√ Pengalaman ke Gua Tempurung Dan Cameron Highland - Adarain

Pengalaman ke Gua Tempurung Dan Cameron Highland

Selepas berada 1 hari di Ipoh, Perak kini tibalah masa untuk plan yang seterusnya iaitu menerokai Gua Tempurung dan Cameron Highlands.


Sebelum tu, serapan dulu kat Hotel Excelsior. Macam biasa memang sedap cuma tak jumpa pula kuih yang aku suka yang ber-soskan Vanilla.



Aktiviti Gua Tempurung



Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.



Nak masuk Gua Tempurung kena bayar mengikut pakej yang telah ditetapkan. Ada 4 pakej yang disediakan dengan serendah harga RM 6.00 dan paling tinggi adalah RM 22.  Harga paling tinggi maknanya explorasi yang paling mencabar.


Terokai Gua Tempurung


Kitorang ambil pakej yang kedua iaitu RM9, ingat nak ambil pakej pertama iaitu RM 6 tapi not available masa tu so ambil yang kedua punya pakej.


Membe kata kena pakai kasut sampai aku sanggup beli kasut berpuluh-puluh padahal boleh je masuk Gua Tempurung pakai selipar even ada rules kena pakai kasut. Tapi tengok yang lain selamba pakai selipar.


Masa perjalanan dalam gua Tempurung dianggarkan dalam 1 jam 45 minit. Sebenarnya tu masa anggaran je sebab aku masuk sampai penghujung pastu balik tak sampai 1 jam lebih.


Penghujung tu pun macam pertengahan je dalam gua tu pastu ada sign EXIT kira dah tak ada laluan da lagi. Boleh buat lagi laluan tu tapi mungkin bahaya kot lagi-lagi gelap.


 Terokai Gua Tempurung Dan Cameron Highlands


Memang penat ar aku cakap nak kena naik tangga kalau turun tangga tu ok. Dalam gua tak panas sangat mana pun pastu ada satu tempat dalam gua ni memang berangin sempoi, adalah beberapa orang lepak kat situ even laluan sempit.




[caption id="attachment_3749" align="aligncenter" width="332"]Pengalaman ke Gua Tempurung (2) sumber gambar dari http://blueewoke09.blogspot.com/[/caption]

[caption id="attachment_3751" align="aligncenter" width="332"]Pengalaman ke Gua Tempurung sumber gambar dari http://blueewoke09.blogspot.com/[/caption]

Yang paling mengujakan ialah reka bentuk secara semulajadi dalam gua tempurung memang sangat awesomeee. Berbaloi kalau korang nak terjah sini.



Cameron Highlands


Dah penat, badan pun dah berpeluh rehat jap minum air pastu cuci muka. Kemudian sambung perjalanan ke Cameron Highland.


Yang tak best pergi Cameron Highland ni sebab jalan raya penuh dengan selekoh dan berpusing-pusing. Masa perjalanan pula lama dalam 2 jam lebih. Boleh pening kepala 00.


Bila dah sampai tu rasa lega dengan keadaan sana yang sejuk sempoi je. Terus cari tempat makan sebab perut pun dah lapar.


Lupa pula nama kedai yang kitaorang makan janji suasana memang best! Bersebelahan dengan Hotel Besar.


Sepanjang perjalanan banyak tempat menarik yang aku nampak boleh di singgah macam Ladang lebah, Taman rama-rama Cameron, Cactus Valley, Cameron Lavendar, Big Red Strawberry dan banyak lagi.  Ladang Teh memang aku tak sempat nak singgah.


Selepas makan, jalan-jalan cari strawberry kemudian balik terus ke destinasi. Singgah Cameron Highland tak lama sebab masa tak mencukupi. Time tu pula besok nak masuk kerja, kenalah balik sebelum lewat malam.


Kat Cameron Highland ni aku tak ambil gambar sebab penat dah time ni. So, takde fikir2x nak ambil gambar.

Get notifications from this blog

11 comments

  1. […] hari pergi ke Gua Tempurung kemudian Ke Cameron Highland sebelum pulang ke rumah […]

    ReplyDelete
  2. kat dalam Malaysia ni macam2 tempat yang boleh dilawati malah tak kalah yg ada di luar negeri.

    ReplyDelete
  3. dalam Gua Tempurung cantik kan? macam-macam bentuk yang mencuit hati :D

    ReplyDelete
  4. memang cantik!. adalah nampak beberapa bentuk yang menarik plus menyeramkan pun ada. haha

    ReplyDelete
  5. Gua tempurung tak pernah pergi lagi, tapi mamang nampak cantik. Cameron last pergi zaman sekolah dulu, time kanak-kanak ribena :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya boleh meninjau kawasan gua tempurung...

    ReplyDelete
  7. dah lama tak pergi gua tempurung ni.

    dulu..pernah bawa budak sekolah ke sini.

    best la gak berjalan dalam gua tu.

    ReplyDelete
  8. cantik juga pemandangan di Gua Tempurung tu,aa rezeki nanti boleh ke sana

    ReplyDelete
  9. wahhh. mcm best je. kena prgi nihh. tq sbb share

    ReplyDelete