Beberepa bulan yang lepas, Pelakon Popular Angelina Jolie menyeru agar kuasa-kuasa besar dunia untuk membantu berjuta-juta pelarian Syria. Angelina mengkritik Majlis Keselamatan PBB yang mengambil sikap berdiam diri ke atas konflik yang berlaku di Syria yang berlanjutan selama empat (4) tahun.
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
Angelina Jolie Bersuara Demi Nasib Pelarian
Jolie diberi taklimat majlis itu sebagai wakil khas untuk PBB mengenai isu-isu pelarian.
Jolie bercakap sebagai ahli majlis yang hadir untuk mendengar secara keseluruhan pelan baru bagi rundingan damai yang dijangka bermula awal bulan depan di Geneva.
Jolie telah melakukan 11 lawatan ke kem pelarian Syria sejak krisis bermula pada tahun 2011.
Jolie berkata beliau ingin melihat Menteri Luar setiap satu daripada 15 anggota majlis untuk sama-sama berunding berkenaan cara penyelesaian yang berlaku di Syiria.
Beliau juga menggesa ahli-ahli majlis untuk melawat pelarian Syria sendiri dan melihat krisis di hadapan mereka sendiri.
Pelarian Syria Tidak diterima oleh Negara terkaya di dunia
Di samping itu, Jolie bercakap secara ringkas mengenai krisis yang semakin meningkat di Mediterranean, di mana lebih daripada 1,300 pendatang yang melarikan diri dari Syria dan beberapa tempat yang lain lemas di laut.
"Ia sangat menyedihkan apabila melihat beribu-ribu pelarian syiria yang lemas di depan 'pintu' negara yang terkaya di dunia," katanya.
"Tiada siapa yang sanggup ambil risiko bersama anak-anak mereka dengan cara ini yang membabitkan nyawa kecuali dalam keadaan hidup yang sangat terdesak." katanya lagi.
"Kerajaan, kumpulan-kumpulan bersenjata dan pengganas terus membunuh, mencacatkan, merogol, melakukan penderaan dan membawa negara Syria ke tahap yang lebih rendah yang tidak dapat dibayangkan beberapa tahun yang lalu," katanya.
Majlis itu sepatutnya memberi mandat misi kemanusiaan untuk membolehkan penghantaran bantuan, Amos selaku penyelarasan kemanusiaan berkata, dan ia perlu menguatkuasakan sekatan senjata dan perlu menghormati peraturan yang paling asas oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa," termasuk menolak mereka yang sengaja menghalang untuk memberi bantuan kemanusian.
Duta Amerika Samantha Power memberitahu majlis bahawa resolusi yang sedia ada "kini sedang diejek oleh rejim Syria".
Ketua bahagian pelarian PBB, Antonio Guterres, memberitahu majlis bahawa 14 juta orang kini kehilangan tempat tinggal dalam "interlinked crises" di Syria dan Iraq, di mana negara Islam merampas wilayah pada tahun lepas.
Beliau menyeru "meningkatkan sokongan" untuk negara-negara jiran Syria seperti Lebanon yang menerima 'kebanjiran' pelarian. Lebanon dan Jordan adalah dianggap negara berpendapatan sederhana di mana Bank Dunia tidak dapat memberi 'geran' dalam usaha menangani "kejutan demografi yang teruk dialami oleh mereka ".
Syria Care - Membantu Umat Islam Di Syria
Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh dilakukan di fb Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria. Semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka lagi-lagi ketika musim sejuk bakal tiba.
16 Comments
Orang bukan Islam yang bersuara. Negara-negara Islam lain yang menjadi jiran berdiam seribu bahasa..
Nak buat mcm mana, negara islam pun ada yang masih buat 'tak tahu' mujur ramai lagi yang 'ambil tahu'
sentiasa berdoa semoga ada keadilan untuk mereka, kasihan pada kanak-kanak mangsa kekejaman manusia
Gambar Jolie tu ada censored ke tu? Kenapa ye? Dia pakai cross ke
tutup aurat. :D
setuju, tutup bahagian badan dia yang terdedah :)
Best kan Angelina Jolie.
Sangat prihatin.
Kadang2 bila suara artis Hollywood lebih didengari kan.
hidup islam kalau ada mana-mana kita harus selamatkan perjuangkan islam kita ...jangan suka banggakan kehidupan orang asing ..
bila paklai kerudung begitu nampak cantik pula
alangkah bestnya kalau Angelina Jolie masuk Islam
anggelie semoga terbuka hidayah untukmu
Pelik sungguh rumpun bangsa Arab ni, sesama mereka pun bertelagah dan mengabaikan hak saudara Islam yang lain
Sama2x kita berdoakan terbuka hatinya untuk menerima ISLAM. :D
amin~
Politik dalaman yang tidak berkesudahan yg mementingkan keduniaan semata-mata
beauty with the brain, sesungguhnya sesama islam kenalah saling membantu