Telegram group kini telah melangkah ke hadapan dengan pelbagai persaingan messengger. kalau sebelum ini had limit group Telegram adalah 200 ahli sahaja, kini Telegram telah mengemaskini dengan menambah kepada 1000 ahli. Angka yang cukup besar untuk satu group messengger.
Telegram Group (Supergroups) - 1000 Ahli Dalam Group
Group yang sudah mencecah 200 ahli boleh upgrade kepada 1000 ahli manakala group yang belum cukup 200 ahli tidak ada keperluan untuk upgrade kepada 1000 ahli.
Telegram boleh cecah sampai 1k Ahli. |
Berikut adalah perkara yang perlu diketahui tentang supergroups :
- Ahli baru seperti ahli yang ke 201 akan dapat melihat keseluruhan history mesej apabila ahli baru join
- Mesej yang dipadam akan hilang untuk semua ahli
- Ahli biasa dalam kelompok 200 ahli sebelum ini boleh padam mesej mereka sendiri
Admin Group
Bukan itu sahaja, telegram kini telah mengemaskini dengan memperkenalkan 'admins' group. Di mana, creator group boleh memilih admin yang lain untuk menguruskan group yang sedia ada. Boleh setting di bahagian group untuk menambah admin. :D
Kelebihan admin boleh menambah ahli baru, menukar nama dan photo group serta admin juga boleh remove ahli dalam group.
Untuk lebih lanjut boleh layari laman [DISINI]
14 Comments
Salah satu kenapa saya suka pada telegram sebab ada fungsi channel. Unik.
boleh buat group coaching 1,000 orang :)
Pergghhh.. kalau macam nie punye ramai, bole hang henfon kot.. ahaha
tengok jenis hp jugak.. kalo hp biasa mmg hang la jawabnya :D
yg whatsup group pun boleh hang, nikan ribu raban.. hbislah, memalam astk bertelgram je.. hihiihih
memg riuh la kalo sampai beribu - raban sampai satu tahap terus sunyii..
Sampai seribu ahli group! Boleh jem hp kalau banyak sangat komunikasi sesama ahli nih! Kalau bisness...mungkin berguna.
Memang best kalau chit chat kat telegram ni sebab kuota besar
boleh jem hahaha tengok hp juga. hehe
siap ada yg upload movie send kat member. haha
ramainya sampai boleh muat 1000 ahli dlm 1 group...yg 100 tu pun kdg2 mau jd hang hp..sib baik dh off notification siap2..hehe
wah glamernya group ni
Boleh buat group cari jodoh ni... haha
pehh..
ramai gila tu beb.
bukan senang nak capai 1k ahli.