Makan Banyak Di Murni Discovery Bukit Jalil
Dah lama saya perapkan post ini dalam draft, baru sekarang nak post hari ini. Bulan yang lepas saya bersama rakan-rakan yang lain pergi ke restaurant Murni Discovery Bukit Jalil pada waktu malam.
Menurut rakan saya, restaurant tersebut merupakan tempat yang sangat popular kerana makanan yang banyak dan sedap serta ramai yang berkunjung ke tempat tersebut lagi-lagi di waktu malam.
Murni Discovery Bukit Jalil
Murni Discovery mempunyai cawangan iaitu di Shah alam, Kepong, USJ, Sunway Mentari dan SS2. Waktu operasi pula mengikut tempat kalau di Bukit Jalil dari 8 Pagi sehingga 2 Pagi.
Sampai sahaja ke Discovery Murni, ternyata apa yang dikatakan rakan saya memang terlalu ramai orang sehingga perlu membuat satu ruang lebih untuk di luar restaurant. Mujur kawasan Murni Discovery Bukit Jalil sangat luas dan selesa.
Harga makanan memang sangat berpatutan dengan apa yang diorder. Saya order Mee Raja manakala rakan-rakan saya yang lain order spaghetti dan Nasi Lemak Kukus.
Mee Raja Terbaik!
Terkejut dibuatnya melihat Mee Raja berada di hadapan saya. Pertama kali yang saya fikir boleh habis ke tak? Bukannya sedap ke tak? haha.
Pinggan yang besar dengan menu yang bukan sahaja ada mee malah ditambah dengan Chicken Chop, Kentang dan Keropok. Boleh bayangkan tak banyak mana Mee Raja tu?.
Nama minuman pula pelik-pelik seperti air I Miss You, I Kiss You, Poison, Be happy dan banyak lagi. Nama tersebut hanya tarikkan semata-mata, saya hanya pilih Ice Lemon tea sudah memadai.
Makan di luar kedai bawah lampu kuning maka inilah hasil gambarnya. Tak cun tapi oklah.
Makan Mee sahaja dah kenyang belum lagi makan Chicken chopnya lagi tu. Mee-nya seperti mee maggi dan rasa memang sedap sangat. Memang tak terhabis makan semua bukan bermakna tak sedap tapi terlalu banyak jadi saya 'take away' sahaja lebihannya.
Berikut adalah gambar Nasi Lemak Kukus dan spaghetti tak sempat ambil gambar.
Amacam terliur tak? Overall makanan memang sangat sedap dan memuaskan. Nak makan sini kena pastikan perut kosong kalau tidak memang tak habis makan. Semua pinggan besar-besar belaka. Mampu tak mampu je nak habiskan.
Lokasi Murni Discovery Bukit Jalil
Lokasi : Bukit Jalil No. 41, Jalan 16/155C, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 57000. Boleh layari laman web Murni Discovery dan juga di Page Facebook Murni Discovery untuk ketahui lebih lanjut
Tak tahu jalan boleh guna google Maps, saya pergi Murni Discovery Bukit Jalil berpandukan Google Maps.
Get notifications from this blog
Setiap hari saya pergi di Murni Discovery dekat USJ, Petaling Jaya, maklum sajalah waktu rehat, tiada tempat lain nak makan, hanya tempat ini saja pilihan di SS22, Petaling Jaya. Saya cuma makan nasi campur saja dan order teh ais limau, dalam RM6.80.
ReplyDeleteMemang ramai orang... kalau tauke restoren cina buka di situ sekali pun tidak boleh lawan restoren ini, kalau di buka di sebelah restoren ini, kedai makan itu pasti lingkup punya.
Hmmmm... Belum ada kesempatan nak datang makan dekat sini... In Shaa Allah, satu hari nanti boleh datang makkan di sini...
ReplyDeleteInsyaAllah akan cuba pergi rasa makanan dekat sini nanti
ReplyDeleteTersalah singgah malam gini kat blog ni..lapar !! Huhu
ReplyDeletekayaknya enak tuh makanannya boleh coba??
ReplyDeleteOwh, ada juga ya disediakan makanan campur. Pelbagai makanan juga yang disediakan. :)
ReplyDeletesekarang bab makan kurnag teruju kalau ada pedas laju jer saya sentap heeee
ReplyDeleteboleh buat nafsu bergelora sungguh kencang ini adarain uh...
ReplyDeletenampak sedap je makanan ittew
ReplyDeleteNampak mengancam sungguh gambar-gambar makanan kat atas tu Bahrain.. kalau Nurul dekat2 situ duduk dan confirm malam ni juga nak terjah! sumpah terlioq! hahhaa
ReplyDeletealamak sedap sangat nampak ni...harus kena pegi makan juga ni..
ReplyDeletesedapnya, kena pergi bukit jalil macam ni :)
ReplyDeletewah-wah sedapnya, terliur sudah :), bolehla try nanti, harganya berpatutan tak?
ReplyDeletesedapnye nampak... bila nak bukak cawangan di kuala terengganu pulakni
ReplyDeleteterliur air liur nak makan kat sini, dah lama teringin.. best2
ReplyDeletePuas hati kalau begitu hidangannya! Nak datang kena pastikan perut benar2 kosong lah nampaknya!
ReplyDeleteYap, perut kena kesong betol2x. :D
ReplyDeletepernah pergi di cawangan SS2 je...tu pun belum try habis menu yang ada....hee
ReplyDeletewow boleh tahan sedap
ReplyDelete