√ Pokemon Go Cetus Fenomena Dunia - Adarain

Pokemon Go Cetus Fenomena Dunia

Pokemon Go Mencetuskan Fenomena


Siapa tak kenal animasi Pokemon yang satu ketika dulu sangat popular di kalangan kanak2x seluruh dunia. Sehingga sekarang nama pokemon masih tidak hilang ditelan zaman. Dan kini muncul app game yang di kenali sebagai Pokemon Go.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Pokemon Go merupakan game yang telah dibangunkan oleh Niantic untuk peranti ios dan android. Game ini adalah percuma. Kepada mereka yang berduit, game ini disertakan pembelian untuk item tambahan. Dalam game ini. Pemain perlu ON GPS untuk mengesan lokasi, menangkap, berlawan dan melatih pokemon agar menjadi lebih hebat untuk perlawanan dengan pemain yang lain.

Game ini telah dikeluarkan di beberapa negara yang terpilih pada 6 Julai 2016. Negara pertama ialah Australia, New Zealand dan United States.

Pokemon GO Diharamkan?


Sejak game Pokemon Go dilancarkan banyak perkara buruk yang berlaku berkaitan dengan Pokemon Go di mana pengguna leka dengan bermain Pokemon Go sehingga dilanggar kereta dan yang lebih teruk menyebabkan seorang maut ketika menangkap pokemon.

Di malaysia juga juga tidak ketinggalan dengan isu yang berkaitan Pokemon Go. Beberapa Mufti menggesa agar game ini diharamkan kerana banyak keburukan berbanding kebaikan kepada pemainnya. Di negara Iran, game ini telah diharamkan.

Apa yang Best Tentang Pokemon Go?


Pokemon Go menyebabkan ramai keluar dari rumah hanya bertujuan untuk menangkap pokemon. Pemain perlu berjalan sejauh mana yang mereka mampu untuk menangkap seberapa banyak pokemon, Lebih banyak pokemon lebih tinggi level yang akan naik. Lebih tinggi level pemain lebih hebat item yang akan dapat seperti Great Balls.

Lain tempat lain pokemon yang wujud seperti di kawasan sungai dan pantai dimana hanya pokemon yang berdasarkan air yang akan wujud seperti aquirtle, Poliwag, Psyduck, seel dan banyak lagi.

Pokestop (warna biru) merupakan satu tempat umum dimana tempat ini pemain boleh collect poke ball serta beberapa item yang lain seperti telur. Caranya adalah pusingkan pokestop dan collect item2x yang ada dengan klik item tersebut.

Dalam Items, ada banyak Pokeball yang diberi secara percuma mengikut level pemain serta 2 Incense iaitu dalam bahasa mudah merupakan item bau yang mampu menarik pokemon agar datang dekat ke arah kita dan mudah untuk kita tangkap pokemon tersebut tanpa berjalan dengan lebih jauh.

Gym merupakan satu tempat untuk training pokemon di mana pemain level 5 dan ke atas boleh berlawan dengan pemain yang lain. Di sini Pemain perlu memilih team mana yang henda join sama ada Team Blue, Red, Yellow.

Dan ada banyak perlu diketahui tentang game ini. Nak tahu kena explore sendiri lebih banyak supaya dapat pengalaman menggunakan game ini.

Get notifications from this blog

18 comments

  1. bahaya jugak games ni, tak hairanlah polis pun tak kasi

    ReplyDelete
  2. Pihak Mufti di Malaysia telah mengharamkan Pokemon Go..

    Persoalannya bagaimana faktor pelaksanaan dan penguatkuasaan..

    Rokok yang terbukti haram pun masih dihisap kat masjid atau golongan yang ada agama..

    jadi tepuk dada tanya selera..dan saya bernasib baik tak minat apa-apa game sekalipun walaupun game ular kat telefon Nokia lama

    ReplyDelete
  3. sebab kena keluar dan mostly orang akan pandang hp je memanjang tak pandang sekeliling. tu yang bahaya.

    ReplyDelete
  4. untung mereka yang tak berminat dengan game jadi tak terlalai dengan game.

    ReplyDelete
  5. adalah untung sikit..

    jadilah walaupun tak banyak

    ReplyDelete
  6. apa hebatnya pokemon sehingga semua orang terhipnotis

    ReplyDelete
  7. harap waspada terhadap pokemon go sebab ada unsur intelejennya

    ReplyDelete
  8. hanya sebuah trend saja nanti juga kalau sudah bosan ditinggalkan

    ReplyDelete
  9. Orang Tua macam saya memang tak berminat nak main Pokemon Go macam ni... hehehe

    ReplyDelete
  10. banyak buruknya di bandingkan baiknya jadi sangatlah wajar jika diharamkan

    ReplyDelete
  11. mujur saya memang bukan kaki game. banyak urusan sendiri tak sempat pun nak layan game.

    ReplyDelete
  12. Memang patut diharamkan..sebabnya banyak yang buruk dari baik

    ReplyDelete
  13. Melalaikn.syxsetuju game mcm ni ada dkt negara islam

    ReplyDelete
  14. dasat pengaruh game ni..sampai diharamkan..

    ReplyDelete
  15. Banyak perkara dalam kehddupan sehari-hari kita yang boleh mendatangkan kelalaian pada diri. Pucuk pangkalnya adalah diri kita sendiri. Tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  16. Betul, ada banyak perkara lagi yang sudah terang haramnya namun masih berleluasa selain dari Pokemon Go ni...

    ReplyDelete
  17. baru terbuka hati nak main.

    main pun kekadang aje.

    haha..

    berhabuk pokedex takde pokemon baru.

    ReplyDelete