Kesan GST Kepada Rakyat Malaysia - adarain

Wednesday, 25 March 2015

Kesan GST Kepada Rakyat Malaysia

Info GST :


Kesan GST Kepada Rakyat Malaysia : GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.


Kesan GST Kepada Rakyat Malaysia


Info ini bertujuan untuk rakan2 lebih bersedia dan membeli barangan keperluan penting sebelum pelaksanaan GST.


Bermula 1 April 2015, Berkemungkinan harga top up untuk semua telco akan ditambah dengan GST sebanyak 6%


RM5 = RM5.30 (kredit RM5)
RM10 = RM10.60 (kredit RM10)
RM30 = RM31.80 (kredit RM30)
RM50 = RM53.00 (kredit RM50)
RM100 = RM106.00 (kredit RM100)



Senarai Barang Yang Dijangka Naik


Berikut adalah senarai barangan yang di jangka akan naik harga turun dan tidak berubah selepas pelaksanaan GST pada 1 April 2015 - Sumber dari Jabatan Kastam (petikan dari Star)


(A). BARANGAN YANG DIJANGKA NAIK HARGA:


1.Talipon bimbit
2.Komputer
3.Ipad dan tablet.
4.Mesin fotokopi.
5.Percetakan foto digital.
6.Pengangkutan barangan (kos hantar barang).
7.Air minuman (mineral)
8.Majallah2.
9.Bebola ikan (fish ball)
10.Sardin tin dan tuna.
11.Lipstik.
12.Pewarna kuku.
13.Motosikal 100cc
14.Jam tangan.
15.Aiskrim.
16.Cheese.
17.Gandum dan makanan cereal.
18.Sos cili,sos tiram dll.




[caption id="attachment_3758" align="aligncenter" width="700"]Kesan GST Kepada Rakyat Malaysia Belum pun GST dilaksanakan sudah berlaku kenaikan harga pada pengangkutan awam secara mengejut beberapa hari yang lepas[/caption]

(B).BARANGAN DI JANGKA TURUN HARGA:


1.TV
2.Peti sejuk.
3.Penghawa dingin.
4.Spark plug, pad brek dll (alat ganti motosikal).
5.Bateri kereta.
6.Sistem Home Theater.
6.Pengering rambut.
7.Kipas angin dan pembakar roti.
8.Dapur gas 2 penunu.
9.Seterika letrik.
10.Tuala mandi .
11.Pensil warna.
12.Berus gigi dan ubat gigi
13.Dettol dan ubatan anti septik.
14.Kerusi meja 6 orang (meja makan).
15.Pampers pakai buang.
16.Kereta 850cc
17.Minuman ringan.
18.Tikar plastik.
19.Buah2an yang di import (epal,oren,anggur dll).


(C).BARANGAN YANG MANA HARGA NYA TIDAK BERUBAH:


1.Roti dan makanan lain.
2.Minyak masak (minyak kelapa,sawit dll).
3.Daging (lembu,kambing,ayam,khinzir dll).
4.Buah2an tempatan.
5.Minyak Petrol RON95 & diesel.
6.Beras dan sayuran segar.
7.Ikan dan udang segar.
8.Susu tepung segera.
9.Telur ayam dan itik.
10.Tambang kenderaan bas dan teksi.
11.Minyak motor dan enjin.
12.Kadar X-ray di klinik swasta.
13.Kadar tol.


Peringatan:


1. Jika anda berkenan dan merancang mahu membeli mana2 barangan dalam kategori (A) maka sila berbuat demikian sekarang sebelum harga barangan2 ini naik pada 1 April nanti.


2. Jika anda mahu membeli mana2 barangan dalam kategori (B) yang di jangka akan turun maka jangan beli sekarang dan tunggu selepas 1 April untuk mendapatkan harga lebih rendah.


3. Akan ada peniaga tamak yang akan cuba ambil kesempatan dari mereka2 yang tidak tahu atau tidak faham dengan GST untuk menaikkan harga barangan yang mana tiada dalam senarai barangan yang di kenakan GST dan di harap info di atas dapat membantu semua.


4. Boleh jadi kesemua barang-barang yang dinyatakan iaitu Kategori (B) dan (C) akan terus naik harga tanpa turun harga.



Benarkah GST Menyelesaikan Masalah Kewangan Negara?



Pelaksanaan cukai SST atau GST sebenarnya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kewangan kerajaan serta masalah kenaikan harga barangan. Ini kerana punca kepada masalah adalah kombinasi banyak faktor termasuk sistem Riba yang diamalkan di negara kita serta perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal akibat amalan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dan amalan korupsi yang berleluasa.


Oleh kerana itu kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada usaha mengawal perbelanjaannya dengan menghapuskan amalan pembaziran dan amalan korupsi. Disamping itu kerajaan dan rakyat juga mesti mengorak langkah untuk membersihkan segala bentuk amalan riba dalam sistem ekonomi dan kewangan negara demi kesejahteraan masyarakat dalam jangka panjang. - Unit Penyelidikan IKRAM



Kesimpulan : 


Betul ke apabila GST dilaksanakan kita akan menjadi negara yang maju setanding dengan Singapure pada masa akan datang atau sekadar mahu melunaskan hutang-hutang kerajaan yang semakin meningkat?


Yang penting sebenarnya wujudnya GST 6% memberi satu lagi bebanan dalam kos kehidupan rakyat Malaysia selepas cukai memandangkan masih ada lagi pekerja yang bergaji di bawah RM1000 - RM2000 serta tiada inisiatif kenaikan gaji yang dilakukan setakat ini bagi menampung bebanan ini.




Peluang untuk bekerja dengan syarikat dari seluruh dunia dan di terima bayaran upah yang sangat lumayan untuk setiap projek yang di siapkan sebagai pekerja bebas (freelance) hanya dari rumah - klik [DISINI]



Rakyat Malaysia juga akan terus berjimat dengan secermatnya unuk memastikan kehidupan pada masa akan datang terus terjamin.

Comments

19 komentar

GST oh GST... klu pengurusan negara tak betul GST mcm mana pun belum tentu membawa kebaikan utk negara, malah akan lagi memburukkan nanti. Mudah2an perlaksanaannya dilakukan dgn betul & sebaiknya. Thanks sharing info ni Bahrain.

Apakan daya... Ianya akan tetap dilaksanakan. Kalau tak suka, boleh pergi tinggal kat Uganda yg takde GST... huhu

Nothing much to say..semuanya diaturkan TANPA persetujuan rakyat dahulu..rakyat terpaksa berjimat cermat..

Kita tunggu dan lihat hari rabu depan. Umum gst, barang nik sikit. Umum minyak naik, lagi berganda-ganda naik

tu la sekarang pun byk barang dah naik

Memang risau juga nak menunggu 1 April ini. Apa pun kita semua perlu bersedia juga!

Sama-sama kita tunggu GST ni,kalau semua harga barang naik susah pula kan

naikkan aje semua barang.

leh bantu negara lebih sikit macam ni.

GST = Good Shopping Time...haha
sempat lagi nak shopping ni sebelum GST.
barang2 keperluan elok beli banyak2 awal2.

Macam topup xtermasuk dalam GST.. huhu..

Bersedialah kita menghadapi alaf GST.. hehe

kesian pun ada tengok orang ramai berpusu-pusu beli barang hujung minggu ini tadi, takut gst punya pasal

Harap nanti ada pulangan yg baik untuk rakyat lepas dah implement GST.

Kita tengok macam mana nanti hari ni (1 April 2015) :D

kerajaan kata harga akan turun selepas GST tapi kenapa kenapa rakyat kelam kabut ke pasar raya mejelang GST sepatutnya shopping masa time GST nanti. :D

harap begitulah jangan lain jadinya sudah.

smua bnda nak kene naik skrg. macam mana lah nk uruskan kewangan nih

akibat kenaikan semua barangan dan tak dapat di kawal.ramai yang berpendapat kerajaan sedia ada akan tumbang pada PRU akan datang.itu adalah luahan hati rakyat MALAYSIA.

barang binaan seperti besi kalau beli terus dengan dealer , bukanya hardware memang harga ada penurunan


EmoticonEmoticon