√ Permainan Clash Royale Buat Jadi Gian - Adarain

Permainan Clash Royale Buat Jadi Gian

Ter-install Permainan Clash Royale ini yang kebetulan saje nak tahu best ke tak main Royal Clash ini sampai permainan sebelum ini COC (Clash of Clans) jadi bualan orang ramai.

Mula2x agak bosan nak main tapi selalu bukak game ni timbul jadi gian nak main tiap2x hari sebab nak capai target tu yang best.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Cara Permainan Clash Royale


Clash Royale merupakan satu permainan dalam arena di mana ada dua (2) kerajaan menentang serta memusnahkan tembok Istana kerajaan sesama sendiri.

Pemainan ini akan diberikan sebanyak enam (6) kad sama ada dari segi serangan dan pertahanan yang memerlukan sumber ‘elixir’ untuk aktifkan. Lebih banyak ‘elixir’ maka lebih kuat kad korang tu. Sumber berwarna merah jambu ini perlahan-lahan memenuhi bar dan gunakan sebaik-baiknya untuk musnahkan setiap menara itu.

Siapa yang berjaya memecahkan tembok Istana kerajaan akan memperoleh mata dan peti sama ada peti emas, kayu, Silver dan banyak lagi.

Setiap peti lain ganjarannya. Kalau dapat peti emas dapat besar ganjarannya seperti emas banyak, dapat kad baru iaitu tentera baru, kenaikkan pangkat tentera dan banyak lagi.

Kumpul Tentera


Bila selalu menang akan dapat peti dan dalam peti tu juga mungkin akan terdapat kad baru yang merupakan tentera baru untuk kerajaan Clash Royale nanti.

Makin banyak Tentera makin banyak pilihan serta strategi untuk mengalahkan kerajaan musuh dengan mudah.

Clash Royale Perlukan Strategi


Permainan ini agak mencabar sebab perlu ada strategi untuk mengalahkan kerajaan musuh. Kalau tak ada strategi memang mudah sangat Kerajaan sendiri untuk dimusnahkan oleh musuh.

Cuma kelemahan pada game ini adalah kena tunggu masa yang ditetapkan untuk membuka peti. Setiap peti berlainan masanya yang diberi seperti peti silver diberi masa tiga (3) jam untuk di buka manakala peti emas di beri masa lapan (8) jam untuk dibuka.

Dah diterangkan di atas mungkin ada yang tak beberapa faham, jadi install dan cuba main. Sebelum permainan bermula, akan ada tutorial untuk lebih faham.

Siapa yang suka main game strategi boleh lah try main Clash Royale baru tahu rasa susahnya nak menang. ;) kalau bosan2x bolehlah main game ini. Inilah salah satunya game paling best pernah main setakat ini.

Get notifications from this blog

15 comments

  1. Bagi saya... game2 macam ni tak boleh mulakan.. sebab dapat peluang main sekali, terus jadi gian...

    ReplyDelete
  2. Kena tunggu sampai 8 jam untuk buka peti emas. Lama juga tu.

    ReplyDelete
  3. main.

    asal aku punya kotak emas tu dah penuh empat, aku stop main.

    haha..

    simple.

    aku ada cara nak hilang ketagih main game.

    maklumlah..sebagai bekas gamer tegar 20 tahun yang lepas.

    ReplyDelete
  4. kalau dapat install memang gian main game lah jawabnya, setakat ni memang takde game yg akak download di hp kalau tak anak2 mesti berebut sesama diorg, tapi menarik jugak game ni kan ;)

    ReplyDelete
  5. Lebih kurang mcm COC la ni,ada juga cuba main,tetapi kena fokuskan kerja dulu,hehehe

    ReplyDelete
  6. Aku tak nak mulakan main game macam ni...nanti akan jadi ketagih nak main...hehe

    ReplyDelete
  7. bagi anak2 main ni mesti best, tp saya tak mahu ajar anak2 main game. nanti selalu pulak kidnap hp saya

    ReplyDelete
  8. Aku malas nak install games ni. Karang dah start main payah la nak stop.

    ReplyDelete
  9. Game ni buat aku ketagih. Tinggalkan coc terjebak dengan cor pula.

    ReplyDelete
  10. bener banget tuhhh, sekali main`rasanya bikin ketagihannn terusss, hehe, da candunya kali tuh game

    ReplyDelete
  11. main game ni memang kene kawal nafsu serakah tu untuk bukak peti cepat..nak naik level cepat dan lain-lain..saya pun main jugak game ni haha..sekarang ni dah kat arena 6 je..main free..

    masa menang gembira..masa kalah rasa macam nak baling tepon pun ade haha..

    ReplyDelete
  12. sangat seru main game ini, saya juga main lumayan obat kalo lagi jenuh.

    ReplyDelete