Saturday, 6 December 2014

Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?

Yahoo! Jom Ke Taman Mega Legoland Malaysia. Siapa tak gembira kalau dapat tiket percuma kan? (tiket percuma tak termasuk water park).


Cumanya, cuaca ketika itu tidak menyebelahi kami berlima (5) dengan keadaan hujan renyai diikuti pula dengan turunnya hujan lebat menyebabkan kami mengambil keputusan untuk makan terlebih dulu sebelum masuk ke Taman Mega Legoland sementara menunggu hujan berhenti.


Tak lupa juga kepada salah seorang daripada rakan kami yang telah memberikan tiket secara percuma ke Taman Mega Legoland Malaysia. Dapat jimat di situ takdelah kena bayar sampai beratus. Kalau tak ada tiket percuma mungkin ambil masa nak ke Legoland, silap-silap memang takkan pergi Legoland.



Apa Yang Menariknya Legoland?


Ada beberapa tempat menarik dalam Legoland yang telah kami explore dan antaranya adalah seperti berikut:

THE BEGINNING
Ini adalah bahagian yang pertama dan permulaan dalam Legoland. Di sini juga terdapat The Big Shop yang merupakan kedai terbesar barangan buatan Lego  di Asia. Kalau nak beli lego toys kena pusing-pusing Legoland dulu baru beli.


LEGO TECHNIC
Bahagian ini merupakan kawasan AQUAZONE Wave Racers tapi kami tak naik sebab permainannya biasa-biasa sahaja dengan racer pusing-pusing di atas air sambil mengelak pancutan air. Permainan yang kami naik dalam bahagian ini adalah Roller coaster sebagai permulaan di Legoland.




[caption id="attachment_3200" align="aligncenter" width="700"]Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?  Read more: http://www.adarain.com/?p=3166#ixzz3L5GG0GtY Kawasan Lego Technic[/caption]

Turut ada LEGO Mindstorms tempat membina bangunan dan robot menggunakan lego yang telah disediakan. Kami masuk tengok-tengok je pastu tanya tandas kat mana then keluar cari tandas. haha :D


LEGO KINGDOMS
Seterusnya ialah Lego Kingdom dengan rekaan istana zaman dulu ala barat. Tempat ini ada dua (2) roller coaster naga. Part ni, kami bertiga lelaki je yang naik, lagi dua (2) orang perempuan dah surrender awal tak nak main roller coster. Jangan tanya kenapa?




[caption id="attachment_3187" align="aligncenter" width="700"]Legoland Malaysia bahagian Lego Kingdom Berada di hadapan Lego Kingdom[/caption]

IMAGINATION
Next, dah penat berjalan singgah pula tempat ni. Nasib ada pawagam kat sini 4G pula tu. Bolehlah duduk dan tonton sambil berehat. Walaupun jalan cerita biasa je tapi tengok 4G memang nampak real pastu ada pula air plus salji tiruan dari atas turun. Memang sukalah budak-budak dalam pawagam ni yang tengok sampai menjerit-jerit.




[caption id="attachment_3183" align="aligncenter" width="700"]Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar? simple pintu gerbang imagination[/caption]

Dalam kawasan ini juga ada menara serupa menara taming sari di Melaka. Dari atas bolehlah lihat pemandangan seluruh kawasan Legoland termasuk hotel sekali dan water park.




[caption id="attachment_3185" align="aligncenter" width="700"]Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar? Pemandangan menarik dari atas.[/caption]

LAND OF ADVENTURE
Next stage sampai kawasan suasana arab dan kami main Fire laser aka tembak-tembak protect barang-barang berharga dari perompak. Tembaklah sesuka hati pastu tengok markah yang diperolehi hasil tembakan. Tak puas hati dengan point yang dapat pergila main lagi.


Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?


Dalam bahagian ini juga ada satu tempat dipanggil Dino Island, permainan di situ kena naik bot kemudian dibawa naik ke atas, berhenti sekejap di bahagian atas kemudian meluncur laju jatuh memang habislah basah siapa yang naik bot tu. Kami tak main sebab nanti basah, tempat pengering badan ada disediakan tapi limited dan terlalu ramai orang




[caption id="attachment_3193" align="aligncenter" width="700"]Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar? Salah satu tempat yang berada di Land of Adventure - Dino Island[/caption]

MINILAND
Last part, tempat ni lah yang selalu orang ambil gambar lego pastu upload kat media sosial. Banyak tempat menarik yang direka dengan Lego antaranya dari Malaysia, Singapore, Indonesia, Brunei, Filipina, Laos dan seluruh asia. Salah satu tempat yang direka dengan Lego adalah KLCC, Airport, Angkor Wat, Kuil dan banyak lagi.




[caption id="attachment_3190" align="aligncenter" width="700"]Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar? Salah satu miniland dari cina. Kota larangan iaitu Istana raja zaman kegemilangan Distani Qing dan Ming pada 500 tahun yang dulu. [/caption]

owh yea, yang bestnya ada miniland star wars. Miniland star wars adalah kawasan tertutup tak macam miniland lain yang dilengkapi penghawa dingin. Dalam miniland start wars ni kami menyusuri beberapa part sehingga 6 episod diakhiri dengan jualan lego star wars. Harga mampu tengok je. :D


Nampak butang hijau kat mana-mana miniland tekan tanpa ragu-ragu.



Best Ke tak Legoland?


Best ke? Kalau budak-budak comfirm memang suka habis dengan tempat macam ni lambakkan permainan Lego tapi kalau bagi pendapat aku kira ok lah. Bestlah juga at least dapatlah masuk taman mega Legoland yang dikatakn terbesar di asia. Siapa tak suka kalau dapat masuk sini kan? Janji enjoy.




[caption id="attachment_3194" align="aligncenter" width="375"]Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar? Bersama lego yang pemalas! di Lego Kingdom[/caption]

45 Comments

Pengalaman yg menyeronokkan.. best. Saya tak berkesempatan nak meronda2 seluruh kawasan tu pun sekali je dulu.. panas sgt2 waktu tu...

Memang best sgt pergi dekat Legoland ni... anak saya nak pergi kali kedua.. kali ni menuntut janji, sebab dapat periksa no 1 dlm peperiksaan akhir tahun hari tu..

okeh.

memang nak kena pegi gak legoland ni satu hari nanti.

Kalau nak bawa keluarga pegi legoland ni kena bajet betul2...bayaran sahaja dah beratus...

Pemandangan dari atas nampak sangat memarik dan memang tempat yang pantas untuk dituju sebagai wahana refreshing.

Haritu xsempat pegi Legoland.. masa terhad melancong kat JB ni.. USS jak ditargetkan.. hehe

Itu lah. nak pergi pun saya berkira sebab harga tiket beratus-ratus. -,- tunggu ada anaklah baru seronok kot pergi tempat macam tu. Apapun, thank you for sharing ya.

dah 2 aku duk kat johor tapi tak pernah lagi sampai kat legoland..mybe tahun depan kot..hehe

Ada memasang hajat untuk ke Legoland bersama ahli keluarga.

Terbaik review awak ni bahrain. Baru la akak boleh terbayang apa yg ada kat Legoland tu. Agak menarik juga terutamanya 4D wayang tu..

Lego pun ada yg pemalas ye. hehe.

pernah ke sini sebab ada family day, tapi waktu tu cuti sekolah, kene beratur 1/2 jam nak main setiap permainan, aiyoo letihnya

sangat cocok untuk berekasi bersama keluarga

Terima kasih kak lyd, pemalas tu sebab style macam tu. hahaha

Time cuti sekolah lagilah ramai orang. Nak tunggu setiap permainan punyalah kena beratur tunggu turn lama.

Semoga dipermudahkan urusan ke sana.

sama-sama, kalau tiket beratus-ratus memang kena fikir beratus-ratus kali. hahaha

fuyooo, USS juga yang diperginya tu. hahaha

Insya Allah mana tahu suatu hari dapat datang ke sana. Tq atas info ni.

Sal banyak yang recommend USS.. so pegi jak biarpun 1st time jejak Johor and Singapore.. hehe

Pasni nak g USS plak. Tahun depan kot.

INSYA ALLAH, ada rezeki ke sana. :)

Beratus kalau berbaloi pergi xper rasanya. Tapi kalo beratus tapi aper mender pun xder mmg boleh mendatangkan kemurkaan la jawabnya. Promosi dorang nie gila2 sampai anak2 aku hari2 dok tanya bila nak pergi. Nak x nak kene pergi la jawabnya.

Teringin nya.. dah lama nak pi sangat Legoland Malaysia ni. Tapi tu la belum ada rezeki. Pi masuk Lego Star Wars tak? Baru buka tu kan..syok syok!

Edit : Oh ada masuk Star Wars jugak. haha tak nampak gambar, nampak best kat situ

Legoland ni nampak macam best sebab dulu-dulu masa kecik mana mampu nak ada mainan Lego. So, dengan adanya Legoland ni, dapat jugaklah lepaskan gian nak main Lego zaman kanak-kanak dulu walaupun dah dewasa. Hehe

tak pernah sampai lagi kat sini, bila tah nak pergi sebab belum masuk dalam list lagi untuk tahun ni, insyaAllah tahun depan kot jika diizinkan..

Betul tu, budak-budak memang suka giler dengan Legoland ni. Saya bawak anak-anak aritu pun sampai tak mau balik. Tapi based on experience, elok la bawak anak-anak yang dah besar sikit. Kiranya sekolah rendah tu ok la. Baru la dia boleh menikmati banyak sikit mainan yang ada dalam theme park tu.

Macam anak-anak saya baru 5 tahun & 2 tahun. Si kakak jela yang dapat main banyak sikit, si adik lepak jela tengok kakaknya haha diorang paling enjoy kat water park. Berejam kat sana sampai tertido kepenatan hahahaha

x tau la.. tengok gambar2 orang yg dah masuk, rasamacam tak berbaloi je.. hehehe..

Memang betul, kebanyakkan permainan lebih kepada budak2x yang sekolah rendah dan ke atas, kalau bawah 5 tahun tak semua permainan boleh naik.

bayar ratus-ratus pun puas hati :)

aku belum ada kesempatan lagi nak ke legoland

mungkin rezeki ke sana tahun 2015. :)

Saya tak berpeluang lagi pergi ke legoland. Dengar cerita sekarang ni dah macam-macam ada dekat legoland.

Bawa anak-anak mesti seronok ni :)

bestnyaaa teringin juga nak pergi . kena roller coaster sekali :) hehee

kalau dapat tiket percuma
best juga
haha

Buat masa ni, Nurul belum terbuka hati nak pegi Legoland walau dah beberapakali makan2 kat Medini shopping complex tu.. harga mampu nengok je la.. kalau sorang ok lagi, kalau nak pegi satu family.. perghhh... bunyi ribu tu.. huhuhu

taman bermain penghilang stress buat keluarga

tiket luar murah,tiket dalam yang mahal tuh