Review Mission Impossible - Rogue Nation - adarain

Saturday, 1 August 2015

Review Mission Impossible - Rogue Nation

Mission Impossible - Rogue Nation dah keluar kat pawagam, meh kita tengok sama ada best ke tak movie ni.


Tapi sebelum tu, ni First time tengok MI kat wayang MAXX version takde la beza mana dengan wayang biasa, yang lainnya cuma kedudukan dalam keadaan membulat. Harga tiket lagi mahal dari yang biasa. RM18.50



Sinopsis Mission: Impossible - Rogue Nation


Mengisahkan Ethan yang cuba mencari satu organisasi Syndicate yang menjadi tanda tanya buat orang ramai tentang kewujudan organisasi tersebut.


Review Misson Impossible - Rouge Nation


Sejak IMF dibubarkan dan diambil alih oleh CIA, Ethan bergerak sendiri untuk mencari ketua Syndicate yang berbahaya serta menjadi ancaman dunia.


Ethan yang dibantu oleh beberapa kawannya telah mengambil risiko yang besar untuk menangkap Ketua Syndicate tanpa bantuan kerajaan.


Dapatkah Ethan menangkap Ketua Syndicate? Apakah misi mustahil yang dilakukan oleh Ethan dalam movie ini? Kena tengok sendiri kat wayanglah.



Review Mission: Impossible - Rogue Nation


Dah lama betol tak nampak tengok Tom Cruise berlakon, last tengok dia berlakon dalam movie Edge Of Tomorrow. Bila Mission Impossible dah kuar satu benda yang tak patut dilepaskan peluang untuk menonton Tom Cruise kembali beraksi.


Mission Impossible - Rouge Nation


Movie Mission Impossible kali ini bagi aku adalah movie aksi spy yang biasa ditonton dalam movie-movie yang lain. Lebih kurang sama. Lambakan movie spy membuatkan movie ni kelihatan biasa-biasa but still worth to watch.


Mission Impossible


Cuma apa yang dibanggakan adalah movie ni penuh dengan aksi yang mencabar seperti babak aksi kejar mengejar dengan kereta dan lagi mencabar ketika berlumba motor di kawasan bukit.

Ada banyak babak menarik yang tidak disebut di sini krang nanti jadi spoil pula.

Best ke tak Mission: Impossible - Rogue Nation?


BEST la takkan tak best plak. Siapa yang minat dengan Tom Cruise or movie Mission Impossible ni boleh la pergi tengok. Bagi 3.8/5 Bintang untuk movie Mission: Impossible - Rogue Nation. Baru 1 hari je movie ni ditayangkan pada 30hb Julai dah berjaya mengutip 4 juta $.


 
Comments

19 komentar

Rajin bro update n review pasal filem

Cerita MI memang best.. Tapi saya biasa tak tengok wayang, tunggu keluar TV je.. Hehehe

macam best.

kena tengok nih..

kalau tidak, terpaksa la tunggu kat astro keluar dulu..

nak tengok wayang xboleh sbb ada si kecik ni..so tggu keluar kt tv jelah...hehe

cantik semua gambar tu, tom cruise dah separuh abad pun masih mampu lariskan jualan filem

mantap nih harus nonton ni filmnya pasti seru makasih buat infonya

masih hebat disebabkan penjagaan kesihatan

hehe, lama lagi la nak kuar tv.

aku x tgk lagi, tp nampak macam best, kena tgk dulu baru tau

Memang dah lama tak nampak Tom Cruise ni berlakon kan..bila MI keluar cerita confirm peminat akan serbu wayang la...

cite ni patut di namakan... "Menyangkal Hukum Fizik" haha

installment terbaru ni memang terbaik. rasa nak tengok kali ke 2

harga tiket..mak oii..boleh tahan mahal tetapi amat berbaloi kepada peminat wayang

bila tah aku nak tengok cite ni..ahaha..

lama dah x tgk wayang, movie dekat rumah pun x sempat nak tgk....cry

pilem ni jadi salah satu favorite la..
kaset di umah besepah ;D
Ade yang tau tak pilem ni nak dirilis balik?


EmoticonEmoticon