√ Persiapan Di Hari Raya AidilFitri 2015 - Adarain

Persiapan Di Hari Raya AidilFitri 2015

Hari raya Aidilfitri tak lama lagi nak menjelma tinggal beberapa hari je lagi. So, persiapan pun mesti la nak kena prepare semua memandangkan raya nak dekat tak boleh nak sambil lewa.


Persiapan Hari Raya Aidilfitri


Sempena nak raya tahun ni lain sikit sebab segala perbelanjaan persiapan raya ni bukan lagi sepenuhnya tanggungan parent lagi memandangkan aku pun dah ada kerja sendiri.

So, kenalah belanja sendiri persiapan raya ni macam baju baru dan sebagainya. Yang penting berjimat cermat and tak overdose bila berbelanja.

Syukur, takde berbelanja yang melebihi dari had kemampuan.

Kalau nak jimat lagi, beli baju raya time puasa nak habis, time tu lah ada sales gila-gila punya murah.

Rumah tak ada guna langsir baru or perabut baru. Perabut selagi boleh guna selagi itulah pakai. Langsir pun dah tukar awal 3 bulan sebelum ramadhan.


Pelita Oh Pelita


Tahun ni tak pasang pelita sebab jimat minyak. :D gurau je.

Bukan sebab jimat mungkin sebab takde mood nak pasang pelita sebab kalau pasang pelita mesti hilang pelita satu persatu.

Siapa yang pernah kena kes macam ni?

Pelita pun boleh kena curi, mungkin curi sebab nak main mercun agaknya.


Lagu Raya Feveret


Lagu raya Feveret ada banyak dan salah satunya lagu-lagu daripada Siti Nurhaliza dan M.Nasir. Lagu raya baru 2015 dari L'Zzay - Joget Selfie Raya pun boleh tahan best.

Juadah Di Hari Raya


Macam biasalah juadah di hari raya tak sah kalau tak ada ketupat, ketupat palas, rendang, udang or ayam masak merah terpulang kepada keluarga masing-masing untuk makanan tambahan.

Kuih Feveret


Kuih feveret semestinya Kuih semperit. :D selain itu kuih almond london, kuih sarang semut, dan banyak lagi yang penting kuih tak lemau.

Ucapan Hari Raya


Kepada semua pembaca adarain.com dari dulu sehingga kini setia membaca blog ini tanpa jemu. Dengan Izin ALLAH S.W.T pada 17/7/2015 kita akan menyambut Syawal 1436 H, dengan ini mengambil kesempatan di sini menyusun sepuluh jari ribuan ampun dan maaf segala kesalahan, tutur kata, perbuatan yang menyakitkan hati atau penulisan adarain.com yang mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Semoga dimaafkan dan saya telah memaafkan anda semua. Semoga kita semua mendapat taufik dan Hidayah daripada ALLAH S.W.T

===

Nak komen jawablah soalan di bawah :D

Persiapan raya korang pula macam mana dan Kg kat mana?
Apa warna baju raya korang tahun ni?
Apa feveret kuih raya korang?
Apa lagu raya Feveret korang?

Selamat menjawab :D

Get notifications from this blog

9 comments

  1. Pelita tu memang tak boleh blah..haha..letak 10 esok pagi tinggal 8..
    malam raya kedua tinggal 6..haha

    Persiapan raya korang bersederhana sudah..Kg kat Sabah
    Apa warna baju raya korang tahun ni Purple..khekhe
    Apa feveret kuih raya korang, emm..yang ni banyak, Jj tahu ngap ja..haha
    Apa lagu raya Feveret korang, lagu raya ek? Selokah di aidilfitri kot :D

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin #kosongkosong tuan Bahrain

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lebaran (idul fitri) dari pengunjung setia mu di Indonesia
    Mohon maaf lahir dan batin

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lebaran juga buat kamu dari Indonesia. Semoga berbahagia disamping keluarga. :D

    ReplyDelete
  4. pelita tu memang tak boleh handle selalu hilang. Selamat Hari raya buat jj bersama keluarga.

    ReplyDelete
  5. Tahun ni raya turn belah suami di Selangor :)
    Kami team hijau
    Lagi fav? Semua lagu evergreen raya
    Apa lagi eh?
    Haa..tart nenas fav

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya, semoga raya kali ni penuh bermakna dan ceria :D

    ReplyDelete
  7. Hi, L'Zzay here. Walking around doin some research regarding my song. Found this. Thanks for the support! Appreciate it. Selamat Hari Raya to you~ ;)

    ReplyDelete
  8. tak ada ketupat tak best hari raya

    ReplyDelete
  9. macam-macam makanan dfi buat tuk rayakan hari raya buat suguhkan sanak saudara

    ReplyDelete