Baju Melayu Hipster 2015 : Beberapa minggu yang lepas kecoh dengan kemunculan koleksi raya terbaru hasil rekaan Zery Zamry di laman sosial.
Siapa Zery Zamry?
Zery Zamry bukanlah pendatang baru dalam industri fesyen Malaysia, malah rekaan beliau sering menjadi pilihan artis-artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan. Malah, sesiapa sahaja boleh menggunakan khidmat design zery zamry
Namun, insiden yang berlaku baru-baru ini membantu menaikkan lagi nama Zery Zamry untuk lebih dikenali.
Rekaan Baju Melayu Hipster 2015 By Zery Zamry
Bagi pendapat aku sendiri, rekaan baju melayu hipster by Zery Zamry bukanlah perkara yang besar untuk dibincangkan sehingga menjadi viral.
rekaan hipster raya sekarang |
Baju yang dikatakan tidak berapa bagus atau mecacatkan tradisi baju melayu sebenarnya sangat cantik dan bersesuaian dengan semua lelaki yang mahu kelainan menjelang hari raya nanti.
Siapa yang tak nak baju melayu yang cantik dan ada kelainan dari orang lain, semua orang mesti nak punya.
Kita patut akur bahawa fesyen akan sentiasa berubah seiring dengan perkembangan semasa dan sesuatu yang baru pasti akan terhasil.
Rekaan baju melayu yang direka oleh Zery Zamry masih kelihatan seperti baju melayu cuma kelainan dengan penambahan sedikit perincian seperti fabric net dan leather pada bahagian-bahagian tertentu.
Corak yang menarik tampil hipster |
Zary Zamry memfokuskan kepada rekaan baju melayu cekak musang dan baju melayu teluk belanga sempena raya 2015 ini. Pemilihan fabrik yang digunakan juga amatlah berkualiti serta turut dijual dalam range harga yang cukup menakjubkan.
Jangan lepaskan peluang ini untuk medapatkan baju melayu hipster 2015 yang terkini. Baru nampak bergaya di hari raya. :D
6 Comments
em..
ada nampak kelakar, ada nampak ok.
dah nama pun model, mestilah sasa :)
macam-macam dah fesyen sekarang ni, asal menutup aurat oklah
Tak berapa minat dengan designnya..
Lumayan juga,
[…] beli baju raya lainlah gamaknya mungkin baju raya dari Zery Zamry tak pun pakai baju raya tahun […]