√ Percutian Singkat Di Ipoh, Perak - Adarain

Percutian Singkat Di Ipoh, Perak

Percutian singkat di Ipoh, Perak adalah idea daripada salah seorang rakan saya iaitu Hiro dari Jepun yang menyambung pengajian di UKM. Dia mahu pusing satu Malaysia dan kali ini mahu bercuti di Ipoh, Perak. Aku pula memang tak pernah lagi ke Perak so inilah masanya ke Perak. Makanya, kami berempat plan berjalan-jalan ke Ipoh selama 2 hari 1 malam sahaja.


Perjalanan dari Kl nak ke Ipoh, Perak lebih kurang 3 jam lebih. Belum sampai sana lagi dah eksiden, memang dugaan masa tu nilah jadi kalau kereta depan suka buat brek mengejut orang lain yang eksiden.


Walaupun ada masalah eksident perjalanan ke Ipoh diteruskan dengan menukar kereta.



Menginap di Hotel Excelsior


Sampai Ipoh sekitar dalam pukul 3 pm pastu terus cari Hotel Excelsior yang telah dibook awal oleh Hiro. Hotel tersebut berada di kawasan bandar dan dekat dengan Ipoh Parade.




[caption id="attachment_3717" align="aligncenter" width="700"]Menginap di Hotel Excelsior sumber gambar dari booking.com[/caption]

Bilik Superior Deluxe yang cantik dan selesa sangat. Lantai kayu, bilik air pula boleh nampak luar tapi boleh tutup dengan langsir, saterika pun ada dan boleh kata semua complete cuma internet tak berapa nak kuat sangat.




[caption id="attachment_3716" align="aligncenter" width="700"]Menginap di Hotel Excelsior sumber gambar dari booking.com[/caption]

Dah check in semua, apalagi masa untuk berehatlah dalam 1 jam pastu baru cari-cari jalan makan yang best kat Ipoh ni. Ada seorang rakan aku ni tak rehat terus search internet dan listkan tempat makanan yang popular dan sedap.



Restaurant IPOH Hainan Chicken Rice


Dah rehat perut pun dah lapar masanya untuk cari kedai makan. Time inilah yang best dan ada juga yang tak best nak gelak pun ada. haha.


Cari punya cari kedai makanan yang best tak jumpa2x sampai berpusing-pusing bila dah jumpa tak berkenan pula sebab tengok kedai tu macam tak ramai orang last-last decide makan kat IPOH Hainan Chicken Rice.


Punyalah jauh pusing rupa-rupanya lokasi sebelah je kedai makanan yang tak berkenan tu. Main ikut je direction Google Maps. haha :D




[caption id="attachment_3719" align="aligncenter" width="700"] IPOH Hainan Chicken Rice Chicken Chop With Rice Hainan[/caption]

 IPOH Hainan Chicken Rice

Harga standard kedai makan RM5 lebih untuk Nasi Ayam. Makanan memang sedap. Sebelum makan bergambar dulu.

Ipoh Hainan Chicken Rice Greentown

Waktu malam pula lepak makan kat kafe pastu kat dataran Ipoh Berhadapan dengan Ipoh Parade dah penat jalan-jalan barulah lepak kat hotel.


Auramen Turbo Collagen Penuh Khasiat Khas Untuk Lelaki


Pada besok hari, kami akan plan satu tempat sahaja iaitu di Gua tempurung atas sebab kekurangan masa yang ada untuk singgah ke tempat lain yang menarik di Perak. Tarikan lain yang menarik di Perak boleh rujuk [DISINI].

Get notifications from this blog

20 comments

  1. dah macam pemandu pelancong bro..hehe Hiro boleh cakap melayu ke?

    ReplyDelete
  2. aku penumpang je. haha. Hiro boleh cakap bahasa melayu sikit2x.

    ReplyDelete
  3. jalan-jalan cari makan ke bro..terbaik la.

    ReplyDelete
  4. chicken chop rice hainan tuh nampak sedap...

    ReplyDelete
  5. awak pun dah macam org Jepun...hehehehe...
    Chicken Chop Hainan pun nmpk sedap je

    ReplyDelete
  6. Jalan-jalan kat Ipoh ni soal makan no hal punya. Banyak yang murah-murah. Cuma, sedap tak sedap tu tak tau la. Dulu je kat Ipoh ni orang boleh gelarkan 'syurga makanan'. Sekarang ni, belum tentu.

    ReplyDelete
  7. asal try nasi ayam fauziah sedap hooo..nak masyuk try char kueh tiew kat taman razaki..tu pi bagi tahu boleh suri bagi tahu tempat makan mana best erk...heee...

    ReplyDelete
  8. kalau roger gua aritu bleh gak gua kasi bawak tour Ipoh..hohoho..

    ReplyDelete
  9. wow best! dapat jalan bersama-sama orang Jepun

    ReplyDelete
  10. Dah lama Mek ika tak ke Ipoh. Kali terakhir pada 2009. Tapi makanan kat ipoh memang sedap-sedap.

    ReplyDelete
  11. Bila travel ni memang best. Mesti ada plan A, tapi dah sampai lain programnya hehe

    Cuti-Cuti dalam Negeri pun best! :D

    ReplyDelete
  12. bercuti walau sekejap pun mmg seronok dapat rest kan otak dan badan sekejap mmg heaven.. akak masih lagi tak kesempatan

    ReplyDelete
  13. […] berada 1 hari di Ipoh, Perak kini tibalah masa untuk plan yang seterusnya iaitu menerokai Gua Tempurung dan Cameron […]

    ReplyDelete
  14. dah lama makcik tak balik dan berjalan-jalan di Ipoh...

    ReplyDelete
  15. rajin betul hang bercuti kann..

    gua je tak dapat cuti. kelas upsr aje memanjang.

    ReplyDelete
  16. Bestnya dapat jenjalan sambil makan2 yang sedap..

    ReplyDelete
  17. macam best je.. harga pun boleh tahan takdelah mahal sangat

    ReplyDelete
  18. […] Yey yey...lama betul x jenguk CH...coz what??? Oke, dah tahu kan napa lah With Julia nak sgt ke CH? Percutian Singkat Di Ipoh, Perak - adarain. Percutian singkat di Ipoh, Perak adalah idea daripada salah seorang rakan saya iaitu Hiro dari […]

    ReplyDelete