√ Kenapa Drama Korea Lebih Bagus Daripada Drama Melayu - Adarain

Kenapa Drama Korea Lebih Bagus Daripada Drama Melayu


Sejak kebelakangan ini saya dah mula tengok drama Korea secara marathon sehingga lewat ke malam. Dah jarang tengok tv apatah lagi drama melayu.


Daripada layan drama melayu, baik layan Drama inggeris dan korea. hahaha

Cuma satu je yang saya tak suka dalam drama Inggeris seperti The Walking Dead, The Vampire Diaries, Grimm dan banyak lagi kerana drama inggeris bermusim-musim.

Dari musim 1 sehinggalah ke musim berapa pun saya tak tahu.  Sebagai contoh Desperate HouseWives dari musim 1 sehinggalah ke musim 8 mengambil masa agak lama iaitu 4 atau 5 untuk menghabiskan episode drama tersebut.

Tapi jalan cerita memang best. Tak hairanlah kenapa peminat sanggup tunggu untuk musim seterusnya. Kalau drama melayu buat macam itu bermusim-musim memang bankrupt jawabnya. Cerita entah apa-apa, merepak raban semua ada. hahaha

Kenapa Drama Korea Lebih Bagus Daripada Drama Melayu
sekadar gambar hiasan

Drama Korea Lebih Bagus Daripada Drama Melayu


Berbalik kepada main topic kita pasal kenapa drama korea lebih bagus daripada drama melayu.

1. Kacak Dan Cantik
Tak dapat dinafikan kebanyakkan drama korea, hero dan heroin semuanya kacak dan cantik belaka. Lagi-lagi pelakon korea yang sudah dikenali seluruh dunia seperti lee min ho dan Song Hye-Kyo. Itulah tarikan utama pada drama korea.

2. Tempat Dan Pemandangan yang menarik.
Drama korea punya scene/babak banyak memaparkan pemandangan yang cantik tak kiralah suasana alam semula jadi ataupun suasana di kotaraya. Pemandangan yang menarik mungkin disebabkan faktor di negara mereka yang mempunyai empat musim iaitu musim panas, sejuk, luruh dan musim bunga.

Itu belum cerita lagi pasal babak dalam rumah, cafe dan sebagainya. Tempatnya sangat mewah dan eksklusif serta ada sebahagian tempat lakonan hanyalah di dalam dewan sahaja. Seperti Drama The Heirs, kalau anda perasan ada satu rumah, bahagian ruang tamu dan bilik sebenarnya adalah di dalam dewan sahaja serta buatan kayu sahaja. Satu pembelanjaan yang besar untuk membuat ruang tamu dan bilik seperti itu. Setakat ini, yang saya tahu drama korea paling mahal adalah Bridal Mask.

3. Jalan cerita Tidak Dapat Dijangkakalau kita lihat drama melayu, kita dah boleh agak penghujung drama melayu sama ada gembira ataupun sedih. Jalan cerita semua drama melayu sama sahaja cuma tajuk drama sahaja berlainan.

Berlainan pula dengan cerita korea yang berbeza-beza. Ada drama hantu, pasal doktor, drama penjenayah dan sebagainya. Ada kesegaran pada drama mereka. kebanyakkan drama korea tak dapat nak jangka dengan tepat sama ada drama tersebut happy ending atau sad ending dan kadang-kadang diluar jangkaan.

Yang tak boleh tahannya, ada babak nangis sikit je, pasti penonton pun terkesan dengan babak menangis tersebut. Berjujuran air mata dibuatnya tanpa disangka. Cara mereka berlakon dalam lakonan penuh emosi memang sangat terkesan.

4. Pakaian Smart Dan CantikCara pemakaian orang melayu dan korea sangat berbeza. Kalau kita tengok drama korea banyak memaparkan baju-baju yang cantik tidak kira sama ada pelakon lelaki mahupun perempuan.

Hero pakai sut/kot, pakai baju berlapis-lapis dan bercorak itu sebab mereka nampak smart. Kalau hero melayu pakai macam itu nampak buang tabiat dengan cuaca Malaysia yang panas ditambah pula tidak kena dengan warna kulit yang coklat. Heroin tak payah nak tulis, pakaian walaupun cantik tapi tak cukup kain.

5. Soundtrack Dan Instrumental Yang SedapSoundtrack dan Instrumental memainkan peranan yang penting dalam suatu drama. Apabila peminat suka dengan drama tersebut, dengan secara automatik mereka akan suka dengan lagu soundtrack mahupun instrumental dalam drama Korea.

Drama Korea banyak menggunakan soundtrack lagu daripada singer Korea dan juga pelbagai Instrumental yang sedap sehingga dijadikan sebagai CD untuk peminat. Kebanyakkan ke semua Drama akan di cetak secara elektronik  dalam bentuk VCD/DVD agar dapat di jual di seluruh dunia termasuklah Malaysia sendiri.

Barulah saya tahu, instrumental Cliff tension dalam drama You Who Came From Star banyak digunakan dalam filem-filem barat seperti The Transformer, battlefield dan sebagainya.

 Kesimpulan

Keterangan di atas sedikit sebanyak dapat memberi penerangan mengapa saya suka drama korea berbanding dengan drama melayu. Namun pun begitu, ada sedikit persamaan di antara drama Malaysia dan Korea seperti sifat kekeluargaan yang dipaparkan dalam drama, percintaan antara orang kaya dengan orang miskin, dan percintaan tiga segi.

Get notifications from this blog

57 comments

  1. Ya betul!! Ramai orang suka menonton Drama Korea sebab pelakon Korea kacak dan cantik... Lepas tu cerita drama melayu kita dapat agak jalan ceritanya, berbanding jalan cerita drama Korea yang agak suspen...

    ReplyDelete
  2. hohoho...nak tak nak..aku setuju sgt bab scene mmg menarik..tmpat2nye..mmg cantik2...

    org jahatpun pakai sut hensem...

    sekarang layan 3 days bro...hehehe

    ReplyDelete
  3. dulu masa sekolah suka tgk citer korea esp winter sonata. now tak minat pulak....

    ReplyDelete
  4. drama korea ni aku minat satu je, Running Man! sebab dia variety show. memang nak gelak jela. jenis aku taksuka tangkap leleh punya cerita. hehe. tapi memang tak nafikan lah, diorang lebih smart, cantik2 semua.

    ReplyDelete
  5. Drama Korea memang menarik dari segi jalan cerita, gambar, lokasi. Drama Melayu ada yg ok cuma tu lah, boleh agak ending nya hehehhe..

    ReplyDelete
  6. Drama Korea aktres-aktresnya sumer comel2. Sebab tu lagi best kot? Ker sebab teknologi korea lebih bagus n dorang mmg ambil berat dalam kualiti.

    ReplyDelete
  7. saya suka sgt drama korea..haha sebab saya pun baru balik dari korea...diaorg semua sweet2..walaupun dah tahu yg muka diorg semua byk yg plastic....

    ReplyDelete
  8. Drama melayu semua tipikal. Tajuk drama lain tapi jalan cerita sama. Boring. Drama korea dah lama tak layan. Layan drama US je skrg ni. Yup, byk musim tp bila dah start layan, payah nak stop :D So, better jgn layan...haha

    ReplyDelete
  9. kulit orang korea, kemerahan tu kot uang buat jejaka, awek, makcik dan pakcik minat sangat...heee. pemandangan sana sentiasa nampak cantik.

    ReplyDelete
  10. Drama korea banyak scene suspen dan tinggalkan akhir cerita dengan pertanyaan..
    Dulu, mak tak minat korea.. Tapi lepas dia tengok, jatuh hati pulak..
    dengan ayah2 sekali join.. Kalau citer melayu, kita dah tahu ending dia..
    10cerita, 9cerita ending yang sama je.. Jadi boring.. :)
    just my opinion..

    ReplyDelete
  11. Saya suka tonton Drama Korea sebab Song Hye-Kyo cun melecun. Sekian. hehehehe

    ReplyDelete
  12. Betul2..
    Saya sekarang pun dah mulai minat tengok drama Korea ;D hee

    ReplyDelete
  13. Dia memang cun habis. hahaha

    ReplyDelete
  14. Memang banyak suspend dan paling tak suka bila last episode penuh dengan tanda pertanyaan, sama ada bersama atau tidak.

    ReplyDelete
  15. Drama US, sekali kalau dah layan, musim sampai bila pun tetap menunggu dan tonton juga. :)

    ReplyDelete
  16. Tetapi kalau menurut saya itu semua kembali lagi kepada setiap orang yang menonoton........
    jadi semua itu relatif.... :D

    ReplyDelete
  17. Itulah banyak yang plastik sampai tak tahu mana satu original ataupun tidak tapi diorang memang comel dan sweet.

    ReplyDelete
  18. Banyak persoalan ni. haha, kedua-dua ni juga boleh memainkan peranan penting dalam sebuah drama. Selain kecantikan, teknologi dalam drama diorang pun semakin kehadapan.

    ReplyDelete
  19. Drama melayu pun ok sebenarnya tapi itulah semua drama jalan cerita sama je mendatar. Main point drama melayu adalah cinta dah tak ada modal lain.

    ReplyDelete
  20. Aku salute dengan program Running man yang bertahan sampai beratus episode. Semua pelakon/peserta memang kelakar dan humble walaupun diorang tu artis terkemuka. Sebab itu mereka dapat menarik minat penonton melihat siri Running Man.

    ReplyDelete
  21. Sampai sekarang tapak lokasi drama korea Winter Sonata menjadi kunjungan utama buat pelancong di Korea. Penangan Winter Sonata. haha

    ReplyDelete
  22. Layan 3 days, tak pernah dengar pula drama tu. Kena godek ni mana tahu berkenan nak tengok selepas ni.

    ReplyDelete
  23. Drama korea memang banyak saspen dan kadang-kadang diluar jangkaan target kita.

    ReplyDelete
  24. Sejak ada Astro Beyond yg boleh rakam tu...Isteri saya penuhi rakaman dgn drama korea jer dan akhirnya saya pun dah terjebak sama...hehe
    Apa yg menarik bagi saya adalah jalan cerita yang pelbagai serta sukar dijangka.

    ReplyDelete
  25. Tese patches cut down- and even stop- electrical transmissions from thhe brain to the rest of the body and vice
    versa. " It is not unusual for a person to be experiencing multiple symptoms at the time he or she does seek medical attention. The intensity, frequency and duration of multiple sclerosis symptoms are strongly influenced by the stage of progression and the specific subtype of the disease.

    ReplyDelete
  26. Tau takpeee. Korea jugak yg menarik hati :p

    ReplyDelete
  27. yg pasti awek korea cun..heheh...aku dah lama x layan drama korea nih...apa yg pasti drama jalan cerita korea lagi menarik dr melayu

    ReplyDelete
  28. saya juga peminat tegar drama korea . suka dgn jln cerita yg sentiasa berbeza . berbanding drama melayu yg dah jadi budaya kehidupan kita menyebabkan kita senang meneka aka stereo type ... boring !

    ReplyDelete
  29. drama korea yang aku layan sesangat ialah RUNNING MAN
    walaupun pelakon2 dia bukan semuanya cantik2 dan muda
    tapi dapat membuatkan aku ketawa...haha

    ReplyDelete
  30. Jalan cerita dia bagus. tak stereotype macam Malaysia..Then tu ofcourse sebab pelakon-pelakon dia cantik & hensem & pandai berlakon..

    ReplyDelete
  31. setuju bro..yg jalan cerita menarik dan x boleh dijangka plust pemandangan lawa... cerita melayu pun boleh juga.. tiru dari konsep shoot..tapi skrg cerita melayu pun smakin menarik..kcuali cerita koprat dan cinta...kawin paksa..dah tay bleh agak crita mcm mana

    ReplyDelete
  32. dan paling best tentang drama/filem Korea adalah sessi makan. Dorang ni mesti ada sessi makan2 makanan tradisional mereka yang nampak sangat sedap :)

    ReplyDelete
  33. Nampak macam sedap, sekali dah makan sushi diorang pergh!, keluar balik makanan diorang. haha

    ReplyDelete
  34. Excellent article. Keep writing such kind of information
    on your page. Im really impressed by it.
    Hi there, You've performed an incredible job.
    I will certainly digg it and in my view recommend to my friends.
    I'm sure they'll be benefited from this site.

    ReplyDelete
  35. Mmg betul tu.. drama korea selalunya buat penonton betul2 terkesan dgn jln ceritanya.. klu dah tengok pasti melekat...

    ReplyDelete
  36. entahlah..drama korea ni kalau sedih gilee sedih, terasa macam kita kat tempat diorang..mungkin pelakon2 menjiwai kut..lagi satu cerita2 dia logik dan berkisar kehidupan realiti..just pendapat sylah..dulu minat..skang minat juga cuma xde mase nk layan episod yg pnjg..

    ReplyDelete
  37. masa belum kawin rajin gak melayan hee..sekarang susah tapi tv 8 ke apa tak silap ada jugakan

    ReplyDelete
  38. saya tak menonton drama korea so tak boleh laa nak compare..tapi nak kata saya berpuas hati ngan drama melayu tak jugak..bg saya banyak lagi benda boleh diperbaiki dalam pembikinan drama melayu...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  39. tv 8 pun ada start dalam pukul 8.30pm dalam bahasa cina.

    ReplyDelete
  40. Cerita melayu pun tak kurang hebat juga ada menarik, tapi kebanyakkan drama memaparkan jalan cerita 'recycle' dan perlu diperbaiki.

    ReplyDelete
  41. Memang akan melekat 24 jam sampai habis episode drama korea..haha

    ReplyDelete
  42. Banyak yang boleh dipelajari dengan drama luar negara.

    ReplyDelete
  43. Gelagar diorang yang spontan tu yang membuatkan orang tergelak sakan.

    ReplyDelete
  44. Untung kalau ada Astro beyond boleh rakan macam-macam drama.

    ReplyDelete
  45. sangat setuju dengan yang nombo 3 tu... jalan cerita korea tak macam cerita melayu... cerita indon lagi lah... meleret2... haha

    ReplyDelete
  46. mama belum pernah layan citer korea ni, tapi teringin nak tengok.. orang kata memang best, jalan cite tak sama dengan sinetron indon dan melayu.. tapi tak tahu nak mula dari mama, channel tv berapa.. haha, kalut betul mama ni kan..

    ReplyDelete
  47. DRama tak suka lah korea ka melayu ka , tapi kalau filem suka tak payah nak layan tiap - tiap minggu, kalau senetron indon woha hari - hari dia sambung terus tapi tak suka juga pasal adegan menyakitkan hati je lebih

    ReplyDelete
  48. Cerita korea mmg best. Pelakon mmg hensem dan cun habis. Kalo belakon jahat, mmg jahat sangat sampai kita pun jadi geram. Kalo babak sedih tu memang berjuraian airmata. Dan yang paling best sbb pelakon wanita dia tak ada yang pakai seksi2. tak ada yang dedah2 lurah dendam. Itu mmg saya respect sangat kat pelakon korea ni, walaupun pakai skirt or seluar pendek tapi masih nampak sopan.

    ReplyDelete
  49. Aku tak kisah sebenarnya samada drama Melayu, Korea atau English, selagi ia memberi manfaat dan teladan aku tonton. Drama Indonesia aku anti, entah apa2.

    Tapi antara ketiga2 tu, samala mcm bro drama korea jadi pilihan, kedua English.

    Drama yang suka jenis yang bersiri dan bersambung episode bukan macam cerita Arrow yang setiap episode ada musuh baru.

    Aku suka drama mcm Prison Break, sebab kita kena fikir dan main otak skit.

    Apapun, sekarang aku kurang masa nak menonton semua tu kecuali ada cuti panjang.

    ReplyDelete
  50. Agaknya kenapa drama melayu tidak ada 'period drama'? Seperti yang zaman dahulu kala?

    ReplyDelete
  51. Hmm...best sangat ke cerita Korea, bagi aku cerita Korea ni pun sama je lebih kurang dgn cerita Melayu. Yang tak logik lagi la tak logik melampau, macam Winter Sonata dengan Autumn In My Heart tu, ish ish ish, ada ke dia boleh x tau dia pernah hilang ingatan, pastu dlm Autumn In My Heart boleh jatuh cinta dgn adik beradik plak masa diorang masih kecik, incest apa? Balik2 cerita bercinta adik beradik, kaya dengan miskin, pastu hero kaya sombong, tak pun sama2 suka tapi malu, pastu gaduh2, tak pun hilang ingatan, balik2 cam tu je la. Hero/heroin gaduh2 pastu ending nyer bersama, ni lagi la dah terlampau byk jadi plot cerita Korea. Naik bosan dah.

    Kalau cerita zaman2 dulu macam cerita Arang and The Magistrate tu, tmpt tinggal nampak sgt cuma tmpt berlakon je, brg2 takde, apa pun xde, macam bukan tmpt tinggal sebenar, buat la logik sikit kalau ye pun. Lagi satu aku tgk cerita Korea ni dah nak jadi cerita Indon dah, kadang2 tu klu scene dlm rumah atau nak tido makeup mesti tebal semacam, tak realistik.

    Tak tau la ape yang 'saspen' sgt cerita Korea ni bagi korang, aku rasa cerita Korea pun ada pattern dan formula nyer, samer je macam cerita Melayu jugak. Cerita omputih pun ada formula jugak, dah byk2 tgk pun dah bosan, balik2 cerita crime/cops, zombie, pembunuhan, vampire, supernatural. Masa Twilight popular, semua pun nak buat cerita vampire.

    Yang best dan betul2 saspen aku rasa ialah tengok anime. Kalau buang filler, yg saspen mmg saspen betul, macam Naruto, Bleach, FMA, FMA Brotherhood, mmg best. Tapi macam tak berapa sesuai la untuk makcik2 dan kakak2 yg dah berumahtangga rasanyer kot...hehe...

    ReplyDelete
  52. Sy rase mungkin sbb sejarah melayu yg kita bljr ktika zmn dahulu mcm tk best.. Semua mmaparkan klemahan bkn khebatan.. Klu bljr mngenai khebatan..pasti hebat.. Sprti zmn disnasti ching .. Kungfu, samurai, ninja buatlah lwn silat2.. Ker yg hbat2 la.. Silat pon hbat jgak.. Bhya klu main slat suka hati...siapa kta tk hbat?

    ReplyDelete
  53. Try tengok Mrs Cop 2 dan Descendants Of The Sun sebagai permulaan, kat 8tv ada descendants of the sun lakonan song joong ki tiap hari kamis dan jumaat 9:30 malam,kalau nak tgk mrs cop pula cerita pasal crime and poloce boleh tgk kat astro ch 393 (One Hd)

    ReplyDelete
  54. Mungkin anda lihat drama korea yang masih 'lapuk' gitu, boleh cuba tengok drama 'Signal'. Saya gerenti lepas anda habid tonton ep 1 anda mesti tonton ep berikutnya sehingga tamat. Cerita ni romance pun tak banyak, kiss scene pun takde, peluk2 pun takde. Lagi satu, drama ni dikatakan drama korea paling berkualiti tinggi bagi tahun 2016. :).

    ReplyDelete
  55. Kalau boleh, cuba tgk drama 'Signal' . Drama korea ni, mmg byk beri teladan. Waktu tonton drama ni konfem otak berfikir je. Memang best lah, dia pun takde kiss2 hug2 semua tu. Try tgk :)

    ReplyDelete
  56. Ataupun cik boleh try tgk 'Signal' yang akan bersiaran pd thun 2017 fi astro ch 395 (langgan bayar rm10) beserta satu lagi channel iaitu Oh!k. Kat ohk pun byk drama menarik seperti weighlifting fairy yg mengisahkan kehidupan atlet yanh ingin mengejar impian mereka dan cinta. Signal pula cerita penyiasatan di mana seorang detektif dri masa kini dapat menghubungi detektif dri masa lalu melalui radio . Hope enjoy

    ReplyDelete