Namoo On The Park Di Publika Shopping Gallery

Hai guys, rasa macam dah lama tak update tentang makanan di sini kebetulan tadi rakan saya ada ajak tempat makanan yang menarik di Kuala Lumpur iaitu di Publika Shopping Gallery.


Ini adalah kali pertama saya dengar nama Publika Shopping Gallery dan menurut rakan saya terdapat pelbagai restaurant dan cafe yang menyediakan pelbagai juadah yang menarik di samping itu juga setiap restaurant dan cafe mempunyai kreativiti dan hiasan yang tersendiri bagi menarik pengunjung.


Oleh sebab saya tidak berapa tahu mana satu tempat makanan yang terbaik jadi rakan saya mencadangkan makanan yang lain dari makanan tempatan iaitu Namoo On The Park.




[caption id="attachment_2900" align="aligncenter" width="700"]Namoo On The Park Di Publika Shopping Gallery  Sebelum masuk restaurant Namoo akan ada ruangan seperti ini. Sumber gambar dari www.lipstiq.com[/caption]

Namoo On The Park merupakan sebuah restaurant yang hanya menyediakan makanan korea sahaja. Berhampiran restaurant tersebut ada mini park di mana anak-anak boleh bermain dalam mini park tersebut di hadapan restaurant sementara ibu bapa boleh makan sambil melihat anak bermain di mini park yang telah disediakan oleh Namoo On The Park.



 Menu Namoo On The Park


Ini kali pertama saya cuba untuk merasa makanan korea yang REAL punya selain soul garden. Saya pilih makanan BIMBAB dan SUMMER LATTE.




[caption id="attachment_2895" align="aligncenter" width="700"]Namoo On The Park Di Publika Shopping Gallery Bimbibap Rice With Beef and Vegetable (gaul dulu sebelum makan)[/caption]

[caption id="attachment_2897" align="aligncenter" width="700"]Namoo On The Park Di Publika Shopping Gallery Summer Latte dan Ice Lemon Soda[/caption]

Sedap tak?


Ikut tekak masing-masinglah, lain orang lain rasanya. Bagi saya memang sedap makan Bimbibap cuma Kimchi yang disediakan sekali dengan sos memang tak sedap dan rasanya macam jeruk kebetulan pula saya memang tak makan jeruk.


Minuman yang saya pilih pula sama dengan kebanyakkan restaurant yang lain rasanya seperti Caramel Latte. Yang penting sedap.


Harga pula bagi saya adalah harga standard dengan kawasan tersebut yang boleh dikatakan kawasan elit. kalau ada rezeki bolehlah lepak kat sini Namoo On The Park. Lokasi boleh guna Google Maps, comform jumpa. :D


Namoo On The Park Di Publika Shopping Gallery Namoo On The Park Di Publika Shopping Gallery Reviewed by Adarain Channel on September 27, 2014 Rating: 5

28 comments:

  1. leman soda tu ... buat gua rase meleleh air liur...

    ReplyDelete
  2. Publika memang banyak kedai makan pelik2..

    ReplyDelete
  3. Kena makan guna chopstick ke? Tak pandai pegang chopstick.

    ReplyDelete
  4. Saya makan biasa-biasa je.. Yang agak pelik-pelik ni jarang / tak makan..

    ReplyDelete
  5. air benda warna biru tu? ngeri semacam aje. haha..

    ReplyDelete
  6. ngeri ke? haha, air soda lemon tu. :D

    ReplyDelete
  7. Makan dengan sudu je, Chopstik aku tak reti.:D

    ReplyDelete
  8. Ya, memang banyak kedai makan pelik-pelik ngeri pun ada. hahaha

    ReplyDelete
  9. Capati kat banana leaf pon sedap. Lembut gila

    ReplyDelete
  10. Kimchi tu memang jeruk pun kan bro. Hehe. sayur2 tu dia buat jadi jeruk.

    ReplyDelete
  11. wah buakn main makan sedap lagi si dia eheh..bila nak belanjan cahayacinta :)

    ReplyDelete
  12. yap, memang jeruk dan tak kena dengan tekak aku, siapa yang suka makan jeruk mungkin suka kot dengan kimchi

    ReplyDelete
  13. Nanti boleh try ni kalau pergi sana lagi.

    ReplyDelete
  14. Aku suka jeruk tapi tak suka kimchi...sgt tak kena dgn selera. Bibimbap tu ala2 nasi goreng kan? cuma sayur2 tu diorg asingkan..kalau tak salah la :)

    ReplyDelete
  15. Rindunya dengan Korean food . Dah lama tak makan..kalau ada masa nanti boleh cuba..

    ReplyDelete
  16. gmbr bibimbap yg awk dah gaul tak amik ke. heheh...

    ReplyDelete
  17. suami saya kerja area publika..harga makanan kat kedai2 ctu wahhh, memang boleh tahan.
    Tapi its nice to try kalau sesekali..

    ReplyDelete
  18. tak sedap lihat tempatnya,tak tahu kalau makanannya sedap tak

    ReplyDelete
  19. Lebih kurang macam tu tapi ini dia sekalikan dengan sayur dalam satu bowl. :D

    ReplyDelete
  20. Makan juga ya korean food, kalau ada rezeki bolehlah try makan. hehe :D

    ReplyDelete
  21. Kalau dah gaul memang saya dah makan terus, takde dah nak snap terus. hehe

    ReplyDelete
  22. Harga kat sana memang 'menakotkan', sekali skala boleh la kan. :D

    ReplyDelete
  23. bagus cuba ni, tak biasa lansung dgn makanan korea ni.

    ReplyDelete
  24. Memang nampak sedap lah tuh ya

    ReplyDelete
  25. Ok...aku tak pernah cuba lagi makanan Korea ni...nak try la nanti...tengok, kena dengan selera ke tak...hee

    ReplyDelete

Powered by Blogger.