Sunday, 15 February 2015

Review Kingsman : The Secret Service

Jalan Cerita Kingsman : The Secret Service


Movie ini mengisahkan Eggsy yang telah kehilangan ayahnya yang merupakan seorang ejen rahsia atau spy ketika Eggsy masih kecil lagi. Ayahnya telah terbunuh dalam satu insiden di asia barat.




[caption id="attachment_3482" align="aligncenter" width="700"]Review Kingsman  The Secret Service harry berada di depan kedai jahit Kingsman di mana dalam kedai tersebut merupakan tempat berkumpul spy dan mempunyai terowong rahsia spy[/caption]

Harry yang merupakan rakan kepada ayah Eggsy rasa sangat bersalah di atas kematian ayah Eggsy lalu memilih Eggsy untuk menyertai perlantikan baru sebagai spy tetapi perlu melalui beberapa saringan bersama peserta yang lain untuk menntukan siapa spy yang benar-benar layak bersama Kingsman.


Review Kingsman : The Secret Service


Dalam masa yang sama musuh iaitu Valentine telah mencipta sim kad yang diberikan percuma (Free call & Internet) kepada orang ramai dengan bertujuan supaya orang yang berada di bumi bergaduh sesama sendiri. Perkara ini terjadi sekiranya gelombang satelit dihantar kepada telefon yang mempunyai sim kad milik Valentine kemudian menghasilkan bunyi pada hp yang mampu membuatkan orang ramai gaduh sesama sendiri. Lebih kurang macam tulah.


So, adakah Eggsy berjaya dan layak menjadi spy Kingsman? Adakah Valentine benar-benar berjaya merealisasikan impian untuk membunuh orang ramai. Nak tahu kena tengok sendiri.



Review Kingsman : The Secret Service


Sudah tentu kalau difikirkan bagi mereka yang sudag menonton movie ini memang tak masuk akal dan agak melampau tetapi peduli apa semua tu sebab ia adalah sebuah movie yang kelakar, bijak dan unik.


Movie ini telah diklafikasikan sebagai 18+ kerana mempunyai aksi yang sangat melampu. Killing dia tak adalah menakutkan malah bertambah kelakar lagi adalah. Yang bagusnya tak ada scene sex dalam movie ini.


Review Kingsman : The Secret Service


Movie ini kalau nak dibandingkan dengan James Bond lagi berbaloi tengok Kingsmen : The Secret Service.


Movie ini memang sangat awesome dan tak expect jalan cerita menjadi lebih menarik sehingga ke penghujungnya. Perempuan mesti cair punya dengan watak Eggsy yang memakai sut dengan bercermin mata.


Best ke tak Kingsman : The Secret Service? Best! Bagi 4.2/5 Bintang

Dipuji tak terbang, Dihina tak tumbang. Pasti bangkit!

19 comments:

  1. menarik ya cerita filmnya tapi kadang kala reviewnya lebih menarik dari filmnya sendiri

    ReplyDelete
  2. Alahai.. Dah lama saya tak tengok filem omputeh... Teringin nak tengok, tapi belum ada masa yang sesuai.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. bagi simkad free, satu cara marketing untuk tambat hati pengguna.

    ReplyDelete
  4. wah macam best je cerita ni, dah lama tak pergi wayang.

    ReplyDelete
  5. setakat ni...ni la movie best yang aku pernah tengok la untuk tahun 2015 ni...huhu

    ReplyDelete
  6. nak tengok..tapi untuk 18 tahun ke atas la pulak..

    ReplyDelete
  7. Memang cadang nak tengok cerita ni, tapi kenapa tiket wayang naik eh?

    ReplyDelete
  8. hehe... nak tengok la,hehe... tunggu the Avenger lama lagi. mmmm..

    ReplyDelete
  9. The Avenger lama lagi tu baik tengok movie ni dulu.

    ReplyDelete
  10. standard harga tiket sekarang dah naik. Paling tinggi setakat ini aku beli RM14, paling murah pula aku beli RM11

    ReplyDelete
  11. haha, memang movie ni jenis yang 18 tahun ke atas je. aksi je dah kejam.

    ReplyDelete
  12. Ya, pembukaan movie yang sangat awesome! Harap ada lepas ni movie yang awesome2x.

    ReplyDelete
  13. teringin pulak nak tengok wayang nie..

    ReplyDelete
  14. itu tengok dengan si penulis juga..ada yang berbakat menulis review seperti tuan punya blog ini..

    ReplyDelete
  15. Thanks for the review...

    Nak kena tengok nie..
    rugi kalaU tak tengok....

    ReplyDelete
  16. Tak pernah tengok lagi cerita ni..baca sinopsis ni macam best sangat..hehe..

    ReplyDelete
  17. tak berapa rajin nak tengok movie sekarang ni

    ReplyDelete
  18. dah tengok, sedih, lawak dan aksi bercampur untuk jadi plot cerita yang menakjubkan, tak rugi tengok cerita ni.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon