Tajuk bukan main gempak tapi serius ke Malaysia bakal dilanda tornado? Tak mustahil Taufan Tornado atau erti kata lain ialah puting beliung akan berada di Malaysia dengan memusnahkan kediaman serta tanaman yang ada pada negara ini. Namun sehingga kini, Malaysia belum pernah dilanda tornado besar dan kita juga seharusnya berasa syukur kerana Malaysia adalah antara senarai negara yang tidak mungkin akan dilanda tornado besar.
Dah tengok movie Into the Storm?
Movie Into The Storm baru sahaja berada di pawagam Malaysia sejak 7 Ogos yang lalu. Dan berkesempatan untuk menonton wayang tersebut bersama seorang rakan di City Square, Johor Bahru.
sumber gambar dari https://www.alertmedia.com/ |
Sinopsis Into The Storm
Movie ini mengisahkan di mana bandar Silverston telah dilanda Puting Beliung yang luar biasa dan tidak pernah dilihat oleh pemburu ribut. Puting beliung yang muncul bukan sahaja satu malah lebih dari itu dan bergabung menjadi puting beliung gergasi yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar Silverston.
Gary yang merupakan ayah kepada dua orang anak lelaki dan salah seorang anak lelakinya telah terperangkap dalam sebuah kilang terbiar. Dapatkah Gary menyelamatkan salah seorang anak lelakinya daripada menjadi mangsa puting beliung gergasi?. Dan dapatkah pemburu ribut merakam aksi puting beliung yang jarang sekali berlaku dalam dunia ini?
Review Into The Storm
Movie ini berdurasi 1 jam setengah sahaja dan boleh dikatakan tidak terlalu lama. Tak menjangka bahawa movie ini seakan seperti Paranormal Activity di mana para pelakonnya merakamkan aksi lakonan sendiri dan tidak terlalu pening sangat kerana walaupun rakam sendiri tapi kamera agak statistik (tidak terlalu banyak gerak). Tidaklah seteruk movie melayu Highland Tower.
Grafik tak payah cerita memang real punya puting beliung dalam movie ini. TERBAIK!
Pada permulaan movie ini agak sedikit bosan kerana intro pengenalan keluarga dan juga kumpulan pemburu ribut. Selepas intro semua watak diperkenalkan, barulah ada babak yang mencemaskan di mana tornado muncul datang menyerang dan ramai menjangka tornado yang muncul sudah behenti tetapi jangkaan itu tidak tepat kerana muncul beberapa tornado yang lebih dahsyat.
Diselitkan juga babak komedi di mana muncul pemburu ribut yang tidak bertauliah tetapi masih hidup lagi tu dalam penghujung movie ini sedangkan salah seorang pemburu ribut profesional terkorban gara-gara tornado. Mungkin ini dinamakan nasib badan siapa yang tahu.
Kesimpulan: Mungkin suatu hari nanti Malaysia bakal dilanda tornado siapa tahu?
Secara keseluruhan movie ini layak diberikan 3.5/bintang. Bagi mereka yang menggemarkan movie natural disaster seperti movie The Day After Tomorrow, 2012 dan Volcano sememangnya wajar menonton movie seperti ini. Sangat berbaloi untuk menonton.
Kalau Malaysia bakal dilanda tornado, adakah Malaysia sedia menghadapi tornado seperti movie ini? siapa tahu mungkin akan terjadi suatu hari nanti kerana kita tidak boleh menjangkakan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Kita hanya mampu berdoa agar dijauhkan dari bala bencana alam serta persiapan rapi menghadapi puting beliung sekiranya berlaku.
46 Comments
pernah tengok citer pemburu ribut ni dulu2. menarik gak, sebab baru kita tahu ada juga orang cam gini.
terkejut aku bro..
ingatkan kajian apa ka.. mcm phonemeno el nino..
tapi tajuk filem he..he..he
jangan tornado bro, nanti lembu pun di angkatnya naik.
Kita dekat Malaysia ni tak rasa tornada ni tu sebab sibuk nak ada benda macam ni. Tapi hakikatnya, kalau dah kena memang sekalipun tak nak merasa ada tornado ni. Confirm.
Tornado semulajadi mungkin tidak
Tornado politik memang ya.
Semoga Malaysia kekal terpelihara dan aman sejah tera.
Subur iman dan kesabaran
hmmm..tak sabar rasanya nak tonton movie ni..nampak cam best jer..
Boleh layan jugak nanti. Lama tak layan movie seperti ini selepas movie Day after Tomorrow
janganlah sampai terjadi karena iyu merupakan suatu adzab tuhan
Gaji diorang ni besar tu sesuai dengan risiko yang mereka ambil.
Saje je tu. hehe, cuma terbayang kalau terkena di Malaysia sendiri.
Bukan setakat lembu. kereta dan rumah pun diangkatnya.
Itu memang comfirm. Jangan dipinta yang membawa bala.
Tornado politik sentiasa ada memang takkan berhenti. AMIN~
Memang best (Y)
Tapi movie The Day after Tomorrow dan 2012 still the best!. hehe
Nauzubillah mintak dijauhkan lah malaysia dilanda tornado. Btw tak tengok lagi cerita into the storm tu eheh
gabungan cerita baru dan benda pernah berlaku.jom tonton
Tidak mustahil boleh berlaku. Apa pun filem ini akan dinanti-nantikan oleh kaki wayang.
minta dijauhkan malapetaka seperti ini dari negara kita
AMIN~.
Saya dah tonton. hehehe
Semuanya tidak mustahil. :)
KALAU MALAYSIA DI LANDA tORNADO.. ENTAH LA..TAK DAPAT BAYANG KAN..TAK TAU NAK MENYOROK KAT MANA..NAK BUAT BILIK BAWAH TANAH PUN TAK MAMPU.BERDOA JE LA MOGA DUNIA KITA NI AMAN DAMAI..
AMIN~. perkara sebegini jangan dipinta.
Menarik juga review ni... klu malaysia dilanda tornado mmg susah juga kita. Ramai yg tak biasa & bersedia dgn keadaan mcm tu kan... semoga kita semua dilindungi... aamiin.
kurang rasa nak tengok genre cerita macam ni. lebih kepada cerita superhero dan humor. mungkin sebab nak release tension kerja, tu yang lebih prefer cerita yang kurang serius.
Tak mustahil Malaysia bakal dilanda tornado andai kemusnahan alam sekitar yang berleluasa tidak dibendung.
Malaysia akan mengalami kerugian besar sekiranya tonado berlaku di Malaysia. AMIN~
kiranya lebih suka movie komedi la ni.
Tak mustahil sebab bumi ni bulat, tapi apaun mudah2an dijauhkan..
Takut!
macam best aje cerita kali nih.
kena tengok nih.
Kalau telah ditetapkan semuanya tidak mustahil.
apalah arti kiamat sudah dekat
Kalau macam 2012 tu maybe zumal boleh layan gak kalau macam dokumentari tak minat sangat. Nanti nak tengok la ^_^
Memang nak kena tengok citer ni..macam sedap aje..haha
Movie dokumentari pun aku kurang minat.
Memang best!
Kalau nak sangat tornado di Malaysia..
P KFC makan twister..
Adik beradik tornado tuan.
Sambil minum air twister.. Seeloknya jangan sebab produk yahudi.. Hehe
Boikot2
aku dah tgk citer ni...bagi aku biasa jer....stra8 to the point...
movie ni memang biasa-biasa je tapi masih boleh dilayan.
Tak pernah tengok lagi cerita ni
Anda lupa pasal satu lagi filem pasal puting beliung iaitu ---> TWISTER!!!
Apapun, Malaysia memang sah selamat dari sebrang bencana alam yang terburuk semacam ribut taufan (agak jauh kat Laut China Selatan) mahupun puting beliung (kecuali spout). Tambahan, selamat dari gunung berapi dan gempa bumi (kecuali gegaran) sebab kedudukan pulau ini berjauhan dari lingkaran api pasifik (walaupun hampir sikit aje).
Dah pun terjadi semalam, sebab tu jgn sebut2, kata2 adalah doa. Bila ramai yg fikir atau cakap pasal sesuatu topik, energy nya kuat untuk menjadi kenyataan. Contoh, ramai suruh Tun Mahathir turun, and it happened, ramai juga doa Pak Lah turun, dah pun jadi, sekarang ni kita nak siapa pulak turun?
Tak pernah dengar pula movie Twister. Boleh cari movie tu. Tapi tak mustahil Malaysia akan dilanda puting beliung, Semuanya kuasa Tuhan.
Ya, memang betol setiap perkataan adalah doa. minta dijauhkan daripada bencana yang lebih besar selepas ni.
tornado kecil di Malaysia telah pun berlaku.. Allah itu maha berkuasa.. maha memakbulkan segala doa 2 dan permintaan