Pengalaman Di Alive 3D Art Gallery Port Dickson
Alive 3D Art Gallery Port Dickson
Tengok orang post gambar 3D art siapa yang tak tahan nak pergi kan. Tu yang tergerak nak pergi ke Port Dickson cari Alive 3D Art Gallery
sekadar gambar hiasan |
Alive 3D Art Gallery merupakan salah satu tempat di mana memaparkan seni gambar dalam bentuk 3D dalam erti kata lain lebih real. Kalau bergambar dengan 3D art jadi nampak lebih hidup seolah2x kita bersama dalam gambar.
Alamat Alive 3D Art Gallery Port Dickson:
NO 38-40, Jlm Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut,
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan,
Banckmark berhampiran dengan Giant.
NO 38-40, Jlm Ds 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut,
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan,
Banckmark berhampiran dengan Giant.
Masa OperasiIsnin-Jumaat (11am - 11pm)
Sabtu ahad/Cuti Sekolah/ Cuti Umum - (10am - 11pm)
Sabtu ahad/Cuti Sekolah/ Cuti Umum - (10am - 11pm)
Masa kami datang dah nak pukul 11 pagi hari selasa waktu bekerja belum buka lagi jadi kena tunggu sehingga dibuka. Kebetulan ada pelancong luar yang juga sedang menunggu untuk dibuka.
Apabila sudah dibuka memang kena beratur dan tunggu giliran nak bayar tiket.
Harga Tiket Alive 3D Art GalleryDewasa : RM20
Warga emas dan Kanak2x : RM15
OKU : RM15
Bawah 90 CM : Free
Warga emas dan Kanak2x : RM15
OKU : RM15
Bawah 90 CM : Free
Sebelum nak masuk pun kena beratur kena grup by grup masuk dulu tak boleh sekaligus masuk dalam sebab nanti berhimpit2x dan memudahkan pengunjung untuk bergambar.
Masa masuk dah terpampang seni 3D memang bergambar la jawabnya. Masa masuk dan sibuk bergambar, aircond tak terasa sangat jadi agak berpeluh sikit tapi bila sampai atas nasib baik aircond dia kuat so sejukla sikit.
Owh ya, Bangunan ada tiga tingkat dan setiap tingkat ada gallery. Naik tangga ada laluannya dan nak turun tangga lalu laluan lain. Walaupun tiga (3) tingkat sahaja tapi ambil masa dua (2) jam ada dalam bangunan ni sebab dok bergambar sakan.
Time cuti nanti bolehlah nanti korang pergi ke sana nanti sambil tu boleh mandi pantai kat sana Port Dickson.
Owh ya, sebelum terlupa sebelah bangunan 3D Art ada Cat cafe boleh la try masok nanti. Bila survey kat internet dalam kafe tersebut hanya ada kucing biasa yang banyak dan dikenakan caj RM10 kalau tak silap nak masuk. Siapa yang pencinta kucing bolehlah try masok.
Get notifications from this blog
Sekarang dekat mana2 ada lukisan 3D ni kan. Kena pandai ambik angle gambar baru jadi.
ReplyDeleteMahal juga tiket nak masuk 3d art gallery ni... Lebih kurang harga tiket masuk 3D art gallery dekat ICity Shah Alam..
ReplyDeletemenarik juga, teringin nak bawa anak2
ReplyDeleteAlive 3d art gallery ada juga di port dickson, makin maju area PD.
ReplyDeletemacam menarik tempat nie...boleh laa usha2 kalau berkesempatan nanti...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
rasanya tak pernah pegi lagi yang kat port dickson nih.
ReplyDeletekat tempat lain pernah kot.
Apesal boleh xtaw ade muzium 3d kat port dickson nie.. dah dekat dengan rumah nie..
ReplyDeletepasni dah boleh pergi. haha
ReplyDelete3D memang gambar yang keren banget..nampak seperti nyata
ReplyDeletebpleh tuh pergi melancong ke sana
ReplyDeletebanyak juga yang datang ke sana
ReplyDeletetak mau mengantri atau menunggu,hrs jam 11 datang ya
ReplyDeleteharga juga berpatutan dan ini memang berbaloi bagi mereka yang suka dengan seni kreativiti yang tinggi
ReplyDeleteNmapak sungguhan ya, luarbiasa
ReplyDeletelebih kurang rate tempat lain juga kan.
ReplyDeleteBaru ketahui Port Dickson pun ada Theatre 3D. Lain kali kena pergi kunjungi bila pergi ke PD satu kali lagi.
ReplyDeleteWah, seronoknya. Doakan satu hari nanti saya boleh ke sana pula dengan family. belum ada rezeki lagi nak jalan2 ke sana.
ReplyDeleteAMIN~ INSYA ALLAH.
ReplyDeleteaamiin dan saya nak juga..
ReplyDeletedah banyak 3d art gallery kat malaysia ni.. boleh jadi port kaki ambik gambar
ReplyDeletedah sampai sini, dekat 1 jam bergambar dengan famili :)
ReplyDeletenak bergambar tu yang lama tu. semua nak pose sana sini. hehe
ReplyDeletesaya baru tau nih tempatnya, jadi pengin suatu saat bisa kesana, terima ksih infonya dan terima kasih
ReplyDeleteketika saya membaca tulisan Anda, saya merasa ada yang baru. saya banyak mendapat inspirasi dari tulisan Anda.
ReplyDeleteTerima kasih ya
sama2x :D
ReplyDeleteRupanya kat PD pun ada tempat macam ni. Setakat ni baru pernah pergi yang kat Langkawi tu je
ReplyDeletesaya pun suka lukisan 3d... sebab sangat tampak nyata
ReplyDeletekeren banget, kapan-kapan pengen kesitu, selfi bareng sama keluarga
ReplyDeletewow harganya lumayan mahal juga yah
ReplyDeleteWih keren sekali, jadi mahu kesana juga nanti
ReplyDeleteOk juga tu bawak anak2 posing kat sini.. Macam menarik juga..
ReplyDelete