Uber Di Johor Bahru - Kebetulan ada Temujanji kat Johor Bahru jadi terpaksa pergi Jb dari Bangi. Ingat nak kawan hantar ke Hospital Ismail dari Skudai. Tapi member ada kursus Kahwin dua (2) hari. Jadi memang tak boleh nak hantar ke sana.
Member pun suggest naik Uber dari naik Teksi. Uber sekarang pun dah ada kat Jb dan ak pun teringin nak rasa naik Uber merasai apa yang bestnya naik uber.
Cara Menggunakan App Uber
Nak naik Uber kena Install dulu App Uber kat Smartphone.
1) Kena Install App Uber
2) Register (Isi tempat kosong seperti nama, No telefon, Email, Password, isi No Kad Debit/Kredit dan no digit kat bahagian belakang kad yang ada 3 no sahaja.
Pertama kali daftar korang akan dapat free voucher RM20.
3) Enable-kan GPS, Kemudian klik Pickup Location tempat mana yang hendak di ambil dan tempat mana yang hendak dituju.
4) Kalau sorang je pilih Uber X, tapi kalau ramai lebih dari 3 orang ambil UberXL itu kalo available. Kalau tak available kt tempat korang maknanya kawasan korang tak de Uber. Kena cuba berulang kali baru ada muncul kereta Uber. Biasanya available di Bandar seperti KL dan JB
Kalau ada nampak kereta UberX pada maps, korang klik request untuk ambil korang. Sebelum itu, kita boleh tengok fare dia berapa kalau tak suka tak payah ambil, pilih uber yang lain. Mudah kan? Dah jumpa UberX yang berkenan boleh request dan pilih. Boleh call kalo ada pape hal.
Selain itu, korang tak perlu bayar cash sebab bayar melalui kad debit or kredit. Senang kan?
Kelebihan Naik Uber Berbanding Taxi
- Murah
Memang murah. Bayangkan ak naik dari Skudai, JB ke Tebrau dalam 23KM, tempat nak dituju dah la jauh bayar dengan hanya RM31.30. Kalau naik dengan taxi dah kena bayar 2x ganda. - Mesra
Pemandu memang mesra siap berborak tanya dah berapa lama kerja Uber dan hasil pendapatan melalui Uber. - Dapat Naik Bermacam Kereta
Yang ni best, dapat naik pelbagai kereta macam BMW, Exora, Toyota Vios dah banyak lagi.
Kekurangan
- Harga Tinggi
Harga akan tinggi kalau tak ada banyak Uber kat situ. Jadi, bila ada satu je Uber maka harga akan jadi mahal sedikit. - Tak tahu jalan plak
Time nak balik ke Skudai Driver plak tak tahu tempat kat mana just berpandukan WAZE. Kebiasaannya Driver baru dalam uber yang tak berapa nak tahu or pakar lagi bab jalan2x area bandar.
34 Comments
Good idea gak guna uber kalau dari hotel di JB nak g station woodlands untuk ke Singapore tu. Xyah susah-susah cari parking kat city square. Kereta pun selamat park kat hotel
murah tu penting, nak selesa kena bayar tinggi sedikit :)
Nak try la.. Kot ada uber kat putrajaya ni
Semakin disenangi dan diyakini pengguna dah servis UBER ni, memula dulu ingat apa benda la, tapi bagus juga dari naik teksi yang mahal tapi servis hancur
kan, boleh naik macam2x kereta. hehe
cer try kot dah ada. :D
ya, betol. :D
baru saya tahu rupanya uber ni apa. ingatkan piala uber tadi
uber kalau nak dibandingkan denga teksi lagi bagus uber,.. teksi dahla kena tipu kaw2 bayar mahal...
wah lagi senang la bila ada uber..sekarang zaman dah semakin canggih dan menyenang kan..
yang penting murah
wah mcm bez ja ada uber..murah pula x tu
setakat hari ini, tak lagi naik uber.
masih naik keta sendiri. haha..
Tak penah lagi naik uber... grabcar penah la huhu.. rasa lebih kurang saja kot. Ramai juga pemandu teksi marah2 sejak ada uber ni
Pernah juga dengar tentang Uber, tapi tak berapa tahu sangat sebab ingatkan biasa-biasa macam kereta sewa lain. Tapi bila tahu penggunaannya sangat mesra smartphone dan punya apps tersendiri, baru la faham kenapa ia menjadi bualan rakyat.
untg dah ada kereta sendiri. hehe jimat skit. :D
saingan gak tu ngan Uber. :D nanti try naik uber plak.
sebab tu sampai pemandu taxi marah dengan kewujudan Uber.
Ramai yang beri komen positif mengenai perkhidmatan UBER ini dan ada juga membuat duit dengan menjadi pemandu UBER.
Sesekali nanti boleh la cuba Uber ni, mana tahu kan ada tugasan atau kerja luar kat bandar JB
Aku tak pernah lagi naik uber. selalu naik teksi dan paling mahal ialah rm120 sbb terpaksa dan tiada pilihan nak cepat. huhu
tak pernah lagi guna servis uber nk, mudah aje semua hujung jari ;)
Tak pernah naik uber lagi. Ni kali pertama dengar, Hahhaa. paling latest pun dengar MyTeksi. Tu pun tak pernah guna. Pernah kena teksi paling mahal RM100 lebih jugak lah. Eiii. Membazir.
nanti ada SBB2016 kat KL baru nak try naik menatang Uber ni.ahaha
ok, selamat menaiki Uber. :D
Baru dengar pulak Uber ni, semoga layanan Uber ni terbaik dan memudahkan penggunanya. Macam aritu kami berjalan ke Jakarta ada juga nama Gojek....memang pantas dan tip top layanan, tapi Gojek itu naik motor....hehehhe
pergh, naik motor lagi best boleh cilok sekali n nampak pemandangan kat sana ngan jelas.
best jugak kalau malaysia ni ada banyak uber. teksi susah nak dapat dan mahal.
Lol..ingatkan apa itu Uber tadi..tp was was juga la..???
lahhh..
baru tahu UBer tu apa.
haha
La apasal mahal pulak dari teksi, aritu saya naik teksi yg colour merah dari utm ke jusco tebrau rm30 je guna meter...
sekarang ramai orang melakukan transportasi umum secara online
Boleh aje dia guna apps Uber tu untuk cari lokasi yang pelanggan nak pergi tu, ikut aje. Hilang masalah tak tahu jalan tu..
Kenapa saya try sign up uber tak boleh??
wow..sangat impressive...teruja dgn uber...
baik service uber n buat duit denga uber...
thanks for very good info.