Klik Dengan Bijak adalah sebuah program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Ia bertujuan untuk:
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
- Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri - Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka (ibu-bapa, penjaga).
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Fikir Dulu Sebelum Post
Zaman sekarang, remaja sekarang semakin advance dengan internet. Mereka tahu segala-galanya baik dari segi game online mahupun media sosial. Tapi kebanyakkan internet yang ada kalau disalahgunakan lebih banyak mengundang parah jika tidak dikawal dengan baik seperti ketagihan melampau pada internet
Dalam dunia siber banyak berlaku kegiatan buruk yang boleh berlaku antaranya ialah:
- Pembulian Siber
- Video chat dengan orang tak dikenali
- Obses berkongsi Gambar & Video
- Pencuri Identiti
- Sexting (Sex + Text)
- Game Online
- Profil Palsu
- Fitnah
- Jerat percintaan
'macam cantik je macam comel je' pernah lihatkan video dari seorang remaja perempuan yang tidak berfikir dahulu sebelum upload video tersebut sehingga popular dan banyak diparodykan video tersebut.
Terlalu banyak kalau nak tulis kat sini lagi-lagi yang berkaitan dengan status dan comment di media sosial. Silalah fikir dengan bijak sebelum buat status dan comment yang boleh memalukan diri sendiri.
Sebar Berita Yang Tidak Pasti
Yang ni lagi satu, ramai yang mudah terpengaruh membabitkan isu semasa atau berita tergempar kemudian share di social media tanpa meneliti kebenaran berita tersebut.
Sebagai contoh penyebaran berita jambatan Pulau Pinang runtuh pada suatu ketika dulu padahal tiada kejadian jambatan runtuh yang berlaku.
Klik dengan bijak dan Jangan Klik Link sesuka Hati.
Kebiasaannya berlaku di laman Facebook dan Twitter yang memaparkan link yang pelik. Boleh lihat [DISINI] untuk ketahui lebih lanjut.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang aktiviti Program Klik Dengan Bijak ialah melalui:
10 Comments
sekarang ni terlalu ramai key board warrior ;..
boleh la join ni..
salam singgah. kami petugas Pusat Internet 1Malaysia kena buat program KDB ni setiap bulan. dah hampir 2tahun program ni berlangsung.
bila students tau pasal info dalam KDB, masing2 akan bagi respons - oooooo baru tahu. hehehehe
gud job....nanti orang kita tak la melatah bila ada berita yg tak sah jadi viral tanpa asal-usul
kadang ada yang memang hanya mengejar trafik pribadi orang pun didedahkan
Betul, fikir dulu sebelum post, nak share pun kena pastikan maklumat itu betul
Terima kasih atas perkongsian :)
singgah jumaat sambil kelik2 eklan nuffnang
memang kena hati-hati sekarang ni.. merbahaya
klik dengan bijak
moga2 kita tak terjebak
apa2 hal berlaku atas tanggungjawab kita
Sekarang ni kerap sangat tersebar maklumat yang tidak betul.boleh pulak ajal maut seseorang itu dijadikan mainan dan di palsukan berita..