√ Blog Kena Hack Dengan Hacker Indonesia - Adarain

Blog Kena Hack Dengan Hacker Indonesia

Pada ahad yang lepas, blog tidak dapat access login wordpress setelah berkali-kali mencuba namun hasil tetap sama. Kemudian, terus buka laman blog www.adarain.com dan apa yang mengejutkan ialah background yang asalnya berwarna biru bertukar menjadi hitam dan di bahagian footer terdapat kod-kod yang pelik.


Blog Kena Hack Dengan Hacker Indonesia


Kali pertama mengalami situasi seperti ini. Dan aku yakin bahawa blog adarain telah di-hack oleh pihak tertentu.


Siapa tak gelabah kalau kena hack kat blog sendiri. Kalau blog orang lain memang aku tak kisah tapi ni blog sendiri yang kena.



Apa Yang hebatnya adarain.com sampai kena Hack?


Tak tahu tang mana yang hebatnya tentang adarain.com, blog cikai-cikai je tak setaraf dengan blogger yang hebat di luar lagipun blog ni tak adalah kaya sangat sampai boleh jana kewangan beribu-ribu.


Aku syak, hacker ini sengaja menguji keselamatan blog aku sama ada boleh dipecah masuk ataupun tidak. Akhirnya, hacker ni berjaya membolosi blog aku.


Setakat ni, tak ada pape yang hilang, semuanya ok.


Aku try tanya pihak hosting, lambat pula diorang balas so aku buat sendiri betulkan blog aku kepada yang asal. Buat sendiri, mesti kena tanggung risiko. Hasil bantuan google,  semuanya kembali normal dan bernasib baik blog tak bertambah teruk.



Mana tahu hacker dari Indonesia?


Bila dah selesai, tryla taip nama blog sendiri, dari beberapa list yang keluar dalam first page google, terjumpa www.adarain.com hacked. Notified by TOGEL3739. Aku klik link tersebut tanpa ragu-ragu sebab nak tahu punya pasal.


Keluar tentang maklumat blog adarain telah di hack.  Togel adalah hacker yang hack blog adarain.com


Blog Kena Hack Dengan Hacker Indonesia


Pada hari tersebut iaitu 21 Disember 2014 bukan sahaja blog adarain dihack malah ada juga beberapa blogger Malaysia yang telah berjaya dihack seperti anuarali.com. Berikut adalah senarai yang telah berjaya dihack.


Blog Kena Hack Dengan Hacker Indonesia

 

Security Lemah


Dari segi security, nampak sangat blog adarain sangat lemah sehingga berjaya ditembusi oleh hacker. Perkara ini sebenarnya boleh di atasi kalau sentiasa peka dengan blog seperti mencipta password yang lebih kuat, kemaskini theme dan sebagainya. Semoga menjadi pengajaran buat diri-sendiri untuk masa akan datang.

Get notifications from this blog

23 comments

  1. Bahaya kalau macam ni.. patutlah eizil ada buat servis security untuk wordpress.. rupanya kebarangkalian untuk kena hack adalah tinggi. .

    ReplyDelete
  2. Aiseyman, hackers ni memang suka-suka je ek.. haishhh

    ReplyDelete
  3. ooo boleh kena hack juga yer. thanks for info.. akak x tau ..... btw.. salam kenal ...

    ReplyDelete
  4. harus segera di perkuat mas biar tidak kena heck lagi

    ReplyDelete
  5. mujur juga dapat kembali asal
    tak ada apa2 yang hilang

    ReplyDelete
  6. tukar kata laluan lebih sukar. satu perkara merungsingkan.

    ReplyDelete
  7. sabarlah adarain harap lepas ini lebih berhati-hati ya. nampak gaya blog macma sudah pulihkan

    ReplyDelete
  8. Sangat menakutkan! Janganlah berlaku pd blog aku...memang nangis wey!
    Alhamdulillah kalau semuanya dah Ok. Boleh kongsi pengalaman cara nak bersihkan tu!

    ReplyDelete
  9. memang kelam kabut dibuatnya. INSYA ALLAH next time kalau ada masa.

    ReplyDelete
  10. ALHAMDULILLAH, blog sudah kembali pulih. :)

    ReplyDelete
  11. nak tukar kata laluan pun pening nak pk. mana satu password nak pakai.

    ReplyDelete
  12. ALHAMDULILLAH, tak ada yang hilang.

    ReplyDelete
  13. Fuhh
    .rajin betol diorang hack ye..

    ReplyDelete
  14. seorang defacer yang hack sebuah web blog biasanya targetnya secara acak, dan biasanya juga hanya sekedar menguji keamanan sebuah website, blog saya pun juga dah beberapa kalai kena deface, padahal kalau di fikir g ada istimewanya blog saya, cuma pernah yang hack memberitahu kan ke saya kalau hosting yang saya guna rentan keamanannya alias tak bagus dari sisi securitynya.

    ReplyDelete
  15. betul sangat banyak hecker togel di indon

    ReplyDelete
  16. hacker ni nak test power tembus security blog/website kot...kena tingkatkan security lebih tinggi ye lepas ni...mujurlah blog kembali semula dalam keadaan asal...

    ReplyDelete
  17. Kira nasib baik settle dah, ni pun buat sendiri supaya blog seperti terdahulu.

    ReplyDelete
  18. Kena alert juga benda ni. Kadang diorang mudah akses bila kita pakai password yang senang diteka.

    ReplyDelete
  19. mintak jauh la kena hack ni.. update la entry cara nak setel hack ni..

    ReplyDelete
  20. […] yang setakat ini tidak ada masalah yang terlalu rumit cuma kebelakangan ini adarain.com telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dari Indonesia namun berjaya diatasi dengan […]

    ReplyDelete
  21. Masa kena hack tu pakai theme daily dish pro ni juga ke?

    ReplyDelete