sekarang ni memang mudah sangat jadi viral..jadi berhati-hati dengan perangai anda...dan posting anda..kalau silap sikit pon boleh jadi viral ;)

    ReplyDelete
  4. keluarga malu..status melayu lagi malu sebab kita terkenal dengan sifat lemah lembut sejak dari dulu lagi..kini...habuk..

    ReplyDelete
  5. Popular for the wrong reason ya..Hmm...

    ReplyDelete
  6. Mengambil kesempatan untuk melariskan suatu servis @ produk. :)

    ReplyDelete
  7. Ini sebagai pendorong kepada rakyat Malaysia untuk melakukan perkara baik selepas ini gara-gara video tersebut. ;)

    ReplyDelete
  8. Sebagai peringatan buat kita semua, jadilah pemandu berkhemah, sesiapa boleh buat silap dalam masa yang sama kita ada undang-undang yang kena ikut.

    ReplyDelete
  9. Popular atas sebab yang memalukan, err.. takpelah kalau tak popular pun, dari memalukan diri sendiri.

    ReplyDelete
  10. betul dah pusing berbagai strategi tak jumpa beruntung

    ReplyDelete
  11. kan...takde benda yang boleh justify untuk dia berada di dalam radio/tv selepas apa yang dilakukan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. ya. kesempatan dalam kesimpitan.

    orang kita memang suka benda-benda macam ni.

    ReplyDelete
  13. den klu marah pun, marah dalam kereta. biar la kita memekak sorang2 dlm kereta dari memekak kat luar smpai orang ramai rimas

    ReplyDelete
  14. Itu lagi bagus dari memekak mengalahkan speaker. :)

    ReplyDelete
  15. Perkongsian Ilmu yang sangat baik.Teruskan berkongsi ilmu agar memberi manfaat kepada semua pembaca

    ReplyDelete
  16. Ini sebagai pendorong kepada rakyat Malaysia untuk melakukan perkara baik

    ReplyDelete