Friday, 27 February 2015

Perkara yang Mesti Diketahui Sebelum Minum Kopi

Sebelum ini, kita banyak dikhabarkan bahawa kopi banyak mendatangkan keburukan pada tubuh badan berbanding manfaat pada tubuh badan. Betul ke?

Menurut artikel yang disiarkan oleh majalah RealSimple dan Time, secawan kopi setiap hari mampu menyegarkan badan tetapi juga sebenarnya sangat baik untuk kesihatan.


Kebaikan Kopi Yang tidak diketahui Oleh Ramai


Berikut adalah beberapa kebaikan kopi:

1 - Kopi mengurangkan Risiko Kemurungan
Menurut kajian Sekolah Kesihatan Umum Havard, amalan minum 4 cawan atau lebih kopi setiap hari mampu mengurangkan risiko bunuh diri sehingga 50%.


2 - Kopi dapat mencegah barah kulit dan risiko Nyanyuk
kajian yang diterbitkan oleh jurnal Institut Kanser Amerika Syarikat mendakwa amalan 4 minum cawan kopi atau lebih juga mampu mengurangkan risiko barah dan nyanyuk

3 - Bau Kopi mampu menghilangkan tekanan
Bau kopi mampu menjadikan sebagai anti-tekanan pada manusia sendiri sehingga mampu memberi ketenangan serta membuka selera.
4- Kopi membantu melawan Kegemukan
Pengkaji Universiti Georgia mendapati acid (CGA) dalam kopi dapat mengekang kegemukan, juga mampu mengurangkan keradangan, mengekalkan kandungan gula dalam darah dan mengekalkan kesihatan hati.

5 - Kopi mampu cegah Parkinson
Jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati individu yang tidak meminum kopi berisiko 2 atau 3 kali tinggi menghadapi Parkinson

6 - Kopi jadikan hati lebih sihat
Kajian Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ke atas 28 ribu orang mendapati mereka yang meminum kedua dua jenis kopi dengan kaffein atau tanpa kaffein enzim dari hati berkurangan.

7 - Kopi Memanjangkan umur
Jurnal perubatan New England melaporkan mereka yang meminum 2 hingga 6 cawan kopi atau lebih setiap hari boleh mengurangkan risiko kematian.

Kajian ke atas 200 ribu orang lelaki mendapati risiko kematian berkurangan sebanyak 10 % manakala kajian ke atas 170 ribu wanita mendapati risikonya turun sebanyak 15 %.


Kesimpulan Tentang Kelebihan Minum Kopi


Dr Van Dam dari Sekolah Kesihatan Umum Havard berkata kopi hitam asli adalah menyihatkan dan non-caloric minuman kopi pilihan terbaik.

Tak semua kopi memberi kesihatan kerana kebanyakkan kopi sekarang mempunyai campuran yang boleh menjejaskan kandungan asli kopi dan memberi impak negatif pada tubuh badan manusia.

Terpulang kepada orang ramai tentang kebaikan meminum kopi tetapi sekali kalau dah rasa pasti nak minum lagi. Lain kopi lain rasanya. Nikmatnya tidak terkata.

32 Comments

tapi tak boleh berlebihan juga kan sebab bisa berpengaruh untuk gastric

wahhhh.. bagus betul.. akak mmg pengemar kopi tegar... tak dapat sehari mmg x sah

Lain orang lain kesannya. Jangan sampai berlebihan yang melampau.

peminum kopi adalah orang yang bijak. tambahan dari MJ hehehehe

kopi bila bangun pagi
rehat di tengahari
dan sebelum tidur :D

Wah, banyak betul kebaikan kopi ni kan? Bolehlah cuba nanti sebab Mek ila tak pernah minum kopi :-)

Selepas minum kopi perut memang selesa.. Banyak kebaikan kopi, tapi proses pembuatannya kadang-kadang menyebabkan orang tak minum seperti sesetengah kopi pra-campuran yang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

Kopi? Start lewat petang memang serender sebab takut tak dapat tidur.. hehe

saya akan minum sediki sahaja itu kalau teringin heeee..selalu minum kopi si dia tak kalau tengah membancuh dok kita rasa sikit jer nak tahu air kopi yang buat tu manis ke idak heee

kopi kalau kat luar negara depa ada buat spa kopikan...heee..pelik..pelik..

Menarik info ni.. saya pun antara penggemar kopi. Thanks sharing Bahrain.. :)

Kopi asli tanpa gula itu adalah yang terbaik :D

kopi terbaik adalah yang diproses sendiri..bukan 3 dalam 1

Petang-petang pekena biskut dicicah dengan kopi-O memang terbaik..

suka kopi walaupun tak tegar tapi sikit minum kalau lebih bisa sakit kepala.

apa pun saya amat suka aroma dia..boleh bikin minya wangi yak dak?

minum kopi jugak.. tapi kurang gula lah...

memang bau kopi ni menyelerakan beb. haha..

Kopi pun bagus untuk serangan asma.

Tapi minumlah secara sederhana sebab kafein yang terlalu tinggi dalam tubuh pun kurang elok :)

Kopi atasi kemurungan? hebat tu...patuta lepas amik kopi rasa ceria semacam je... hihi

Hmmm.. yang baik2 saja nampaknya..
Selalunya org cakap yg buruk2 sampai tension kawe minum kopi :D

itulah kebaisaan orang selalu cakap benda yang buruk minum kopi.

Terima kasih berkongsi. Kopi memang minuman kegemaran saya. ;)

Ramai juga yang minat minum kopi.. :D

trima kasih sbb sudi brkongsi smua ni. baru sy tahu kopi ni bnyk effect

saya setuju sngat dengan admin,,, KOPI ni minuman sunnah..
tp ade juga yg x boleh minum kopi,, hihi,, x boleh nak paksa lah..
kopi mmg best..

beruntung kali saya hobi minum kopi hahaha

apakah baik jika dikonsumsi terlalu sering?