Friday, 24 June 2016

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online

Sekarang tengah dok fikir nak beli tiket balik kampung sempena raya nanti. Yang dah ada kereta tu senanglah sedikit takde pening sangat pasal tiket cuma pening bab minyak kenderaan je.

Cuma yang bab tiket ni takut satu je bila nak raya ni iaitu tiket habis. So, sebab tu kena beli tikeat awal siap2x, kalo beli last2x minit hye2x bye2x la jawabnya.

Beli tiket ni dah satu hal kena pergi kaunter pun satu hal gak. Kalau rasa macam tak ada masa sangat boleh lah beli tiket bas secara online.

Jangan tak tahu plak boleh beli tiket bas secara online tau.. salah satu app yang popular adalah App TBS (Terminal Bersepadu Selatan) dan redBus. Ini antara app yang aku selalu guna.  

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online
App tbs berwajah baru.

Cara Beli Tiket Bas Secara Online App TBS

1️⃣ Download Aplikasi Rasmi TBS

  • Buka Google Play Store atau Apple App Store
  • Cari: TBS - Terminal Bersepadu Selatan by TCT Apps Solution SDN. BHD.
  • Pastikan anda download aplikasi rasmi
(Alternatif: boleh juga beli melalui laman web rasmi TBS.[DISINI])

2️⃣ Daftar / Log Masuk Akaun

  • Buka aplikasi
  • Daftar akaun menggunakan email
  • Sahkan email (kalau diminta)
  • Log masuk ke dalam app

Tip: Simpan password supaya senang beli tiket lain kali.

3️⃣ Pilih Destinasi & Tarikh

Masukkan:

  • Lokasi berlepas (biasanya TBS)
  • Destinasi
  • Tarikh perjalanan
  • Bilangan penumpang
Tekan butang Search.

4️⃣ Pilih Syarikat Bas & Waktu

Akan keluar senarai:

  • Nama syarikat bas
  • Waktu bertolak
  • Harga tiket
  • Tempoh perjalanan
Pilih waktu yang sesuai dengan jadual anda.

5️⃣ Pilih Tempat Duduk

  • Pilih nombor seat yang masih kosong
  • Biasanya boleh nampak susun atur bas dalam app
  • Kalau nak duduk depan, pilih seat bahagian hadapan awal-awal.

6️⃣ Buat Pembayaran

Kaedah pembayaran biasanya:

  • Online banking (FPX)
  • Kad debit / kredit
  • E-wallet tertentu (bergantung promosi semasa)
Lepas bayar berjaya, anda akan terima:
  • E-tiket dalam app
  • Email pengesahan

7️⃣ Hari Perjalanan – Perlu Print Ke?

Tak perlu print. Cukup:

  • Tunjuk QR code dalam app.
  • Atau tunjuk e-tiket dari telefon
  • Scan QR code kat mesin scanner Code, 

Datang sekurang-kurangnya 30 minit awal untuk QR code dan elak kelam-kabut. QR code valid dalam masa 30 minit. Kalau awal sangat macam 1 jam awal masuk, dia tak valid lagi. Ini khas untuk Bangunan TBS sahaja. 

Kalau terminal lain tak perlu QR code. Ada terminal biasa dorang minta nama atau no tempat duduk atau no booking. Macam terminal Tangkak minta no booking untuk tukar kepada kertas fizikal ada caj. Sama kes macam terminal melaka..  ada kauner khas untuk tukar kepada tiket fizikal yang ada QR code. Jadi lain terminal lain SOP dorang.  

Tips Penting Sebelum Beli Tiket

✅ Beli awal waktu cuti sekolah / musim perayaan

✅ Double check tarikh sebelum bayar

✅ Simpan screenshot tiket sebagai backup

✅ Datang awal sebab TBS memang besar dan banyak No.Gate

Kelebihan Beli Tiket Online

✔ Tak perlu beratur

✔ Boleh pilih seat sendiri

✔ Mudah banding harga

✔ Ada rekod pembelian dalam app


25 Comments

Senang kan sekarang ni... Beli tiket bas pun boleh dilakukan secara Online... zaman saya naik bas dulu tak ada service macam ni....

bagus sekarang ni kebanyakannya dah online

dah jarang beli sejak ada kereta nih.

hoho

Dah lama tak naik bas. Rindu naik bas zaman study dulu-dulu.

Pasnie masuk toilet pun bole online.. ahaha

wah senang je macam ni kan...boleh beli online..tak payah nak berasak-sakake konter beli tiket.

Hehehe teringat masa belajar, paling merisaukan tiket bas balik raya....
Alhamdulillah la xde yang miss... :D

Mmg mudah zaman skrg nieee.... semuanya dihujung jari..

mungkin yang tak sempat ngantri sangay membantu sekali

bagi yang tak biasa online mungkin ribet

Klu dah beli tiket secara online tp bile time nak redeem kat kaunter dorg kate org lain dah beli.sampai bergaduh-gaduh.dorg tak mengalah gak.padahal duit kite dah ditolak Dr akaun.nak bt mcm mana ye?nak report kat sapa klu hal mcm ni berlaku?

cuba rujuk dgn web yang siti beli secara online dan hubungi dengan dorang pasal orang dah beli seat tu dulu then tunjukkan bukti pembayran sekali. Kalau tak di layan juga or tak refund balik, siti boleh bawa kes ni pada tribunal pengguna. Gunakan hak sebagai pengguna.

Saya memang dah install siap2 apps ni kat phone.. memang kerap ulang alik KL hehe.. memamg memudahkan.. zap zap swipe itu ini dah siap beli terus ke stesen sahaja ikut time

Terima kasih. Baru nak cuba beli tiket bas secara online pulak. :-)

Memang kene print ke?? Kalau tak print boleh tak tunjuk phone je

terpulang... kalau tak nak print pun boleh... macam kat tbs kl kalau tnjuk kat phone je ok.. tapi kalau mcm stesen bas lain kena minta kertas print.

Nak tanya, if tersalah letak nama kat tiket tu, valid tak tiket tu? Contohnya kat tiket nama abu, tapi ali yang naik.. Takpa tak? Sbb masa isi online salah, tak perasan..

Valid je tiket online tu.. sebabnya dorang tak minta kad pengenalan untuk pengesahan kat kaunter nanti.. just korang bg je tiket print online tu. dorang panggil nama nanti korang ya kan je la wlpun salah nama...nama dan no telefon sebenarnya nak tahu kalau ada pape ke contoh cam kemalangan ke dorang boleh la detect siapa yang ada dalam bas tu nanti.

kalau pakai easy book perlu ke print ?

kalau kat tbs, tak payah print pun tak apa.. nanti just tnjuk bukti kat hp di kaunter dorang nnti.,. selain dari tbs kena print

Haii. Just nak share. Kalau korang nak beli tiket bas kt web ni. Sblm beli tu. Rajin2kan tangan dulu cari promocode utk dapat diskaun 10% .

Hehe. Sblm ni sy slalu ulang alik shah alam k.trganu return. Slalu redeem promocode tu. So harganya murah drpd kaunter hihi. Tiap kali sy beli tiket, mesti sy akan dpt redeem diskaun tu.

Biasanya promocode nye WELCOME.

Selamat mencuba semua 😊

Sama2. Apa yang berguna. Kita share.

Assalamualaikum..minta maaf.. minta izin tanya..kalau kita beli tiket bas melalui online menggunakan smartphone tapi tak ada kemudahan print, boleh tak kita minta tolong orang kat kaunter tiket untuk print kan tiket kita?