Movie Spy 2015 Memang Best Sebab Banyak Lawak - adarain

Sunday, 24 May 2015

Movie Spy 2015 Memang Best Sebab Banyak Lawak

Movie Spy 2015 : Selepas movie Mad Max Fury Road yang penuh aksi dahsyat kali ni tengok movie spy 2015 yang penuh dengan babak lawak.

Sinopsis Movie Spy 2015


Movie ini mengisahkan Susan yang berbadan besar cuba untuk menjadi Spy selepas rakan yang dicintainya Fine mati ditembak oleh Raina.


Movie Spy 2015 Memang Best Sebab Banyak Lawak


Susan telah menyamar sebagai penny untuk mengintip tindakan musuh dalam urusan jual beli bom nuklear di Eropah. Mengikut arahan pihak atasan, susan tidak boleh sama sekali mendekati apatah lagi bercakap dengan musuh.


Namun, Susan telah melanggar arahan yang telah diberikan oleh pihak atasan dengan mendekati musuh dan bercakap dengan musuh yang bernama Raina. Sekaligus menjadi pengawal peribadi kepada Raina kerana menyelamatkan Raina dari diracun.


Berjayakah Susan untuk mengetahui urusan jual beli yang dilakukan oleh Raina dengan keadaan fizikal yang besar juga tiada pengalaman dalam pengintipan secara realiti.



Review Movie Spy 2015


Siapa yang rasa stress dan nak hilangkan tekanan tu memang sangat digalakkan untun tonton movie ini.


Sebuah movie komedi yang terbaik!


Movie Spy 2015 Memang Best Sebab Banyak Lawak


Bayangkan perempuan yang berbadan besar handle tugas untuk spy. Korang boleh bayangkan tak lagi bila berlaku aksi mengejar macam mana?. hahaha. Walaupun badan besar tapi bukan main hebat kalau berlawan dan bijak. :D


Selepas itu, Susan yang tengah kerja spy ni nak kena layan karenah Rick Ford (pengintip) yang poyo gila nak mampus. Cerita Rick tentang pengalaman perisikannya dulu memang nak gempak habis dan tak masuk dek akal.  Pastu, mana-mana Susan pergi mesti Rick pun ada sekali.


Lakonan komedi yang tak disangka oleh Jason Statham sebagai Rick Ford memang bagus dan menjadi lawaknya. :D


Bukan itu je, Susan juga nak kena layan Spy lain yang gatal lagi miang suka meraba plus kalau tidur mengigau lucah.


Best tak Movie Spy 2015 : memang best ooo dari Tomorrowland (orang kata ceritanya so-so je). 4/5 bintang untuk spy 2015.


 
Comments

11 komentar

Menarik aksi Susan dalam movie Spy.. Tentu kelakar habis tengok aksi Spy wanita.. ;)

suka sekali film serius di sisipi lawak ringan

okeh.

Yang ni nampak macam cite best aje spy ni..

MACAM MENARIK JE JALAN CERITANYA..

ramai dok kata best. gua blum berkesempatan nak tengok lagi

Belum tengok lagi movie spy ni. Nanti boleh ke wayang nak nonton.

belum liat nih film nya pasti seru tuh...

Mesti best kalau Jason Statham yg berlakon...

tengok gambar pun boleh tahu kelakarnya tu

Sangat menarik dan menghibur kita semua.


EmoticonEmoticon