Thursday, 11 June 2015

Perniagaan Rugi Gara-Gara Rakan Dan Keluarga

Mempunyai perniagaan sendiri adalah satu cara yang terbaik untuk mencari rezeki yang halal disamping bebas dari 'cengkaman' majikan. Kalau nak berniaga sendiri ni pun perlu kuat dari segi mental dan fizikal serta bersedia menghadapi segala kemungkinan buruk yang berlaku pada masa akan datang.

Nak tahu apa halangan peniaga? Di bawah ini ada satu nukilan yang menarik dari fynnjamal yang menarik untuk dikongsi bersama korang di sini berkenaan dengan salah satu cabaran yang dialami sebagai peniaga.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

"zaman ini, majoriti kita peniaga.

tak kisahlah jenis apa pun bisnes, besar atau kecik-- sedayanya kita usaha mengganda-darab gaji yang kita ada.

kita berniaga,
kawan pun berniaga.

satu perkara yang aku selalu nampak dalam perniagaan sesama kawan2 adalah that darn line "ala murah la lagi". that super sensitive bargaining process.

aku pernah baca interview pemilik website alibaba. seorang cina. dia cakap: "the best customers are strangers". alasan dia-- perniagaan biasanya lingkup pasal keluarga dan kawan2 sendiri.

in a way,
sangat betul.

dont get me wrong. sadaqah itu tidak sama dengan memberi kerana segan diminta. sadaqah adalah sesuatu yang dimulakan dari pemberi. yang kedua adalah bila membagi kerana circumstances. either way-- kedua2nya pahala kalau hatinya teguh ikhlas.

aku peniaga juga. dan aku bukanlah lahir2 terus bertilam emas. jadi kerana itulah aku selalu menolak bila hendak diberi-percuma barang yang aku hendak beli. kalau didesak, aku minta bayar harga kos. kalau didesak lagi, aku cuba membarter apa sahaja yang selayaknya.

aku peniaga. dan aku pernah lingkup berkali2. aku tahu makna duit setiap syiling itu adalah tabungan membeli butir2 nasi memenuh perut.

aku peniaga. besar kecil untung rugi kita-- semua itu rezeki yang kita harapkan di kali pertama kita keluarkan wang modal kita.

kadang2 rasa sedih bila tengok kawan2 peniaga kecil yang tidaklah besar mana untungnya-- diminta2 diskaun tahap luar akal. mendengar mereka menolak sehalus2 cara. melihat senyum nipis mereka redha dengan apa sahaja akhirnya.

allahu akbar.

peniaga kecil modal kecil.
peniaga besar modal besar.
keduanya ada margin sendiri.
taulah mereka larat tak larat mereka bersadaqah.
bukan hak kita untuk ukur layak tidak mereka.

barangkali yang berderet kedai itu jauh lagi besar nisbah hutangnya dari yang cuma ada sebuah gerai.
barangkali yang modal kecil itu lebih banyak kosnya dari yang ada sebuah kilang.

itu hal dia sama tuhan.
jangan persoalkan.

aku peniaga.
namun sebelum itu--
aku juga pembeli.

kalau sesuatu itu tak terjangkau kocek kita--
nantilah dulu.
jangan kerana kawan kita berniaga benda kita mahu--
kita letak dia di kedudukan perit demi menurutimu.

tak adil."

=======================================


Orang yang berniaga comfirm pernah mengalami situasi macam ni. Kawan punya pasal bagilah diskaun.

Bagi diskaun kali pertama tu kira ok la, ni kalau setiap berurusan jual beli mesti nak mintak diskaun lebih-lebih tu melampaulah.

Satu case lagi, orang selalu ingat peniaga ialah orang yang banyak duit senang cerita kaya raya mampu beli rumah  dan kereta semua.

Tak semua peniaga banyak duit baik dari bisnes kecil atau besar.

Bila tahu kawan berniaga sendiri mulalah minta belanja makanlah, minta bagi barang percumalah dan banyak lagi.

Nak tolong kawan yang berniaga beli barangan dia. Kalau semua nak mintak belanja dan percuma sila berniaga sendiri. hehe :D

7 Comments

YE.. SAYA PERNAH MEMBACA ARTIKEL SEBEGINI..

betul tu, kadang-kadang jadi serba salah juga kan..

benar sekali dalam berbisnis kita ga boleh mandang sahabat atau saudara

haha aku anti orang2 yang mintak diskaun ni. kwn baik aku sendiri niaga pun aku tak pernah mintak diskaun. slalu dia yang bagi dek kecomelan muka aku

fulamak... untungla dapat muka comel. ahahah :D

Setuju sekali, terkadang sangat kasihan dengan peniaga kecil namun pembeli meminta diskon seenaknya sendiri.