Seram Ke Movie Demonic? - adarain

Saturday, 21 March 2015

Seram Ke Movie Demonic?

Kali ni tengok wayang kat pawagam baru di IOI City Mall kat Putrajaya. Semuanya serba baru dan tempatnya pun besar. Scan barcod wayang pun tak payah nak orang scan-kan, boleh scan sendiri kat mesin yang telah disediakan, yang tu agak jakon sikit sebab sebelum ni kat Alamanda ada orang yang akan tolong scan-kan barcod. Mesin tu pun ada kat Midvalley.


So, kali ini tengok movie seram Demonic. Seram ke? Kita terjah dulu sinopsis.



Sinopsis Demonic


Seorang detektif dan ahli psikologi sedang menyiasat kematian lima remaja yang terbunuh ketika cuba melakukan pemujaan hantu di dalam rumah yang telah lama ditinggalkan sejak berlaku kematian di rumah tersebut.

[caption id="attachment_3702" align="aligncenter" width="700"]Movie Demonic - Frank Grillo Frank Grillo yang memegang watak detektif dalam Demonic pernah berlakon dalam The Purge dan Homefront[/caption]

Lima remaja tersebut telah melakukan aktiviti paranormal di rumah usang selepas salah seorang rakan mereka mendapat mimpi yang buruk setiap hari dan memaksa rakan mereka untuk datang ke rumah tersebut yang mempunyai kaitan dalam rumah itu iaitu tempat peninggalam emak rakan salah seorang rakan daripada 5 remaja tadi.

Tujuan mereka datang ke rumah tersebut adalah supaya dapat menyelesaikan masalah dengan menyeru hantu agar tidak menganggu rakannya.

Namun, kejadian tidak diingini berlaku apabila mereka melakukan pemujaan dalam keadaan duduk dan bulat sambil berpegangan tangan tiba-tiba salah seorang daripada remaja terlepas dari pegangan rakan yang lain.


Seram Ke Movie Demonic?


Syarat dalam pemujaan kebiasaannya tidak boleh melepaskan genggaman tangan daripada rakan yang lain supaya pemujaan berjalan dengan lancar dan tidak diganggu oleh hantu.


Sejak kes terlepas tangan itu, mulalah berlaku kejadian bunuh-membunuh di dalam rumah usang tersebut.


Agak2x ada yang terselamat tak dalam Movie ni? Nak tahu kena tengok sendiri.



Review Movie Demonic


Sebab nak tengok movie ni pun arahan James Wan yang pernah buat Movie The Conjuring yang masa tu adalah movie paling seram barat pernah dibuat.


Movie Demonic


Permulaan movie ni agak biasa seperti movie horror yang lain dengan melibatkan rumah kosong yang berhantu pastu ada kaitan dengan kisah silam. Lebih kurang macam Ouija, tapi kali ni tak pakai ouija terus baca jampi di atas bulatan.


Tak ada apa yang nak dibanggakan dengan movie ni walaupun adalah sedikit aku terkejut dengan movie ni dengan orang sebelah kanan pun join terkejut sekali pastu tak adalah terkejut mana still control lagi. :D


Tapi aku lawak dengan babak ni, yang mana ahli psikologi tanya pada rakannya pasal gambar simbol pemujaan


Dengan selamba rakannya jawab itu adalah bulatan. haha


Elizabeth (Psikologi) : You know whats is this? (sambil menunjukkan gambar simbol pemujaan)
Rakan : It is a circle.


Lebih kurang macam tulah dialognya.



Best ke Movie Demonic?

Ramai juga yang tengok Movie Demonic kat wayang time tu. Ingatkan tajuk gempak demonic menyeramkan tetapi biasa je lah. Overall bagi 3/5 Bintang je. Rasa macam ada sambungan movie ni.

Comments

6 komentar

baru je balik tgk movie ni,terus google 'demonic best ke?' hahahahhaha... actually masa detektif tu terjumpa john dan john tetiba bangun,haaaaa part tu je kot rasanya suspen,selebihnya takde sangat,hahaha... pastu part yg conversation atas tu,kahkah....it's a circle... haha,sangatlah tak membantu ,haha..saya bagi 3 gak ahhh

tak pasti tahap seramnya...sebab belum tengok lagi..hehe

kite memang penakot nak tengok citer seram ni,.

Part tu pun saya terkejut juga, hahaha.

Setiap kali horror movie mesti ada sambungan. Hahahaha klise :)

yang ni tak tengok lagi.

hemm..

aku rasa ko leh wat blog baru khas untuk ulas filem aje.

mesti banyak pawagam bagi tiket free nanti.

hoho..


EmoticonEmoticon