√ Baju Raya Di Hari Raya 2016 - Adarain

Baju Raya Di Hari Raya 2016

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin : Bukan main meriah sakan media sosial seperti Facebook dan Instagram penuh dengan gambar raya bersama keluarga, isteri tercinta tak kurang juga dengan berselfie dengan rakan2x. Seronok tengok membe2x bergambar dengan isteri baru & anak baru tahun ni. 

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Yang ak perasan tahun ni, tak nampak lagi orang ambil gambar makanan ketupat rendang semua yang seangkatan dengannya kat laman sosial. Korang ada nampak?

Raya tahun ni pakai baju raya Kurta Premium keluaran Hassan Adli dan ada beli 3 seluar baru memandangkan dah setahun tak beli seluar.

Kurta Hassan Adli

First time ni beli kurta kat butik sekali sekala nak juga merasa baju2x dari butik :D Usha2x punya la lama last2x beli kat Butik Hassan Adli. Kain memang best dan yang tak bestnya pula warna kain dia mudah 'turun'. So, selepas basuh ada baju yang putih tu tetiba jadi biru.


Nasib warna turunnya tak teruk sangat tapi tak sampai sebulan pun kalau selalu cuci baju mesti pudar. Tetiba rasa menyesal la plak. Memula beli dark Blue tetiba jadi warna Dark Biru cerah skit. haha

Seluar Keluaran Encode

Kalau sebelum2x ni, try beli seluar kat H&M. Mahal tu memang mahal tapi kain seluar dia sedap dipakai dan elastic. Cuma kekurangan tak sampai setengah tahun pun pakai tetiba muncul tompok kekuningan banyak pula tu nak kata terlebih sabun basuh tak juga sebab seluar jenama lain ok je tak ada pula bertompok2x. Makin basuh makin banyak tompok2xnya.

Terpaksa lupakan H&M, then try beli jenama lain iaitu Encode. Harga murah kalau nak banding dengan H&M, harga serendah RM59.00 kalau nak slim fit pun ada harga dalam RM69-RM79. So Far pakai sampai setahun lebih tak ada bertompok2x kekuningan. Pudar tu normal la sebab dah lama pakai tapi tak adalah nampak sangat turun warna sekali basuh.

Baju jalan raya tahun ni tak beli pakai tahun lepas yang masih muat lagi, Jimat duit.


Hari Raya Yang Cukup Seadanya


Alhamdulillah, raya tahun ni yang cukup seadanya.

Di kesempatan yang ada, nak gtau Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kalau ada buat korang terguris hati ke, tersentap ke dengan tulisan ak yg sebelum2x ni. 0-0 K

Semoga kita semua dapat bertemu kembali Ramadan dan Hari raya yang akan datang. INSYAALLAH. AMIN~

Get notifications from this blog

19 comments

  1. Salam Aidilfitri bro! maaf zahir dan batin.. smart design Kurta tu hehe. Sekejap sungguh masa berlalu.. moga kita bertemu lagi di Ramadan akan datang

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya tuan. kita pun sama raya sederhana sahaja tahun ni

    ReplyDelete
  3. Cantik baju raya... Warna Biru... ;)
    Selamat Hari raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin..

    ReplyDelete
  4. hehe ada 12 je baru raya tahun ni

    ReplyDelete
  5. Fuh..jht sgt baju biru tu..

    Satu je ke fotonya..

    ReplyDelete
  6. Cantik baju biru tu.. selamat hari raya....

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya bro.. kosong2... tahun lepas saya tak beraya... tahun nih baru ada kesempatan

    ReplyDelete
  8. tahun ni baju warna ungu walaupun dah beberapa kali warna ungu.

    banyak la plak baju raya warna sama. haha..

    ReplyDelete
  9. Adik ada beli jubah untuk baju kahwinnya

    Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  10. Salam ceria Aidilfitri bro... maaf zahir dan batin... :)

    ReplyDelete
  11. Wahhhh sama lah ngn saya color biru gak.. ha ah betul kan.. x nmpk member upload ketupat & tapir..

    ReplyDelete
  12. wooow hari raya makanannya penuh lemak

    ReplyDelete
  13. jangan terlalu banyak makan makanan penuh lemak,tak baik di perut

    ReplyDelete
  14. Selamat hari raya !!!! Lawa gambar ..suka !!

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya juga, tq. :D

    ReplyDelete
  16. Salam Aidilfitri bro..

    hehee elok juga tu warna "turun",
    pakai lagi Raya Haji nanti...
    Baju yang sama, warna je berbeza :D

    ReplyDelete