Krampus? First time dengar nama krampus seumur hidup. Bila di-google baru tahu apa itu Krampus. Krampus merupakan salah satu evil yang akan menghukum kana-kanak yang tidak bersyukur dengan hari krismas. Erti kata lain tidak mengharap keajaiban pada krismas.
So, ada baik ada jahatnya. means, ada santa clause ada krampus. Itulah kepercayaan orang barat. Kita jangan dok percaya sangat pula.
Apa yang bestnya Movie Krampus ni?
Sinopsis Movie Krampus
Mengisahkan sebuah kelaurga Tom yang meriah sedang menyambut hari krismas tidak lama lagi. Kedatangan saudara-mara isteri Tom memeriahkan lagi suasana keluarga Tom walaupun tidak disenangi oleh anak Tom sendiri iaitu Max kerana perangai anak buah Tom yang menjengkelkan.
Movie Krampus Seram Sempena Sambutan Krismas |
Sepupu Max telah membuatkan Max marah kerana dengan senyap sepupunya telah merampas surat wish list khas untuk santa claus. Dari situ tercetus pergaduhan kecil antara sepupu sepapat.
Max yang sangat marah terus menuju ke bilik dan buang surat yang dibuatkan khas untuk santa clause ke luar jendela. Max sudah mula hilang kepercayaan pada hari krismas.
Selepas itu, kejadian yang tidak dingini telah berlaku satu demi persatu. Dan sorang demi sorang telah hilang bermula dengan kehilangan kakak Max yang telah diganggu oleh makhluk yang tidak diketahui.
Dengan sekelip mata berlaku ribut yang kuat menyebabkan bekalan elektrik terputus dan tidak dapat berhubung dengan orang luar apatah lagi dengan jiran sendiri yang dilihat hanya keluarga Tom sahaja yang berada disitu memandangkan jiran-jiran yang lain menyambut krismas ditempat lain.
Nak tahu apa yang terjadi seterusnya? kena tengok sendiri kat Pawagam. :D
Review Movie Krampus 2015
Boleh kata movie Krampus antara yang seram untuk penghujung 2015 yang diselitkan dengan babak komedi untuk menambah rencah dalam suasana seram Krampus.
Permulaan macam biasa dengan riuh rendah keluarga dan movie menjadi seram bila mana Max start buang kertas wish list ke luar jendela. Dari situ krampus datang menganggu keluarga Tom.
Sorang demi sorang dalam ahli keluarga hilang dengan kemunculan beberapa makhluk pelik selain dari Krampus sendiri.
Babak seram start dari kakak Max terjumpa Krampus sehinggalah di akhir babak movie ni. Sangat mendebarkan dengan aksi keluarga Tom menentang makhluk pelik di rumah sendiri.
Cuma di akhir babak macam kurang best. Ending yang kita tidak mahu perkara ini terjadi yang seolah terperangkap. nak tahu kenalah tengok sendiri.
Best ke tak Krampus? Yes! best! bagi 4/5 bintang
15 Comments
Dah lama tak menonton wayang genre seram ni...kalau best wajib juga pegi menonton.ambik feel...hihi
nak kena tengok trailer dia.. harap2 tidak menghampakan
baca review macam best jugak...maybe boleh tgk time pergi kL weekend ni..hehe
film seram banget tapi suka tuh
kampus seram ,,, ihh takut tuh
fuh seram ni saya tak layan
apa kebenda krampus nih?
haha..first time aku dengar nih weh.
santa klause punya musuh. :D
Kramus ke yang hantu tu? Setiap kali nak tengok citer seram mesti tanak sebab takut, tapi kalau dah terbuka channel seram tu.. memang terlekat juga la.. haha
huk alahh..
santa klaus pun ada musuh kaa??
aku ingatkan cerita melayu. hahahaha
bunyi macam mampus, krampus bunuh sampai mampus hehehe
boleh jadi macam tu gak. haha
seram ni saya tak layan
Tajuk dia aje dah macam menakutkan......