√ Interstellar Sebuah Movie Terbaik Karya Christopher Nolan - Adarain

Interstellar Sebuah Movie Terbaik Karya Christopher Nolan

Sinopsis Movie Interstellar


Pada masa akan datang, Bumi akan hancur oleh kekeringan dan kelaparan menyebabkan kekurangan dalam makanan dan perubahan iklim yang melampau. Ketika manusia sedang menghadapi kepupusan, NASA secara senyap telah membuat perangkaan untuk menjelajah planet lain untuk meneruskan kehidupan di planet yang lain seperti bumi. Ini memberikan manusia peluang untuk meneruskan jangka hayat mereka.




[caption id="attachment_3080" align="aligncenter" width="700"]Interstellar : Movie Terbaik Karya Christopher Nolan sumber gambar dari google image[/caption]

Sekumpulan angkasawan yang diketuai cooper perlu melakukan perjalanan di luar sistem suria untuk mencari planet lain yang dapat menampung kehidupan manusia dari pupus. Namun, perjalanan angkasa lepas ke planet-planet yang lain menemui jalan yang sukar kerana berhadapan dengan masa yang berlainan dengan bumi serta tidak semua keadaan planet yang ditemui adalah sesuai dengan manusia di bumi.


Dapatkan Cooper menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masalah bumi yang semakin kekurangan makanan dengan mencari planet yang sesuai untuk manusia meneruskan kehidupan? Adakah perjalanan Cooper bersama kumpulannya selamat? Dapatkan Cooper bertemu kembali dua (2) orang anaknya dari angkasa lepas?



Review Movie Interstellar


Interstellar merupakan filem terbaik hasil karya unik Christopher Nolan. It was really mind blowing and breathtaking!
"Jangan leka di waktu malam yang tenang....."

Movie ini memang tersangat bagus dan menakjubkan dari semua segi iaitu  runut bunyi, visual dan pelakon. Visual yang terbaik pernah dilihat dalam paparan sci-fiction. Pemandangan blackhole/wormhole serta semua paparan yang ditunjukkan sangat menakjubkan. Runut bunyi Interstellar yang mengagumkan hasil Hans Zimmer yang pernah menghasilkan runut bunyi untuk movie Pearl harbor. Gabungan scene dan bunyi menyebabkan seperti betul-betul berada di angkasa lepas. Kesemua pelakon memainkan watak dengan baik sekali terutama watak utama iaitu Matthew McConaughey sebagai Cooper.




[caption id="attachment_3081" align="aligncenter" width="700"]Interstellar : Movie Terbaik Karya Christopher Nolan sumber gambar dari google images[/caption]

Cooper terpaksa meninggalkan salah seorang anaknya yang paling rapat dan pintar iaitu Murf untuk menjalankan misi mencari planet. Cooper sedar kerana dia akan berhadapan dengan masa yang berlainan antara di angkasa dan bumi. Melalui Blackhole/Wormhole yang boleh menembusi ke galaksi lain mengambil masa beberapa jam sahaja akan tetapi masa di bumi mengambil masa 10 tahun.


Bayangkan berapa lama Murf terpaksa menunggu ayahnya pulang ke bumi dari umurnya 7 tahun dan sudah mencecah 80 tahun.


Interstellar Sebuah Movie Terbaik Karya Christopher Nolan


Pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi Cooper bersama rakan-rakanya sepanjang perjalanan ke angkasa lepas menembusi galaksi yang lain untuk mencari planet yang sesuai untuk manusia menetap. Terpaksa pula berhadapan ancaman semula jadi planet yang baru ditemui kemudian bergelut dengan penipuan rakan angkasawan yang mengatakan planet yang ditemui selamat untuk manusia tetapi sebenarnya planet itu tidak selamat kerana tidak ada permukaan yang rata serta iklim sejuk yang melampau.


Kemudian Cooper telah dibawa  ke 5 dimensi yang menambah pening kepala serta rumit untuk diterangkan di sini. Namun, Murf seorang yang pintar dapat merungkai masalah yang telah dihadapi oleh ayahnya cooper. Bagaimana? kena tengok sendiri.




[caption id="attachment_3087" align="aligncenter" width="700"]Interstellar movie terbaik karya nolan sumber gambar dari google images[/caption]

Kesudahan yang memang sangat tidak boleh dijangka walaupun korang pandai meneka tapi serius korang memang takkan dapat mengagak perkara yang berakhir akan jadi begini. Movie yang penuh dengan babak drama keluarga antara ayah bersama anak-anaknya, mendebarkan dan sangat sedih untuk ditonton.



Best ke tidak movie Interstellar?


Movie terbaik hasil Nolan yang pernah dibuat. Jangan teragak-agak untuk menonton Interstellar. JUST WATCH! without a second thought. Rangking yang diberikan adalah 5/5 bintang untuk Interstellar. AWESOME!


 

Get notifications from this blog

42 comments

  1. Movie yang dihasilkan oleh pengarah filem terkenal biasanya memang best.. tapi bila bro kata ini merupakan filem terbaik arahan Christopher Nolan, tentulah filem ini tersangat2 best..

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni banyak iklan filem Interstellar di ruangan FB, pengulas pun tidak kurang. Apabila ramai yang ulas tentunya ada something yang mendesak untuk menontonnya. Selamat menonton.

    ReplyDelete
  3. Hmm... ni yang buat rasa nak tengok nih. :)

    ReplyDelete
  4. Lebih kenal beliau dengan filem Batman. :)

    ReplyDelete
  5. Assalam,

    macam menarik jer..
    sudah tentu mendapat sambutan hebat dan liputan meluas dan punya pelakon2 yang terror2...

    ReplyDelete
  6. aisehh..gua kena tengok gak cite nih..

    ReplyDelete
  7. Biasanya kalau christoper nolan memang best citer dia

    ReplyDelete
  8. baca sinopsis terbayang cerita yang cukup menarik...

    ReplyDelete
  9. bagus review bro..memang berbakat dalam penulisan..cuma saya tak minat sangat movies selepas menjadi blogger

    ReplyDelete
  10. film luar angkasa sangat disukai dari dulu

    ReplyDelete
  11. harapkan ada masala dapat tengok movie ini lagi yer tak

    ReplyDelete
  12. mcm menarik tapi rasanya bukan genre yg saya suka ...

    ReplyDelete
  13. kalau minat layan movie genre sci-fi...memang movie ni patut masuk dalam list...layan beb !

    ReplyDelete
  14. kalau baca review filem dari bor memang rasa best je filem tu..hahaha

    ReplyDelete
  15. Wah bagi rating penuh tu nampaknya 5/5

    ReplyDelete
  16. Antara karya terbaik Christopher Nolan walaupun mendapat reaksi negatif sesetengah pihak yang mendakwa filem ini bercanggah dengan teori sains. Tapi, filem yang bagus tetap bagus walau ianya bercanggah dengan logik. Lagipun, filem adalah medium cetusan minda karyawan untuk bercerita.

    ReplyDelete
  17. kaki wayang jangan terlepas peluang untuk menonton movie terbaik ini..

    ReplyDelete
  18. Biasalah nama pun filem tak semua filem berdasarkan fakta just sekadar imaginasi semata-mata. :D

    ReplyDelete
  19. wow...kalau dah bagi 5stars over 5stars...wajib tonton dah ni...
    last sekali tengok movie sebelum puasa ritu...

    ReplyDelete
  20. Wah kalau revuewnya 5/5 memang wajib pi tengok la lagu ni :)

    ReplyDelete
  21. nampak seperti filem terbaik ni
    payah nak dapat markah penuh

    ReplyDelete
  22. Trailer nampak macam best...

    Saya belum tengok lagi, tapi baca review macam teruja nak tengok!

    Ada tak cadangan movie2 yang bergenre lebih kurang sama? :)

    ReplyDelete
  23. Lepas baca review ni memang tak sabar nak tonton filem ni.

    Insyaallah akan lihat juga

    ReplyDelete
  24. Kalau genre sci-fic Interstellar je ada, movie animasi baru keluar BIG HERO, tgk trailer cam best. :D

    ReplyDelete
  25. wahh ranking tinggi kau bagi, aku dah lama x tgk filem, asyik tgk drama jer, hehe

    ReplyDelete
  26. Alaaa best sgt ke cerita ni? Ramai yang cakap memang best! Nad tak sempat lagi nak tengok T_T

    ReplyDelete
  27. saya memang kaki wayang. ni kena masuk dalam list utk ditonton ni.. terima kasih atas review. :)

    ReplyDelete
  28. setuju memang the best tuh film untuk di tonton

    ReplyDelete
  29. Belum sempat tengok lagi ni....hohohoho...

    ReplyDelete
  30. baru jer purchase on9
    jap lagi after solat terus menuju ke mall
    mihmih

    ReplyDelete
  31. oh hang dah bagi 5 bintang , namapk haya kena juga tengok movie ini

    ReplyDelete
  32. Baru tonton filem ni tengah hari tadi. Memang movie ni best dan yang lucu ialah bila ayahnya kembali ke bumi dan jumpa anaknya. Anaknya dah tua macam orang umur 80-an tapi ayah still muda. Rasa awkward pula. But, ending dia macam penuh persoalan juga tak berapa saya nak faham.

    ReplyDelete
  33. Bab ayah muda anak tua tu memang kelako dan hubungan pun tak semesra masa kecik dahulu antara ayah dan anak. Anak pun dah ada keluarga besar. Ayah pula teruskan misi mencari kawan perempuannya tu. Movie sci-fic macam ni ada banyak juga yang aku tak berapa faham tapi layankan je lah movie ni. hahaha

    ReplyDelete
  34. dah lamanya tak layan movie. hari tu adik ajak pi tengok Big Hero, tapi cancel. uhuhu...

    ni boleh suggest kat adik ni.

    ReplyDelete
  35. memang tak tercapai kepala otak den dengan cerita ni

    ReplyDelete
  36. wah kayanya seru tuh filmnya jadi pengen nonton,,,hehe

    ReplyDelete
  37. Sepertinya saya harus menontonnya nih

    ReplyDelete