Bigo Live - Pernah dengar App Bigo Live? Bigo Live adalah aplikasi broadcast dalam bentuk video live streaming yang dikhususkan untuk pengguna smartphone Android atau iOS yang telah dilancarkan pada 12 Mac 2015. Lebih kurang sama dengan Fb Live.
![]() |
Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu |
App ini semakin popular di Indonesia, Thailand, Vietnam termasuklah Malaysia sendiri. App ini juga dikatakan mampu memberikan pendapatan kepada pemilik akaun ini.
sekiranya banyak pengikut dan diamond yang dapat dari penonton.
Tentang Bigo Live
- Live Broadcasting - Ikut koranglah nak menyanyi ke, Menari ke, memasak, tutorial make-up dan fesyen, review tentang movie ataupun isu semasa. Lakukan apa sahaja yang korang rasa enjoy.
- Interaksi secara Live - Boleh chat secara live dengan peminat atau penonton.
- Follow Broadcasters – Boleh follow broadcasters yang mana menarik untuk difollow.
- Hadiah – Boleh hantar hadiah Hati, lolipop dan banyak hadiah yang diberikan. Sekiranya broadcasters buat video yang mencuit hati bolehlah berikan diamond dan hadiah yang lain.
- Live Mobie – Boleh menonton di mana2x sahaja setiap masa.
- Bonus – Banyakkan Followers dan banyak offer yang akan diberikan oleh Bigo Live.
Bigo Live Dari sudut Positif dan Negative
App ini dari sudut positifnya dapat membantu broadcaster berlatih public speaking dan lebih berkayakinan untuk becakap dengan orang ramai yang tidak dikenali.
Di samping itu juga mendapat maklumat baru dari tutorial yang telah diberikan oleh broadcaster seperti tutorial bertudung, make up dan banyak lagi. Dapat melihat bakat yang ditonjolkan dari broadcaster.
Korang akan menjadi famous sekiranya pandai bercakap dan muka hensome/cantik
Dari sudut negatifnya pula melahirkan broadcaster yang gila followers kemudian cakap syok sendiri. Di mana tak memberi manfaat kepada penonton.
Cuba bayangkan dalam tandas pun boleh buat video secara live. hahaha. Dah buat live tapi sepatah apa pun tak cakap just tunjuk muka malu2x kucing gaknya.
Melakukan aksi yang tidak senonoh ketika melakukan secara live tapi nasib baik baru2x ini bigo live telah menetapkan perkara yang tidak senonoh akan terus ban dari app ini.
Kesimpulan
Terpulang korang nak install ke tak. Mostly yang install ni dikalangan remaja. Saya install untuk mengetahui apa yang bestnya tentang app ini tapi macam tak ada menarik pun plus dapat tengok orang yang ada macam2x perangai dari baring kat katilnya sambil borak2x kosong, berjogetnya dan bermacam2x lagi. So, tak ada keperluan untuk install bigo Live.
12 Comments
APAKAH ANDA MEMBUTUHKAN PINJAMAN? JIKA YA Email: margretmarita@gmail.com: UNTUK KREDIT ANDA HARI INI, KITA DI LAYANAN ANDA.
Macam best jer bigo apps ni.. boleh cuba ni..
boleh juga cuba ni
itulah bigo live ada sisi negatif nya adapula positifnya nmun menurut saya banyak segi negatifnya dibandingkan positifnya
first time dgr bigo live...nnti nak cuba lah...
baru tahu kewujudan app ni.. mcm periscope la ye
1st time beb dengar nama apps ni. tapi tu la tak rasa pula nak try. haha
banyak di salah gunakan
banyak di pake wanita untuk umbar aurat
tak baik di tonton remaja
pastinya lebih banyak negatifnya
Ya bigo memang sekarang lagi populer, dan saya juga sudah coba menggunakannya,,