√ Viet-Thai Canteen Saji Makanan Asli Vietnam Dan Thailand - Adarain

Viet-Thai Canteen Saji Makanan Asli Vietnam Dan Thailand

Viet-Thai Canteen : Lama rasanya tak review makanan kat blog, baru-baru ini bersama dengan 2 rakan yang lain sempat singgah satu restaurant yang terletak di Cyberjaya iaitu Viet-Thai Canteen atas jemputan dari restaurant tersebut.



Dekorasi Viet-Thai Canteen


Dekorasi dalaman dan luaran restaurant ni simple dan selesa untuk di makan dengan adanya air cond. Persekitaran pun bersih dan juga ada hiasan dinding yang menarik dalam restaurant ni. Kalau ditambah lagi hiasan dinding mesti lagi menarik.


Mengambil tema canteen jadi tempat duduk semua ala-ala kantin seperti di sekolah. So, kalau nak makan kat sini bolehlah makan beramai-ramai dengan officemate atau kawan-kawan lain.


Dekorasi Viet-Thai Canteen


Dekorasi Viet-Thai Canteen



Menu Viet-Thai Canteen


Menu utama yang disajikan oleh Viet-Thai Canteen ialah makanan Vietnam dan Thailand. Siapa yang pernah melancong ke Vietnam dan Thailand mesti tahu betapa sedapnya makanan kat sana.


Makanan kat sini pun memang sebiji sangat rasa seperti Vietnam dan Thailand. Jadi korang tak payah nak pergi jauh-jauh kat vietnam dan Thailand just singgah restaurant ni kalau nak tahu rasa makanan asli Viet/Thai.


80% bahan mentah restaurant ini adalah diimport dari Vietnam dan juga Thailand.


Rasa makanan Viet thai canteen


First yang aku makan adalah popia versi vietnam yang perlu dibuat sendiri. Popia ni lebih kurang macam sushi pula gayanya. Nak buat pun senang je, just gaulkan sayuran dan ayam bersama kemudian letakkan di atas plastik yang telah dibasahkan dengan air kosong pastu bungkus ikut suka korang kemudian ngappp terus makanlah.


Memang marvelousss cakap korang rasa macam nak makan lagi popia macam ni.




[caption id="attachment_4078" align="aligncenter" width="709"]Menu Viet-Thai Canteen Dari kiri adalah menu Vietnamese Chicken Noodle Soup (RM9.50), Vietnamese Beef Noodle Soup (RM10.00) dan Siamese Laksa (RM8.50)[/caption]

[caption id="attachment_4079" align="aligncenter" width="700"]Menu Viet-Thai Canteen (2) Menu dari bahagian atas belah kiri adalah The Green Papaya Salad/Som Tam (RM6.50), sebelahnya adalah campuran Pandan Chicken, Thai Fish Cake dan hatyai Fried Chicken Wing. Menu dari bahagian bawah belah kiri adalah Grilled Lemongrass Chicken Whole leg (RM11.00) dan belah kanan adalah Grilled Lemongrass Lamb Chop (12.00).[/caption]

Serius cakap, rasa ke semua menu yang disediakan memang sangat sedap dan mantapp+padu!. Tak rugi kalau korang datang dan rasa makanan kat sini. Memang sangat berbaloi dengan harga dan rasa. Portion memang banyak dari gambar yang sebenar.



Kopi Asli Vietnam


Dah selesai makan kita minumlah pula. Takkan makan tak minum pula kan.


Kalau korang nak tau minuman paling popular kat Viet/Thai adalah Kopi. Bermacam-macam jenis kopi ada kat sana seperti kopi vanilla, mocha dan banyak lagi.


Bagi penggemar Kopi, korang memang kena rasa kopi kat restautarant ni.


Style gambar dibawah adalah cara-cara orang vietnam selalu buat. Penapis kopi pun unik lain dari yang lain. Kalau kat Malaysia ni pakai penapis universal je yang berjaring.


Rasa macam nak cari Penapis macam ni sebab senang nak buat kopi tak payah pegang penapis just letakkan atas cawan je.




[caption id="attachment_4086" align="aligncenter" width="700"]Kopi VietThai di Viet-Thai Canteen (Vietnamese Hot Black Coffee) Air panas akan masuk ke dalam penapis dan tunggu sampai air yang ditapis habis sehingga beberapa minit. Lepas tu boleh minum nak tambah susu pun boleh.[/caption]

Rasa kopi ni memang terbaik kow2x punya. Selain kopi, kami minum Iced Lemongrass Pandan Tea.



Lokasi Viet-Thai Canteen


 No. 6, Block E, Jalan GC 4 Glomac Cyberjaya, Cyber 12, 63200 Cyberjaya
Open: Monday - Friday » from 10:30am till 9.30pm
Open: Saturday » from 10:30am till 7pm
Closed: Sunday


Dunia sekarang dah canggih jadi kalau tak tahu jalan nak ke sana boleh rujuk google Maps. Taip alamat yang diberikan comfirm sampai kat sana nanti. Dah sampai sana korang pusing skit jumpalah restaurant tu nanti. :D




[caption id="attachment_4093" align="aligncenter" width="450"]Lokasi Viet-thai Canteen Bahagian hadapan Viet-Thai Canteen[/caption]

Owh ya, lagi satu sebelum terlupa, sempena di bulan Ramadhan tak lama lagi restaurant Viet/Thai juga menyediakan makanan untuk berbuka puasa.


Boleh rujuk gambar di bawah untuk mengetahui set-set makanan yang disediakan sempena di bulan Ramadhan nanti. Harga pun murah.


Makanan berbuka puasa Viet-Thai Canteen


Korang juga boleh dapat voucher RM10 sempena Ramadhan, nak tahu macam mana nak dapat free voucher boleh klik [DISINI]Dah dapat free Voucher, jimat sikit nak berbuka puasa nanti. :D 


Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Viet-Thai Canteen boleh layari laman Facebook : Viet-Thai Canteen

Get notifications from this blog

13 comments

  1. wahh menarik ni, nampak semuanya menyelerakan, yang best kopi tu ;)

    ReplyDelete
  2. wah mantap nih tempatnya nyaman kayanya makanan nya juga enak tuh..

    ReplyDelete
  3. gua minat tang teh ais tu je.

    mesti lain kan rasanya.

    ReplyDelete
  4. Patutla namanya ada 'canteen' tu sebab susun atur macam kat kantin sekolah kan?

    ReplyDelete
  5. yap. tersusun cantik dan kemas memanjang. :D

    ReplyDelete
  6. Fuh, tengok perkataan "padu+mantop" terus rasa nak mencuba kat sini. Nak rasa kopi vietnam dah takyah sesusah naik flight pegi vietnam. Bawak kereta je pergi viet-thai canteen. hehehe

    ReplyDelete
  7. yap. :D memang terbaik makanan kat sini :D Buka puasa boleh try kat sini

    ReplyDelete
  8. katanya masakannya serba masam

    ReplyDelete
  9. iya, ada nasi disediakan. :D

    ReplyDelete
  10. iya, ada beberapa makanan sayuran yang masam tapi sedap dimakan.

    ReplyDelete
  11. maaf, apakah menunya halal?

    ReplyDelete