√ Movie PK Mesej Tentang Kepercayaan Manusia - Adarain

Movie PK Mesej Tentang Kepercayaan Manusia

Movie PK : Sejak menjak dua (2) hari ni, ramai rakan media sosial mengemas kini status tentang movie PK lakonan popular Amir Khan yang dikatakan mempunyai jalan cerita yang sangat menarik dan lain daripada yang lain.


https://www.facebook.com/PKTheFilm



Sinopsis Movie PK 2014


Movie ini mengisahkan seorang makhluk asing yang datang ke bumi tanpa seurat benang, tetapi hilang arah tuju apabila alat kawalannya hilang di leher akibat dicuri dan dia harus mendapatkan kembali untuk pulang ke dunia sendiri.




[caption id="attachment_3395" align="aligncenter" width="700"]Movie PK Mesej Tentang Kepercayaan Manusia sumber dari google.com[/caption]

Dalam keadaannya yang hilang arah tuju, dia diberitahu bahawa Tuhan (God) yang mampu untuk menyelesaikan segala masalah, tetapi yang ditemuinya ialah wakil-wakil Tuhan (godmen) yang semakin menimbulkan kepadanya kekeliruan sehinggalah dia sedar bahawa dia sebenarnya (dan masyarakat sekelilingnya) sedang berada dalam keadaan “wrong number”.


“Wrong number” menyebabkan masyarakat sebenarnya sedang tertipu oleh “godmen” yang menggunakan agama untuk mencari kekayaan. “Wrong number” menyebabkan wang ringgit dijadikan sandaran untuk membeli tuhan. “Wrong number” menyebabkan masyarakat tidak sedar bahawa mereka tidak lagi meminta tolong dan menyembah Tuhan, tetapi sebenarnya mereka sedang menyembah orang-orang yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil Tuhan.


Apa yang dimaksudkan 'wrong number'?


Wakil-wakil tuhan kononnya hendak menunjukkan masyarakat ke jalan yang benar tetapi secara hakikatnya wakil-wakil tuhan telah mencipta tuhan itu sendiri kepada masyarakat. Ini menyebabkan masyarakat percaya membuta-tuli dengan wakil-wakil tuhan yang menyampaikan dengan kata-kata yang penuh manis. Ini yang dikatakan 'wrong number'



Review Movie PK


Kalau suka dengan movie '3 idiots' mesti korang suka juga dengan 'PK'. Movie PK secara keseluruhan bukan mengenai cinta tetapi berkenaan kepercayaan masarakat dalam kehidupan manusia di bumi.




[caption id="attachment_3396" align="aligncenter" width="700"]Movie PK Mesej Tentang Kepercayaan Manusia sumber gambar dari FB PKTheFilm[/caption]

Sebuah kisah sensitif yang menyindir terhadap sesuatu kepercayaan yang kelihatan susah. Kalaulah ditayangkan di Malaysia, sikap open-minded harus ada agar tidak terlalu melatah sehingga ke penghujung movie PK.


Saya suka dengan mesej yang disampaikan dalam movie PK salah satunya adalah:




  • Jangan menilai kepercayaan manusia melalui pakaian dan Bahasa percakapan.


Contoh: tidak semestinya orang yang berjubah adalah orang Islam dan orang yang bercalit merah di dahi adalah orang hindu. Begitu juga dengan bahasa percakapan, Bahasa inggeris tidak bermakna dia adalah Kristian.


Cuma yang kurang menarik dalam movie PK ada adegan bercium dan lagu-lagu yang tidak langsung sedap didengar. Salah satu movie Hindi yang tiada babak bergaduh.



Movie PK Menang Award


Tahniah diucapkan kerana movie PK memenangi the Best Film, Best Soundmixing and Popular Dialogues awards at Star Guild Awards.




[caption id="attachment_3401" align="aligncenter" width="700"]Movie PK Mesej Tentang Kepercayaan Manusia sumber gambar dari FB PKTheFilm[/caption]

Overall, PK menjadi sajian penutup akhir tahun yang manis dan sangat heartwarming. Dengan dialog yang bagus, komedi yang bijak, plot cerita sempurna, dan lakonan yang over the top Aamir Khan, plot twist di akhir kisah yang sangat tidak terduga,


Tidak salah saya katakan bahawa PK sebagai salah satu Movie hindi terbaik tahun 2014. Terima kasih kepada Pengarah Rajkumar Hirani kerana memberi sesuatu movie yang sangat bermakna Saya sarankan korang untuk tengok movie PK.

Get notifications from this blog

10 comments

  1. memang best cerita nih.

    boleh ulang tengok. macam mr bean gak la.

    ReplyDelete
  2. Nak macam menarik citer ni. Akan jadi salah satu filem yg wajib tuk aku tonton

    ReplyDelete
  3. Saya memang suka dengan lakon Amir Khan.. filem 3 idiot merupakan antara filem terbaik lakonan Amir Khan yang pernah saya tengok. .. nampaknya kena cari masa nak tengok cerita PK pula lepas ni...

    ReplyDelete
  4. menarik. den tunggu download bluray baru tengok. hehe

    ReplyDelete
  5. owh.. yang ni crita kontrovesi oleh Pakistan tu kan? hehe

    ReplyDelete
  6. Ani sangatlah suka tengok 3 idiots. Ada kelapangan, in sha Allah Ani tengok cerita ni :D

    ReplyDelete
  7. Peminat Amir khan la ni. :D Memang terbaik movie ni.

    ReplyDelete
  8. Tunggu BR kena tunggu beberapa bulan la jawabnya. hehe

    ReplyDelete
  9. ada sedikit kontroversi tapi tak sentuh banyak.

    ReplyDelete
  10. Akak suka cerita macam ni. Nak tgk la nanti. InsyaAllah. Akak tgk filem hindi skrg pun dah banyak perubahan yg lebih positif. Dah tak macam dulu la acuan dia. Dah makin berkembang buat filem yg banyak kena fikir dah.

    ReplyDelete