√ Kayan+Co Cafe Simple Dan Sedap - Adarain

Kayan+Co Cafe Simple Dan Sedap

Kayan+Co cafe - Sebelum kewujudan Bangi Square dulunya dikenali sebagai Village Views. Sekarang Bangi Square telah mengubah ruang dalaman yang berbeza dan telah memberi ruang kepada peniaga makanan lain untuk berniaga dalam Bangi Square. Kiranya ada banyak jenis kedai makanan kat dalam Bangi Square untuk korang pilih dan salah satunya ialah Kayan+Co Cafe.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Jangan tak tahu dalam Bangi Square ada cafe ok..

Kayan+Co Cafe


Jadi, apa yang menariknya kat Cafe ini?

Cafe ini kalau tengok fb dorang ownernya adalah orang melayu suami isteri jadi tak perlu risaulah nak makan kat sini. :)

Cafe ini dari segi hiasan tersangat simple dan menarik. Lain daripada cafe yang lain. Sesuai dengan konsep yang dibawa oleh  Kayan+Co cafe iaitu :
  1. Coffee

  2. Art

  3. Furniture gallery

  4. Eatery
Cafe ini ada bahagian dalaman dan luaran. Dalaman ada aircond manakala kat luar tak ada aircond just ada pemandangan kolam ikan. :D

Makanan Kayan+Co Cafe


Cafe ini menyediakan makanan Melayu, Thai dan Western. So, saya pilih makanan Thai sebab nampak menu nama makanannya agak pelik jadi try la order iaitu Chicken Thai Basil minuman plak hot cappuccino.

Sebelum order makanan, Waiter siap bagi air kosong sambil tunggu tu bolehla minum air kosong. :D

Macam mana dengan rasa makanannya? 

Makanan cafe ini memang terbaik tak menghampakan dan sangat sedap. Makanan yang di-order sangat banyak sampai penuh perut nak makan. haha. Boleh kata seimbang la dengan banyaknya nasi dengan banyaknya sayur. Rakan saya order Kayan Masala Special pun juga sedap.

Belum lagi try pasta lagi mungkin lagi sedap. Lepas ini kalau ada masa boleh la try lagi makan pasta plak. Cafe ini ada juga menyediakan makanan selingan macam pulut dan puncake. Makanan untuk kanak2x pun ada. :D

Lokasi Kayan+Co Cafe

Bangi Square, Jalan Reko, Taman Perindustrian Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia. Dibuka dari 10-pagi sampailah ke 10 malam.

So, sesiapa yang ada di kawasan bangi dan Kajang bolehlah datang terjah. :D

Get notifications from this blog

9 comments

  1. Chicken Thai Basil nampak sedap.. dapat sekali rasa tentu nak lagi..

    ReplyDelete
  2. cantik sangat ID dia. makanan mesti sedap juga

    ReplyDelete
  3. keren nih kayanco cafe.. konsep simpel..

    ReplyDelete
  4. OK...belum pernah sampai situ lagi...lama juga sebenarnya tak masuk area Kajang ni...hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik interior...sambil makan boleh ler cuci mata. InsyaAllah boleh cuba dan support perniagaan orang kita

    ReplyDelete
  6. […] Pots – Hari itu review Kayan+Co Cafe, kali ini review tempat makanan lain pula di Jalan Reko, Kajang, Selangor iaitu Kitchen […]

    ReplyDelete
  7. cantiknyaa cafe and makanan pun macam sedap.

    ReplyDelete