Betul ke Annabelle Filem Paling Seram Hollywood 2014?
Pertama kali beli tiket wayang secara online dan saya bersama rakan memilih Alamanda untuk menonton wayang. Dari situ korang boleh pilih seat yang korang suka serta melakukan pembayaran secara online dan harga still sama cuma tambah RM 2 untuk booking fee. Kemudian Snap gambar QR Barcode untuk di scan ke kaunter sebelum masuk pawagam bukannya kaunter pembayaran.
Movie Annabelle antara movie seram yang mungkin patut ditonton berdasarkan kisah benar dari barat dan juga kalau korang dah lihat movie The Conjuring yang memang seram gila apatah lagi Movie Annabelle ni. Mesti seram juga kan mana tahu. Tak tengok mana tahu.
Sinopsis Movie Annabelle
Movie ini berkisarkan suami (John) dan isteri (Mia) yang hidup bahagia dan sedang menunggu kelahiran anak mereka. Pada waktu malam, suatu perkara yang tidak diingini berlaku di mana berlaku pencerobohan dua (2) orang pasangan iaitu Annabelle bersama teman lelaki yang melakukan ritual agama sesat dengan membunuh orang yang tidak berdosa pada jiran sebelah rumah John & Mia.
Mia terselamat begitu juga dengan kandungannya walaupun telah ditikam oleh teman lelaki Annabelle. Manakala, Annabelle telah mati ditembak oleh polis. Pada masa yang sama juga Annabelle telah memegang satu patung yang telah dihadiahkan suami (john) untuk isterinya (Mia) di mana patung tersebut mempunyai kuasa roh yang menakutkan kerana telah diwarisi oleh Annabelle.
Setelah berpindah rumah yang lebih baik dan Mia selamat melahirkan anaknya bernama leah, mia menyangka gangguan tidak wujud lagi tapi ternyata sangkaan Mia tersasar kerana Mia masih diganggu makhluk halus dan patung tersebut masih muncul meskipun telah dibuang oleh suaminya sebelum ini.
Hari demi hari, gangguan semakin teruk dan menakutkan sehingga mengancam nyawa anak perempuannya sendiri yang baru berusia 6 bulan. Demi menyelamatkan anaknya, Mia harus menawarkan diri untuk menyerahkan diri roh kepada 'Demons' dengan membunuh diri.
Adakah Mia sanggup menyerahkan diri dengan membunuh diri kepada Demons? Adakah Patung Annabelle boleh dihapuskan? Kalau boleh Bagaimana? Happy or sad ending? Nak tahu kena tengok sendiri ya :D
Review Movie Annabelle
Director Annabelle tak sama dengan The Conjuring (James Wan), iaitu John R. Leonetti. Jangan terlalu expect tinggi pada movie Annabelle sehingga sebaris dengan movie The Conjuring. Pada pandangan saya, Movie The Conjuring masih menjuarai carta movie paling seram hollywood berbanding movie Annabelle.
Movie ini pada pandangan saya memang menyeramkan tetapi babak seram tak banyak yang ditonjolkan. Tambahan pula, bunyi runut movie tak ubah seperti movie prekuel sebelum ini The Conjuring.
Ada juga orang yang suka dengan wajah patung yang menakutkan seperti gambar di atas. Biasalah, lain orang lain tastenya. Lebih kelakar lagi apabila babak di mana ada orang lain yang secara tiba-tiba menawarkan diri dengan mengorbankan diri sendiri untuk Mia dan Leah. Terasa macam eh! dan tiba-tiba bayi pun muncul setelah hilang beberapa minit kerana diculik demons. Terasa ada macam sedikit filem cutting. Tengoklah sendiri nanti ya.
Babak paling seram di mana pada waktu malam Mia sedang sibuk mengemas stor kemudian terdengar bayi menangis dan Mia cuba mencari suara tangisan bayi tersebut serta cuba menghampiri bayi itu namun wajah demons yang muncul sehingga Mia rasa terkejut serta melarikan diri dari demons tersebut.
[caption id="attachment_2911" align="aligncenter" width="700"]
Saya rasa 'average' kalau korang nak beli tiket untuk movie ini. Seram memang seram tapi macam tak puaslah. Saya bagi 3.0 / 5 Bintang untuk Movie Annabelle. Ketahui Kisah Benar di sini --> Annabelle
Get notifications from this blog
filem seram jarang saya tengok. penakut sikit. huhuh
ReplyDeleteHe he.. saya masih tak berani tengok cerita seram.
ReplyDeletetak tengok lagi.
ReplyDeleteso, tak tahu seram ke tidak. haha
macam best tapi anak tak mau tgok sb takut kesian plk dekat dia nnti
ReplyDeletesalam
ReplyDeletenampak trailer cam seram
tapi rasa nya tak boleh lawan gak ngan child's play kan - chucky patung yng paling kejam
kawan den pun kata tak berapa sangat ctr ni. terus tak jadi nak layan..huhu
ReplyDeleteSaya suka yang komedi saja atau drama biasa.
ReplyDeleteFilm seram kadang tak masuk akal dan banyak memacu adrenalin.
ReplyDeleteReview sikit pon dah rasa seram. Camne nak tengok A-Z nih hehe
ReplyDeletewah, seram dah rasa ni.
ReplyDeleteKalau rating 3/5 mgkn x berapa best le bagi penggemar filem seram.AA dh stop tgk filem seram sejak2 rasa dh xde feel seram.melainkan,tgk movie sorang2,baru ada rasa seriau.skrg lebih suka tgk filem action yang mendebrkan gitu.lagi syokk
ReplyDeletereview yang menarik..tp still takut nak tgk cite2 mcm ni. Penat rasanya rasa suspen. hehe...anyway thanks for sharing
ReplyDeleteSepatutnya adegan malam dibuat panjang bermula semasa distor sampai habis.. Ni tgh seram tiba tiba dihabiskan mood seram dgn tibanya waktu siang
ReplyDeletejarang tengok movie..
ReplyDeletetak tahu tentang annabelle ni
takut Miera nak pergi tengok....
ReplyDeletekayaknya seru juga filmnya bikin merinding bulu kuduk
ReplyDeleteTeringin nak tengok tapi movie the maze runner memanggil2 hana suruh tngok.hehe.sinopsis pn dah best kan.ni klu tngok sorg2 xbest.klu tngok 2 3 org best ni.riuh skit.hehe
ReplyDeleteAdik den cakap biasa-biasa jer. Baik layan cerita yang Denzel Washington berlakon tu.
ReplyDeleteDengarnya nak lawan dgn chucky...
ReplyDeleteSaya adalah peminat cerita horror. Perkongsian yang bagus supaya mereka yang belum pergi dapat berpikir 2 kali untuk menontonnya..Terima kasih...
ReplyDeletenak tengokkkkk.....!! seram bebenor ke???
ReplyDeleteramai yang kata tak seram, tapi bagi aku seram tapi tak banyak babak seram dan tak puas.
ReplyDeleteKena fikir masak-masak kalau nak tengok movie ni. haha
ReplyDeleteChucky lagi seram. hahaha
ReplyDeleteTak minat tengok movie seram nanti tak tito malam. Hahaa
ReplyDeletehaha, lelaki pun takut tengok movie hantu ke.
ReplyDeleteaku dah tak minat tengok cerita seram lepas sorang ustaz pesan kena elakkan tengok cerita2 seram, cerita bunuh2 dan cerita2 yang genre lebih kurang macam tu.. tak bagus untuk diri kita..
ReplyDeletememang tak tengok la seram2 ni..haha
ReplyDeletehaha, kalau tak berani sangat jgn tengok. :D
ReplyDeleteWalaupun bagus say tak berminat nonton film horor, sangatlah takut.
ReplyDeletememang menakutkan tapi seru untuk di tonton,,mantap
ReplyDeleteingt based sebab based on true story.. tapi tak boleh juga lah, imo, orang jepun, korea, siam, dan indonesia kalau buat movie seram, memang makan dalam.
ReplyDelete