√ Bateri Samsung Galaxy Note 7 Meletop? - Adarain

Bateri Samsung Galaxy Note 7 Meletop?

Bateri Galaxy Note 7 Meletop? : Siapa yang tak terkejut dengan berita macam ni, ye la kan peranti baru keluar dan samsung pun bukan calang2x jenama alih2x bateri plak buat hal tetiba meletop.


Bila benda macam ni jadi reputasi jenama ini pasti akan jatuh dan menanggung malu dengan kejadian seperti ini.


Bateri Samsung Galaxy Note 7 Meletop


Samsung baru2x ini menggantung penjualan Galaxy Note 7 dan menawarkan kepada mereka yang sudah membeli dan menukar kepada peranti terbaharu dilengkapi dengan skrin lebar.


Berikut ada petikan kata dari ketua bahagian Hp Samsung



“Kami telah menerima beberapa laporan mengenai kajadian bateri telefon pintar Note 7 yang meletup selepas ia dilancarkan pada 19 Ogos lalu, dan telah disahkan bahawa ia adalah masalah sel bateri,” ujar Ketua Bahagian Telefon Pintar Samsung, Koh Dong-Jin

Samsung setakat ini telah menjual sejumlah 1 juta unit Note 7 di Korea Selatan dan di Amerika Syarikat.


Sehingga kini, 24 unit telah disahkan mengalami masalah bateri, ujar Dong-Jin, dan beliau sangat kesal dengan insiden berkenaan. Walaupun sedikit aduan yang dibuat tetapi demi keselematan pelanggan peranti terbaru harus ditarik balik.


Bateri Samsung Galaxy Note 7 Meletop


Sejak bulan lalu, beberapa pengguna telah memuat naik gambar dan video di media sosial yang menunjukkan Note 7 milik mereka yang terbakar dan mencair


Faktor keselamatan penggunaan Note 7 yang semakin membimbangkan telah memaksa Samsung menggantung bekalan dan edaran model telefon pintar itu serta menangguhkan jadual pelancarannya pada bulan ini di beberapa negara Eropah termasuk Perancis.


Samsung Malaysia juga telah mengeluarkan komen rasmi, mengatakan mereka akan menggantikan semua Galaxy Note 7 untuk pelanggan tempatan. Ia akan dilakukan pada minggu-minggu akan datang, dan pengguna yang telah membelinya boleh menghubungi Samsung Malaysia melalui talian 1-800-88-7799 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses ini.


Selepas ini pihak samsung mungkin perlu berhati-hati dengan ensiden seperti ini agar tidak berlaku lagi pada masa akan datang demi mendapat kepercayaan daripada pengguna Samsung sendiri memandangkan samsung sudah dikenali seluruh dunia.

Get notifications from this blog

8 comments

  1. Uishh... bahayanya... macam mana boleh jadi macam tu.. Dah lah baru dilancarkan..

    ReplyDelete
  2. tengok berita.CEO samsung dari korea tu dah minta maaf..hehe

    ReplyDelete
  3. Secanggih manapun Teknologi, keselematan pengguna perlu diutamakan

    ReplyDelete
  4. respon yang bagus dari samsung mau bertanggung jawab

    ReplyDelete
  5. semoga kejadian seperti hal itu tidak terjadi kembali

    ReplyDelete