√ Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online - Adarain

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online

Sekarang tengah dok fikir nak beli tiket balik kampung sempena raya nanti. Yang dah ada kereta tu senanglah sedikit takde pening sangat pasal tiket cuma pening bab minyak kenderaan je.

Cuma yang bab tiket ni takut satu je bila nak raya ni iaitu tiket habis. So, sebab tu kena beli tikeat awal siap2x, kalo beli last2x minit hye2x bye2x la jawabnya.

Beli tiket ni dah satu hal kena pergi kaunter pun satu hal gak. Kalau rasa macam tak ada masa sangat boleh lah beli tiket bas secara online.

Jangan tak tahu plak boleh beli tiket bas secara online tau..

Beli Tiket Bas Secara Online Di CatchThatBus.com

Salah satu laman web yang menyediakan jualan tiket secara online sama seperti harga tiket di kaunter iaitu Catchthatbus.com.

Cara Membeli Tiket Bas Online melalui App di Smartphone

Macam mana caranya, meh aku aku tunjuk cara2xnya.

1. Buka laman web http://www.catchthatbus.com/.

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online

 2. Pilih Destinani yang hendak dituju. a) One Way Trip - Ni beli tiket untuk satu perjalanan sahaja. b) Return Trip - Ni beli tiket pergi dan balik. Kiranya ada 2 tiket untuk pulang ke kg dan balik semula.

3. Pilih Bas dan masa yang sesuai Korang pilihlah bas mana dan masa yang sesuai. Kalau macam gambar rajah dibawah hanya ada bas Transnasional sahaja jadi tak ada pilihan la nak pilih bas just kena pilih masa yang sesuai untuk bertolak kemudian klik SELECT.

httpwww.catchthatbus.com

4. Pilih Tempat duduk Dah pilih tempat duduk pastu comfirmkan tengok harga dan tempat destinasi betul terus klik NEXT

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online

5. Isi tempat Kosong Isi tempat kosong NAMA, IC dan Jenis tiket kemudian klik PAY NOW

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online (3)

6. Bayar Tiket Isi tempat kosong yg disediakan takpun senang connect je dengan Fb.Kemudian pilih sama ada nak buat bayaran melalui sama ada Credit/Debit Card, Online Banking, Paypal or Cash (coming soon). Dah pilih cara pembayaran terus PAY NOW. 

Kalau pilih Online banking, nanti ada tunjuk senarai bank yang disediakan TICK-kan dan terus PAY NOW. 

Pengalaman Beli Tiket Bas Secara Online (4)

Jadi korang bolehlah buat pembayaran.

Kalau tetiba korang dah buat pembayaran dan transation dah berjaya tapi laman web tak refresh pun or tak show tiket yang diberikan melalui email. Sebab ada pengalaman macam ni.

Jangan risau dan PANIK..

Gambar rajah di atas kalau korang perhatikan bucu bawah sekali belah kanan iaitu LEAVE MESSAGE. Jadi korang boleh ajukan masalah yang berlaku on the spot nanti akan ada yang jawab. Nak CALL pun boleh boleh tengok no telefon kat bucu atas sekali belah kanan sekali.

Tapi kalau tgh malam memang takkan ada yang jawablah. Make sure buat tempahan masa working Hours. Malam2x pun dia ada reply tapi kalau dah lewat malam macam pukul 12 malam ke mungkin tak reply kena tunggu besok baru tahu jawapannya macam mana.

Kalau dah dapat ticket melalui email boleh la korang print kemudian tunjuk kat kaunter nanti bila nak bertolak untuk ditukar kepada tiket sebenar nanti.

Kalau di TBS KL tak payah bawak kertas printer pun tak apa just tnjuk bukti pembelian app CatchtThatbus di hp korang.. Tapi kalau kat stesen bas biasa yang lain korang kena print kertas sebab itu dianggap tiket korang..

Get notifications from this blog

25 comments

  1. Senang kan sekarang ni... Beli tiket bas pun boleh dilakukan secara Online... zaman saya naik bas dulu tak ada service macam ni....

    ReplyDelete
  2. bagus sekarang ni kebanyakannya dah online

    ReplyDelete
  3. dah jarang beli sejak ada kereta nih.

    hoho

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak naik bas. Rindu naik bas zaman study dulu-dulu.

    ReplyDelete
  5. Pasnie masuk toilet pun bole online.. ahaha

    ReplyDelete
  6. wah senang je macam ni kan...boleh beli online..tak payah nak berasak-sakake konter beli tiket.

    ReplyDelete
  7. Hehehe teringat masa belajar, paling merisaukan tiket bas balik raya....
    Alhamdulillah la xde yang miss... :D

    ReplyDelete
  8. Mmg mudah zaman skrg nieee.... semuanya dihujung jari..

    ReplyDelete
  9. mungkin yang tak sempat ngantri sangay membantu sekali

    ReplyDelete
  10. bagi yang tak biasa online mungkin ribet

    ReplyDelete
  11. Klu dah beli tiket secara online tp bile time nak redeem kat kaunter dorg kate org lain dah beli.sampai bergaduh-gaduh.dorg tak mengalah gak.padahal duit kite dah ditolak Dr akaun.nak bt mcm mana ye?nak report kat sapa klu hal mcm ni berlaku?

    ReplyDelete
  12. cuba rujuk dgn web yang siti beli secara online dan hubungi dengan dorang pasal orang dah beli seat tu dulu then tunjukkan bukti pembayran sekali. Kalau tak di layan juga or tak refund balik, siti boleh bawa kes ni pada tribunal pengguna. Gunakan hak sebagai pengguna.

    ReplyDelete
  13. Saya memang dah install siap2 apps ni kat phone.. memang kerap ulang alik KL hehe.. memamg memudahkan.. zap zap swipe itu ini dah siap beli terus ke stesen sahaja ikut time

    ReplyDelete
  14. Terima kasih. Baru nak cuba beli tiket bas secara online pulak. :-)

    ReplyDelete
  15. Memang kene print ke?? Kalau tak print boleh tak tunjuk phone je

    ReplyDelete
  16. terpulang... kalau tak nak print pun boleh... macam kat tbs kl kalau tnjuk kat phone je ok.. tapi kalau mcm stesen bas lain kena minta kertas print.

    ReplyDelete
  17. Nak tanya, if tersalah letak nama kat tiket tu, valid tak tiket tu? Contohnya kat tiket nama abu, tapi ali yang naik.. Takpa tak? Sbb masa isi online salah, tak perasan..

    ReplyDelete
  18. Valid je tiket online tu.. sebabnya dorang tak minta kad pengenalan untuk pengesahan kat kaunter nanti.. just korang bg je tiket print online tu. dorang panggil nama nanti korang ya kan je la wlpun salah nama...nama dan no telefon sebenarnya nak tahu kalau ada pape ke contoh cam kemalangan ke dorang boleh la detect siapa yang ada dalam bas tu nanti.

    ReplyDelete
  19. kalau pakai easy book perlu ke print ?

    ReplyDelete
  20. kalau kat tbs, tak payah print pun tak apa.. nanti just tnjuk bukti kat hp di kaunter dorang nnti.,. selain dari tbs kena print

    ReplyDelete
  21. Haii. Just nak share. Kalau korang nak beli tiket bas kt web ni. Sblm beli tu. Rajin2kan tangan dulu cari promocode utk dapat diskaun 10% .

    Hehe. Sblm ni sy slalu ulang alik shah alam k.trganu return. Slalu redeem promocode tu. So harganya murah drpd kaunter hihi. Tiap kali sy beli tiket, mesti sy akan dpt redeem diskaun tu.

    Biasanya promocode nye WELCOME.

    Selamat mencuba semua 😊

    ReplyDelete
  22. terima kasih atas infonya. :D

    ReplyDelete
  23. Sama2. Apa yang berguna. Kita share.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum..minta maaf.. minta izin tanya..kalau kita beli tiket bas melalui online menggunakan smartphone tapi tak ada kemudahan print, boleh tak kita minta tolong orang kat kaunter tiket untuk print kan tiket kita?

    ReplyDelete