√ Movie Korea Paling Best 2015 - Adarain

Movie Korea Paling Best 2015

Movie Korea - Kalau post dulu Senarai Korean Drama yang best untuk 2015, kali ni senaraikan plak Movie Korea Paling Best 2015.



Movie Korea Paling Best 2015


Berikut adalah Movie Korea Paling Best 2015 Pilihan sendiri yang telah ditonton.


1) The Beauty Inside
Movie Drama Fantasi mengisahkan Woo Jin adalah seorang Designer Furniture yang mukanya berubah setiap kali bangun tidur waktu pagi. Penyakit aneh juga dimiliki oleh ayahnya. Pada suatu hari Woo Jin telah berjumpa dengan Yi soo yang cantik dan tertawan dengan kecantikkan serta kelembutannya.


Namun, timbul konflik di mana Yi soo yang mula konfius dengan Woo Jin yang sering bertukar wajah sehingga hampir menjadi gila kerana tidak tahu wajah sebenar Woo Jin. Adakah Hubungan mereka berdua berkekalan?


2) The Piper
Selepas peperangan yang berlaku di Korea, Ayah bersama anaknya berhenti di satu kampung untuk mencari kerja. Ayah dan anaknya mula perasan apabila kampung tersebut mempunyai masalah iaitu tikus yang terlalu banyak sehingga makanan kampung tersebut hampir kehabisan akibat di makan tikus. Tikus itu juga menyerang penduduk di kampung tersebut setiap masa.


Ayahnya mempunyai idea bagaimana untuk menghalau tikus dengan menggunakan seruling dan juga serbuk hasil buatan sendiri. Akhirnya, ayahnya berjaya menghalau tikus yang banyak akan tetapi tidak disenangi oleh ketua kampung lalu memfitnah ayahnya. Apakah yang sedang berlaku? Kenapa sanggup memfitnah ayahnya?


Movie Korea Paling Best 2015 - The Piper


3) The Silenced
Berlaku pada era Gyeongseong 1938 penjajahan Jepun. Ju-ran merupakan seorang gadis yang sakit dan berpindah ke sekolah khas untuk mendapat rawatan pemulihan. Kesihatan Ju-ran semakin pulih ketika berada di sekolah tersebut namun Ju-Ran mula mengesyaki sesuatu apabila sorang demi sorang hilang.


Ju-Ran mula melakukan penyiasatan secara sendiri tanpa diketahui oleh rakannya ke atas sekolah tersebut yang penuh dengan misteri. Apa yang terjadi sebenarnya kat sekolah tersebut?


4) The Northern Limit Line
Merupakan kisah benar di mana negara Jepun menyerang Kapal Korea Selatan Di Yellow Sea yang berada di China laut Timur di antara Semenanjung Korea dan Tanah Besar Cina. Kenapa Jepun serang korea Selatan?


Movie Korea Paling Best 2015- The Northen Line


5) Gangnam Blues
Mengisahkan 2 orang rakan yang tidak ada rumah menjadi gangster untuk sabotaj politik.  Namun, 2 orang telah menyertai berlainan kumpulan gangster dan menyerang sesama sendiri demi kepentingan politik untuk mendapat kuasa di Gangnam, Seoul.


Gangnam Blues - Movie Korea Paling Best 2015


Itulah movie yang telah ditonton dan boleh dikatakan antara yang terbest sepanjang 2015. Boleh juga tonton movie korea 2015 lain seperti - Assassination, Twenty, Love Forecast, Detective K: Secret of the Lost Island, chronicles of evil dan Inside Men


Boleh download korean movie di Telegam, klik [DISINI]

Get notifications from this blog

18 comments

  1. Wah the beauty inside tu macam best..dah lama tak layan movie..boleh la try korean movie pulak..

    ReplyDelete
  2. Summary Gangnam Blues macam drama bersiri Iris korea tp mereka askar. Ani tertarik gangnam blues hehe

    ReplyDelete
  3. sebab ada lee min ho ramai yang nak tengok cerita ni. hahaha

    ReplyDelete
  4. try tengok kalau ada masa nanti.

    ReplyDelete
  5. kat mana nak tengok movie korea? biasa tengok drama je kat one

    ReplyDelete
  6. Sepertinya film bagus layak untuk di tonton, saya suka putar film extion,,, terima kasih salam kenal dari saya di indonesia- jawa timur. Semoga semakin sukses.

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini :D

    ReplyDelete
  8. Channel one biasa drama je. Kat tv 9 pun ada kalau tak silap hari ahad dalam pkul 10 lebih. Ada movie korea yang best ditayangkan kt tv9 walaupun movie lama punya tapi still best kalau nak tengok.

    ReplyDelete
  9. aku dah lama stop tengok movie dari korea. drama apatah lagi.

    hmm harap sempat la nak melayan semua muvie paling best 2015 yang bro rekomen ni

    ReplyDelete
  10. alur cerita korea memang the best

    ReplyDelete
  11. sejak kerja ni tengok movie korea dah tak macam selalu. dulu time rajin je tengok.

    ReplyDelete
  12. tahun ni memang kurang gila tengok cerita darama korea atau movie dia.

    sibuk bukan main.

    ReplyDelete
  13. Serius tak da masa nak tengok movie-movie semua ni tapi senarai ni memang yang terbaik

    ReplyDelete
  14. MV terkadang melayan juga filem Korea ni kalau terbuka channel TV9, kadang kena cerita yang best juga

    ReplyDelete
  15. DT da lama tak tengok movie.
    dlu kaki movie.
    dah tua ni, malas nak tengok.. huhu

    ReplyDelete
  16. nampaknya saya pun akan macam Datin tyka. :D

    ReplyDelete