Kenapa Telegram Lebih Baik Dari Whatsapp - adarain

Monday, 30 March 2015

Kenapa Telegram Lebih Baik Dari Whatsapp

Pada tahun yang lepas, ada tulis satu post yang menerangkan mengapa perkhidmatan messenging Telegram lebih baik berbanding dengan Whatsapp. Fungsi yang ada pada Telegram yang laju dan selamat menjadikan aplikasi Telegram mencapai populariti seluruh dunia.


Telegram mesengger adalah berdasarkan Cloud dan heavily encrypted. Pengguna boleh mengakses mesej daripada beberapa peranti termasuk Komputer atau laptop. Telegram juga lebih cepat, selamat dan percuma.


Pengguna boleh menghantar mesej, gambar, video dan fail dari pelbagai jenis (doc, zip, mp3, dan lain-lain) kepada orang-orang yang berada dalam kenalan telefon yang mempunyai akaun Telegram dengan maximum penghantaran saiz 1 GB



Kelebihan Kenapa Telegram Lebih Baik Dari Whatsapp


kalau diikutkan dah tak tulis lagi pasal Telegram tetapi memandangkan masih ramai yang tidak tahu dan manfaat Telegram yang lebih banyak dari Whatsapp.


Berikut adalah (5) lima sebab mengapa Telegram adalah lebih baik daripada WhatsApp dan mengapa pengguna perlu bertukar ke Telegram.


1) Lebih daripada sekadar emoji - pelekat dan GIF


Bermesej dengan rakan memang sangat menyeronokkan kerana bukan sahaja boleh menghantar teks sahaja malah boleh menghantar Emoji. Emoji telah digunakan untuk menggambarkan emosi seseorang selama bertahun-tahun tetapi selepas beberapa tempoh yang lama penggunaan emoji semakin kusam dan Telegram mempunyai alternatif yang lain dengan emoji yang lebih segar.


Kenapa Telegram Lebih Baik Dari Whatsapp


Emoji atau Pelekat telah menggunakan gambar tokoh terkenal yang mencuit hati. Terdapat 29 emoji/pelekat yang berbeza telah dikemaskini oleh telegram seperti Abe Lincoln, Julius  Caesar, Cleopatra, Napoleon, Nikola Tesla, Charlie Chaplin dan banyak lagi.


Ini sedikit sebanyak memberi nafas baru dalam perbualan dengan emoji yang menarik.


Telegram juga menyokong gambar GIF yang bergerak-gerak. Suatu yang tidak ada pada Whatsapp.


2) Imej terbina dalam carian Picture dan GIF


Pengguna mesti suka dengan GIF (Gambar bergerak), kalau boleh nak share dan send kat kawan dengan GIF yang menarik.


Adakah pengguna perlu membuka browser, cari GIF, pastu save kat hp/laptop dan send kat kawan? Tak Perlu!


Sebab Telegram mempunyai browser/enjin carian tersendiri khas untuk mencari GIF yang menarik dan melucukan kepada rakan.


Pengguna boleh find Images dan Gifs yang telah disediakan oleh Telegram sendiri.


Kenapa Telegram Lebih Baik Dari Whatsapp


Jadi, setiap kali pengguna rasa ada gambar atau GIF yang lebih baik yang menggambarkan apa yang pengguna ingin send-kan, hanya buka galeri peribadi, then search imege / GIF, dan send to friends.


Kenapa Telegram Lebih Baik Dari Whatsapp


Dan sebaik sahaja pengguna telah menggunakan ciri carian untuk berkongsi imej, imej tadi akan kekal dalam history supaya pengguna boleh menggunakannya lagi pada masa akan datang.


Ciri-ciri yang sangat menakjubkan pada Telegram


3) Terbina Untuk Penyuntingan Gambar


Katakan ada gambar yang nak dikongsikan bersama rakan tetapi gambar yang ada tak berapa nak cantik.


Pengguna tak perlu nak edit pakai aplikasi luar sebab aplikasi Telegram je sudah ada menyediakan editor gambar yang menarik seperti contrast, Warmth, Saturation, Highlights, Shadows, Vidnette, Grain, Blur dan Sharpen


Kenapa Telegram Lebih Baik Dari Whatsapp


Jadi, tidak perlu bergantung kepada aplikasi lain untuk diedit secara asas. Hanya pilih gambar yang pengguna mahu berkongsi dari galeri peribadi, edit di Telegram dan kemudian sharelah. Semuanya tanpa perlu membuka aplikasi lain.


4) Telegram Selamat dengan Kod Laluan


Keselamatan adalah satu topik hangat pada masa kini. Terdapat pelbagai jenis langkah-langkah yang diambil untuk menyimpan data dengan selamat dari penggodam.


Kita juga perlu menyimpan data yang selamat daripada rakan-rakan atau ahli keluarga yang ingin tahu tentang kandungan data. Data seperti history Chat.


Selain dalam gallery, rakan kita lebih gemar menyemak serta melihat mesej yang ada pada hp. Bagi pengguna mesej adalah dianggap suatu rahsia yang tidak patut didedahkan oleh mana-mana pihak luar termasuk keluarga sendiri melainkan dengan kerelaan sendiri. :D




[caption id="attachment_3770" align="aligncenter" width="313"]Kenapa Telegram Lebih Baik Dari Whatsapp Passcode Telegram[/caption]

Melihat keadaan ini, Telegram telah menyediakan passcode di mana pengguna boleh membuat password yang memudahkan pengguna melindungi chat dari dari dibaca oleh orang luar.


5) Group Messeging - Mentions, replies dan Hashtag


Group Messeging memang meriah bersama rakan-rakan, ahli keluarga serta ahli kumpulan yang lain mengikut tujuan group yang dibina.


Had limit group messeging Telegram adalah 200 ahli lebih banyak dari Whatsapp dan juga menyediakan perkhidmatan Metions, replies dan Hastag.


Mentions - Dalam group mesti banyak yang tengah berborak dan pengguna boleh mention khas untuk seorang yang dimulai dengan @____ seperti facebook dan twitter untuk pengguna mentian nama rakan yang lain. Mudahkan?. Telegram telah menyediakan username bagi memudahkan pengguna untuk ber-mention dengan rakan yang lain.


Kenapa Telegram Lebih Baik Dari Whatsapp


Replies - Diwujudkan bagi memudahkan urusan balas balik atau reply khusus mesej yang terlalu banyak. Klik reply dengan mesej tertentu di balas.


Kenapa Telegram Lebih Baik Dari Whatsapp


Hastag -Telegram juga telah mewujudkan # bagi memudahkan pencarian yang lebih cepat. Hashtag ini juga memudahkan pengguna agar tidak tertinggal mesej ketika sedang melakukan aktiviti luar.


Kenapa Telegram Lebih Baik Dari Whatsapp



Feature Telegram Terbaik!


Itulah beberapa sebab tentang kelebihan kenapa pengguna perlu tukar kepada Telegram selain membolehkan pengguna menghantar fail antara satu sama lain.


History Telegram


Tidak pernah merancang sebenarnya untuk menulis bahagian ini iaitu mengapa Telegram adalah lebih baik daripada WhatsApp tetapi melihat feature Telegram yang telah dikemaskini membuatkan hati tergerak untuk berkongsi bagi pengguna yang tidak tahu tentang ciri-ciri menarik yang ada pada Telegram.

Comments

24 komentar

Lebih suka Telegram berbanding WhatsApp.. Tapi tak ramai lagi yang guna Telegram sebab dah terbiasa guna WhatsApp..

telegram melengkapi kekurangan yang ada dalam whatapps.

guna dua-dua untuk tujuan yang berbeza.

haha..

memang jarang sangat guna telegram tp tidak dinafikan telegram lebih baik berdasarkan fungsi di atas

aah lah, memang telegram lagi best nampaknya. Orang dah terbiasa dengan whatapps, memang dah sedap pakai. Cam orang yang dari kecik minum milo, datang air cekelat lain yang best pun, nak milo gaks :P

Dah install haritu. Lepas tu uninstall balik disebabkan ramai member yg belum guna lagi.

Telegram ni masih baru di Malaysia, ada yang tak kenal lagi aplikasi messenger ni..adeh
Nasib aku guna dua dua, Telegram dan WhatsApp..

Nak bagi sedar Telegram ni lebih baik, tunggu WhatsApp expired je..baru pengguna terkebil2 nak google cari alternatif WhatsApp..haha kan :)

sebab ramai yang guna aplikasi Whatsapps maka saya pun sama walau dah install telegram tu.. ;)

Terbaiklah. Poin ke 5 tu baru tahu. Sebab jarang guna telegram. Apa pun telegram sememangnya byk kelebihan dan kebaikan berbanding whatsapp. Lebih2 lepas dimiliki fb, semua benda dia nak SPY.

Whatsapp untuk awek. Telegram untuk skandal la tu. :)

telegram memang banyak function dari whatsapp... tapi whatsapp dia ringkas .. dia lebih jimat data

Memang betul, whatsapp mula2x muncul dalam dunia messeging secara online yang ringkas. SO, sukar telegram nak mengatasi whatsapp.

yeah! betul, tapi ada juga yang telegram tak ada pada whatsapp macam call. haha :D

siap ada perumpamaan. hehe. orang dah terbiasa dengan whatsapp agak sukar nak pindah ke app lain.

nak expired pun lama mungkin whatsapp akan bagi percuma terus.

uishh.. bahaya2x krang kantoii. haha

owh ye ke? tak perasan pula pasal jimat data, kena test ni.

tak ramai yang pakai telegam huhuhu

dalam banyak2 social networks..rasanya whatsapp yang top lagi kot.
telegram install tapi jarang guna.

telegram eh, belum pernah guna tapi dah download. Kalau best, boleh cuba nih.

feature telegram memang best.

whatsapp memang top lagi2x skrang dah boleh call.

ramai yg sukakan telegrem. sbb laju bila pakai :)

Info yang menarik dan fakta yang tepat lagi benar..
Saya setuju sngat dngn entri di atas... kelajuan telegram lbih laju berbanding wasap..
telegram x selalu hang,, tp wasap kerap kali hang...
group tele pom ramai yg boleh join berbanding wasap...


EmoticonEmoticon