Scammer dan pautan (link) pelik di media sosial seperti facebook bukanlah satu perkara yang baru malah sudah lama berlaku sejak bertahun-tahun yang lepas. Namun, masih ada lagi yang mudah percaya dengan link yang dipaparkan dalam media sosial.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
SCAM adalah penipuan di internet oleh mereka yang ingin mengaut keuntungan mudah di internet
Padah Klik Pautan (Link) Pelik Di Facebook
Kebanyakkan pengguna media sosial mudah tertarik dengan tajuk yang luar biasa dan berbaur lucah yang menyebabkan pengguna media sosial klik pada link tersebut.
Seperti contoh baru-baru ini, link pautan pelik serta berbaur lucah iaitu 'Aksi lucu Gadis Mabuk Teruk' dan 'Kejadian Ular Raksasa Makan Manusia'. Tajuk tersebut membuatkan pengguna facebook ingin mengetahui dengan lebih lanjut dengan klik link tajuk tersebut tanpa mengetahui padah apabila klik link tersebut.
Jangan klik link yang pelik kerana secara automatik pengguna media sosial akan menerima link yang tidak dikehendaki di wall facebook tanpa disedari. Dalam pada masa yang sama wujud malware yang terpasang dalam komputer akibat klik link yang tidak diketahui asal usulnya. Lebih teruk lagi boleh menyebabkan komputer rosak dengan serta-merta dan duit hilang lenyap terus dalam akaun.
Cara mengatasi dari perkara ini berlaku adalah dengan report status tersebut sebagai spammer kepada Facebook supaya pihak facebook dapat mengesan aktiviti link tersebut dari meluas kepada pengguna facebook yang lain. Juga ingatkan kepada rakan-rakan pengguna facebook yang lain agar tidak meng-klik link yang pelik serta berbaur lucah.
Itu belum campur scam melalui email, Call dan SMS. Itupun masih lagi orang percaya dengan hadiah yang dimenangi padahal tak masuk contest tup2x dapat hadiah. Tak ke pelik namanya.
Jadi sila berhati-hati dengan link dan apa jua perkara yang meragukan. Lebih baik abaikan. Mencegah sebelum terkena.
23 Comments
Terima kasih di atas perkongsian info... Semoga lepas ni tak ada lagi pengguna Facebook yang terpedaya..
siapalah yang punya kerja ni, menyusahkan betul.
Selalunya yg dipaparkan memang menarik minat utk di klik. Tapi itulah...kena berhati2. Kalau spam yg membawa virus, memang naya!
TQ diatas ingatan ini.
Paling normal kena klik, post lucah, Whoaa~
Perkara biasa post lucah atau tajuk yang gempak. Orang yg mudah terpedaya dengan tajuk mmg terus klik.
Scammer ni mesti kaya dengan hasil haram macam ni. Rasanya dari luar negara.
Di harap begitulah hendaknya.
seharusnya jejaring sosial di pake dengan hal-hal positif
SAYA MEMANG TAK BIASA KLIK YANG BEBUKAN..
Macam-macam penipuan sekarang, kena berhà ti-hati
betul . kat facebook bersepah menda2 mcam ni . unsur2 lucah pulak . siapa yang terpedaya memang laju klik , lepas tu dapat la . .
Facebook sekarang macam teruk.. Banyak virus bersepah sepah..
Tu tak peduli terpedaya lagi.. memang bernafsu nak klik.. haha..
jangan duk gatal-gatal nak klik yer..hahaha
wah hati-hati tuh jebakan ofsite
jangan terkecoh tuh
jangan tertipu
saya dah kena itu hari..sampai sekarang saya nyahkatifkan akaun FB
sendiri mau ingat juga
orang lain dah banyak kali tolong ingatkan
dah terkena nanti, nyesal pun tak guna
sekarang banyak yang merapu ada guna gambar artis lagi sedih kecewa sangat
memang banyak iklan facebook yang merapu. kalau klik mau kena virus tersebar nanti
bahaya tu.. tak pasal-pasal kena nyahaktifkan facebook.. kena hati-hati lain kali.
[…] berlaku di laman Facebook dan Twitter yang memaparkan link yang pelik. Boleh lihat [DISINI] untuk ketahui lebih […]