√ Jangan Dilayan Sangat Status Alvin Tan - Adarain

Jangan Dilayan Sangat Status Alvin Tan

Alvin Tan kerap kali mengemaskini status-status yang menghina Islam? Adakah perlu komen balas dan lawan? Atau bagaimana?

Pandangan dari Tarbiah Sentap,

1) Dia tu nak cari perhatian je. Mentang-mentang dia di luar negara, lagilah sedap dia smash.

2) Apa yang perlu korang buat adalah, pertamanya report saja page/personal account tu sebagai violate FB terms. Kalau dah 1000 orang buat report, confirm kena block.

3) Korang TAK PERLU respon pun kutukan dia. Buat tak tahu je. Share atau screenshot pun TAK PAYAH. Buat makin viral dan makin dia famous je. Makin dilayan, makin seronok la dia provok.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
4) Ada juga orang Islam yang backup Alvin Tan dengan alasan,"Tapi kadang-kadang ada juga dia buat status yang bermanfaat dan nasihat.

So orang macam dia perlu di dekati dengan cara lembut, bukannya cara keras. Nanti dia jauhlah dari Islam.."Haish..

Macam ni analoginya, Ada seorang lelaki, dia kutuk dan maki hamun ayah dan mak korang seperti dia kata mak ayah korang bodoh dan sebagainya,

kemudian bila korang nak marah, dia pun kata,"Walaupun mak ayah kau bodoh, tapi mak ayah kau ni bagus juga. Baik dengan jiran.. bla3.."

Lepas tu esok lusa kutuk maki hamun balik mak ayah korang. Kemudian bila korang nak marah, dia cuba 'cool down' situation.

Agak-agak korang boleh terima ke? Kalau boleh terima, terpulang kat koranglah kalau korang rasa maruah korang boleh dipijak kemudian acah-acah nak diangkat.

5) Nak dakwah orang macam Alvin Tan pada pandangan kami hanya ada 2 cara je,

a) Doakan dia dalam tahajjud kita.
b) Tunjukkan ketegasan umat Islam tanpa perlu respon dia punya status.

Jangan jadi gedik sangat nak bela alvin tuh. Kalau orang Melayu Muslim buat salah sikit, punyalah korang naik hangin semacam. Tapi bila orang kafir kutuk Islam, punyalah nak backup dengan alasan,"mereka tak faham Islam."

Macam la semua orang Islam faham Islam sepenuhnya. Jangan apologetik sangat. "Jantan" la sikit. Ini sikit2 lembut la apa la.

6) Jadi kesimpulannya, TAK PAYAH LAYAN dan JANGAN SHARE semua status dia. Unfollow je. Biar dia meroyan sorang-sorang bersama pengikut setia dia.

Kalau takde orang layan, lama-lama diam la tu. Tapi kalau ada orang yang melayan, lagi sedap la dia meroyan. Itu saja.

Setiap perkara dilakukan yang membawa keburukan pasti ada balasannya. Bila? Hanya DIA yang tahu.

Wallahu'alam

Get notifications from this blog

8 comments

  1. dunia akhir zaman..nnt makin ramai makhlum cam alvin tan cheng lock ni..

    ReplyDelete
  2. Ya inilah layanan terbaik yang kita perlu buat. Ada lagi ke page tu? Dah lama tak muncul kat newsfeed, kalau nampak memang nak report la

    ReplyDelete
  3. Ya, setuju, biarkan dia, kita tetap begini, hamba Allah yang mencari ikhlas dalam beribadat.

    ReplyDelete
  4. dia tengah jahil.

    macam tu la.

    moga dia bertaubat cepat dan boleh balik malaysia lepas tu.

    ReplyDelete
  5. betul tu saya setuju jangan layan sangat. pada masa sama boleh report kepada fb jugak

    ReplyDelete
  6. Betul tu semakin kita layan dan beri perhatian semakin syok dia buat kontrovesi

    ReplyDelete
  7. Memang tak patut layan Alvin ni, biarkan ja..lama2 bila orang tak layan senyap la...dia makin menjadi-jadi bila ada orang layan...

    ReplyDelete
  8. betul tu, kadang-kadang geram sangat dengan status si Alvin Tan tu tapi lebih baik abaikan aja semua tu sebab dia hanya inginkan perhatian sahaja..kita doakan semoga dia berubah dan mendapat hidayah dari Allah..siapa tahu??

    ReplyDelete