Tuesday, 3 March 2015

Kisah Seperti Titanic Yang Menyayat Hati Tapi Penuh Tauladan

Kisah Titanic? : Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?



Macam Kisah Titanic Tapi Jalan Cerita Lain


Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian. Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.




[caption id="attachment_3548" align="aligncenter" width="700"]Kisah Seperti Titanic Yang Menyayat Hati Tapi Penuh Tauladan  sekadar gambar hiasan. sumber gambar dari http://www.jimonthebike.com/[/caption]

Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"


Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"


Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"


Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"


Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."


Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."


Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.


Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas. Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.




Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."



Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.


Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.


Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.




  • Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

  • Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka m
    emahami maksud tanggungjawab.

  • Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

  • Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

  • Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.


Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada. Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...


Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"


Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,


"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."


kisah ini adalah hasil perkongsian melalui facebook dari Kedai Kak Siti berkenaan dengan kisah dan tauladan iaitu bersangka baik.

18 Comments

Sedih dan terharu membaca cerita ini.. hidup terlalu singkat utk hidup dgn ego kn?

ya, minta maaf bukan sebab salah, tapi nak jernihkan suasana yang tegang.

Alangkah indahnya hidup bila selalu diisi dengan berbagi kebaikan dengan orang-orang sekitar kita

Banyak tauladan yang dapat kita rumuskan di sebalik cerita Titanic.. Terima kasih di atas perkongsian info... Boleh saya gunakan sebahagian kisah dalam entri ini untuk berhadapan dengan pelajar sekolah rendah nanti.. ;)

TERBAIK.. SAYA AMAT SUKA MEMBACANYA.. SAYA AKAN KEMBALI LAGI UNTUK MENGAMBIL BEBERAPA FRASA YANG AMAT BERMAKNA UNTUK DIKONGSIKAN KELAK..

Kisah yang mempunyai pengajaran untuk dihayati. Sesuatu hal tidak diingini yang terjadi mungkin pada kita agak sukar untuk menerimanya, namun bukan bermakna selamanya kita tidak menerimanya. Kita memerlukan masa untuk menerimanya sebagaimana seorang pelajar tersebut. Ia bukan suatu yang mudah untuk dia hadapi melainkan memerlukan masa. Dan 'masa' itu adalah guru kita.

bersangka baik lah kita sesama manusia ketahuilah allah tahu isi hati kita...

Ya, mengalah bukan bermakna kita mengaku kalah ... jika sama2 ego, kita akan hilang banyak perkara terbaik dalam hidup yang serba singkat ni.
P/s : terkesan dengan cerita ni

sesekali baca cerita macam ni..memang boleh wat kita berfikir sekejap seketika.

mata masuk habuk jap perenggan yang akhir.

betul apa yang di tulis jangan sesekali kita menghukum dari luaran, ada sebab setiap apa yang di buatkan.. terbaek ntri ini

terbaik~
setiap perkara mesti ada 2 sides kan...
sedey la plak

Cerita yang sarat dengan pengajaran...
Sebab tu Islam sangat menitikberatkan husnuzonn (berbaik sangka).

Samalah, saya pun terkesan. Tak terfikir pasal wife dia ada penyakit kronik.

mengalah bukan bererti kalah, banyak pengajaran daripada cerita tu.

kisah yang memerkasakan minda untuk selalu berbuat baik dengan orang sekitar kita

kisah yg menarik. dapat mmberi pengajaran kpd smua org

Cerita yang penuh pngajaran,, kita perlu sentiasa bersangka baik..
Don't judge a book by its cover..
pengorbanan seorang ibu demi anak2...
Saya seorang ibu,, dan saya amat terkesan dngan cerita ni..

Kisah yang sangat menyentuh, namun penuh makna