√ Kurta Pilihan Lelaki Sempena Hari Raya - Adarain

Kurta Pilihan Lelaki Sempena Hari Raya

Kurta Pilihan Lelaki - Belum raya lagi, puasa pun belum lagi dah sibuk pasal baju raya. Bukan apa sejak semenjak ni banyak pula keywords yang mencari kurta dan baju raya sempena raya 2016 nanti.

Mana taknya semua tak nak kalah kalau bab bergaya, mestilah nak ada kelainan pada raya nanti kalau asyik fashion sama je pun jemu juga.

Kebetulan mencari juga kurta yang cantik sesuai dipakai untuk raya nanti sambil tu boleh bajet duit nanti. Bolehlah kumpul dari sekarang sebab baju melayu sekarang mana ada murah2x kalau masuk sampai fashion show semua maknanya baju melayu tu boleh jadi sampai beratus2x ringgit dan jangan terkejut kalau sampai beribu-ribu.

Kurta Pilihan Lelaki


1.Elrah Exclusive

Dari dulu lagi teringin nak beli kurta keluaran Elrah exclusive yang dulu meletop jualannya sehingga ada sebahagian pelanggan berang dengan pengurusannya yang tidak stabil dan masa tu Elrah masih baru lagi menapak dalam dunia jualan baju raya.

Baru-baru ini, Elrah buat fashion Show untuk design terbaru sempena raya dengan gandingan Leeyanarahmand di The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Dan sekarang Elrah banyak melakukan kerjasama dengan artis popular untuk promosi baju raya antaranya Fattah Amin, shazley, Fazura, Amy Search dan banyak lagi.

Kurta Pilihan Lelaki Sempena Hari Raya
Kurta terkini dari Elrah 

Harga dianggarkan RM100 ke atas.

Boleh di dapati di Bangi Sentral atau Prima Valet dan akan buat sale kaw2x so jangan lepaskan peluang nanti.

Kekurangannya Elrah Exclusive ini ialah ke semua bajunya adalah jenis slim fit dan saiz sampai XL sahaja. Saiz L pun rasa macam pakai S..hahaha.. Siapa2x yang memang fit tu elok sangat pakai baju ini..

Yang berbadan besar tu boleh ke NO.3 dibawah. hehe. ada banyak lagi pilihan yang cantik

Boleh follow Instagram Elrah [DISINI]

Ulasan Utk Elrah Exclusive
Dah pergi butik ni time ramadan memang sentiasa penuh dengan orang.. Memang tak dapat dinafikan brand ni memang popular time ni.. Bila rasa kainnya rasa macam biasa2x je, nipis so senanglah kalau time cuaca panas2x pakai kurta ni..Yang ok kainnya macam Kurta Umar.. Kalau rasa badan berisi mohon jangan berangan pakai brand ni.. even xl pun terasa saiz M. haha

2. Murza Man

Kurta ni pun semakin popular dengan design yang nampak smart untuk jejaka yang ingin kelainan. Kualiti Kain dari Jepun dengan harga yang boleh dikata agak mahal sesuai dengan kain yang berkualiti tinggi.

Dengar2x kurta ni sangat limited edition dan harga boleh dapat around RM 200 to RM 260. Tengok gambar pun macam cantik sesuai untuk lelaki yang ingin kelainan di hari raya nanti.

3. Hassan Adli

Pernah dengar nama Hassan Adli? Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin tak. Ok, jangan tak tau butik ini juga menjadi pilihan dan popular dikalangan lelaki dengan kainnya yang berkualiti.

kalau nak tahu macam mana nak dapatkan kurta dan jubah Hassan Adli korang boleh dapatkannya di Butik Hassan Adli yang berada di Shah Alam Takpun boleh usha kat http://www.hassanadli.com/

Kurta Pilihan Lelaki Sempena Hari Raya
Banyak jenis kurta premium dari Hassan Adli
Ulasan utk Haassan Adli

Dah beli dan pakai kurta iaitu Premium Kurta Acapella dari hassan adli utk raya 2016 memang sangat cantik dan kualiti kainnya memang sangat eksklusif yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. So siapa yang nak beli tu bolehlah beli memang berbaloi..

4. MAIW
Yang ini pun tak kurang juga hebatnya walaupun kurang mendapat perhatian mungkin sebab baru lagi tapi kualiti kainnya tersangatlah terbaik. Memandangkan butik ini ada banyak cawangan dan yang terbaru ialah berdekatan dengan Bangi Sentral. So apa lagi try baju ini untuk raya 2017 [Dah tutup].. Ternyata kualitinya memang tak expect memang bagus dan lain daripada yang lain.. terasa licin gtu, gebu2x, sedap memakai tak mudah panas kalau pakai..Harga pun boleh tahan ada yang murah dan mahal..

Juga ada terjual kurta..  ada banyak lagi design kurta yang disediakan. Gambar dibawah adalah salah satu design yang telah berada dipasaran. Design simple tapi kalau korang rasa kainnya memang sangat sedap..the best quality fabric so far.

5.Rizq Design

Rizq Design yang fokus terhadap Jubah lelaki tetapi diberi sentuhan moden yang sesuai dengan masa kini. Menarik juga dengan design design jubahnya selain itu ada juga Kurta yang diberi kelainan designnya.

Harga di anggarkan RM 100 ke atas.

Rizq Design juga akan membuat Open Day pada 30 April - 1 Mei 2016 di lokasi H-3A Alam Avenue 2, Jln Serai Wamngi M16/M Seksyen 16 Shah Alam Selangor.

6. Khatam Raya Collection
fuh!! tengok baju yang dipakai oleh mat saleh pun boleh tahan juga ni walaupun tengok macam biasa je tapi kualiti kain mesti sedap dipakai ini. Ini kalau mat saleh pakai dah hensom kalau korang pakai macam mana agaknya? hehe

Ada macam2x harga tengok jenis kain paling rendah kalau tak silap RM90.. boleh rujuk [DISINI] 

Kesimpulan Kurta Pilihan Lelaki

Fuh! pening gak nak pilih itu baru dua kurta pilihan lelaki, kalau banyak pilihan lagi pening nak pilih mana satu terbaik dengan harganya pun boleh tahan gak sambil telan air liur. ;) Pandai2xlah korang pilih mana yang terbaik untuk hari raya korang nanti..

Get notifications from this blog

25 comments

  1. koleksi menarik jubah lelaki moden.. patutlah ramai blogger mempromosikan kurta ni..

    ReplyDelete
  2. macam2 fesyen ya jubah and kurta lelaki sekarang..baru lah ada lebih pilihan untuk encik suami..Kalau tak style sama je..hehe

    ReplyDelete
  3. Keyword baju raya dah trending sekarang ni. Pelbagai jenama dan rekaan terkini memenuhi selera pembeli. Jika inginkan kelainan di hari raya nanti, maka Elrahexclusive jawapannya.

    ReplyDelete
  4. tahun ni kami sederhana sahaja, lebih fokus kpd anak2.

    ReplyDelete
  5. aku pakai baju melayu aje.

    tak minat kurta.

    tapi still ok la banding jubah yang bukan-bukan sebelum ni tuh.

    ReplyDelete
  6. nampak gempak juga kalau pakai kurta tahun ni..
    badan pun dah susut sikit berbanding tahun lepas..
    mesti nampak kacak sikit

    ReplyDelete
  7. saya tetap pilih baju melayu tradisi, macam takleh masuk sangat fesyen2 lelaki yang terbaru sekarang ni

    ReplyDelete
  8. Pening nak pilih kurta ni.

    ReplyDelete
  9. boleh buat pakaian di hari raya

    ReplyDelete
  10. suami saya memang tetap dengan pilihan baju melayu..tak minat kurta katanya

    ReplyDelete
  11. hahah. nak buat macam mana kan. taste berbeza2x. :D

    ReplyDelete
  12. Kurta ni dulu selalunya yg pakai org kumpulan tabligh. Selalu je kumpulan ni kena kutuk sbb org kata ikut baju India.

    Tup!tup! Sekarang jadi fesyen. Org yg kutuk pun dah ramai pakai kurta.

    Actually, berbanding baju Melayu, kurta ni lagi praktikal kalau pi solat. Sbb bila sujud, tutup punggung. Baju Melayu kalau x pakai samping, bila sujud mmg x berapa enak utk org yg duduk kat belakang.

    Dan byk kurta pun poketnya dalam dan berzip, xde la dompet jatuh bila pi toilet. Dan kurta pun x mcm jubah, sbb pakai seluar, so lebih agile.

    Dah lama dah saya pakai kurta. Bkn sebab apa, sebab sangat praktikal. Itu je. Kena kutuk dah biasa ..

    Cuma bila raya, pakai juga baju Melayu. Kita kan org Melayu.

    ReplyDelete
  13. Nampk segak la bila tgk orang lelaki pakai kurta moden cmni..Tapi sayang..pilihan suami tetap jugak dengan Baju Melayu nye.

    ReplyDelete
  14. kurta memang selesa pakai..

    ReplyDelete
  15. Dah jadi trend terkini...yang lama dilupa jangan

    ReplyDelete
  16. Baru kurung tradisional masih jadi pilihan

    ReplyDelete
  17. wah ...keren ni untuk dijadikan baju lebaran

    ReplyDelete
  18. Wah tak sabar lah.

    Menggiurkan betul tengok all Jubah bila model gayakan.

    Adoi sakit mata.

    Thanks sharing this.

    ReplyDelete
  19. sama2x bos..susah jugak nak pilih tu sebab banyak juga yang cantik

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum nk tnya ni.. psal baju raya nnti klau msih tu baju sya nk pm

    ReplyDelete
  21. Eloo sya nak buat orders boleh ke? Kurta adam maroon size xl email or whatsapp 0143312202. Tq

    ReplyDelete